Episode 7

3 3 0
                                    

Selepas Kartika meninggalkan keluarganya di ruang makan dan kemarahan Cengkeh, dia tidak melihat kejadian itu dengan matanya sendiri tentang ketakutan yang melanda diri adiknya itu. Kerana dia telah memasuki biliknya sambil membuat lakaran baru. Dia merasa Dali boleh dipercayai dan akan minta dia mengakui bahawa itu adalah ciptaan Dali. Oleh itu dia memakan masa beberapa jam untuk membuat lakaran 'Beehive Oven'. Ini adalah cara yang lebih mudah untuk menukarkan arang batu kepada kok (sisa pepejal). Sesuatu yang penting untuk kegunaan Relau Bagas.

Setelah hampir siap, dia lalu keluar dari istana menuju bandar. Istana Pampagian terletak di atas bukit ditengah-tengah bandar; mempunyai benteng kukuh yang telah di diami keluarganya selama bergenerasi dan mentadbir dengan sokongan penuh rakyatnya. Mereka dibawah pemerintahan Pembesar Empat Laksaman Tun Wijaya yang mengawal bukan saja wilayah Pampagian tapi juga seluruh tanah Melaka. 

Sehingga saat ini, pegawai mereka juga mentadbir dibeberapa kawasan tapi kedudukan kuasa mereka berada di Nabong. Pembesar Empat Laksaman Tun Wijaya telah mempersetujui pertunangan antara Cengkeh dan Putera sulung mereka. Kartika merasa sedikit cemburu tentang hal itu. Bukan saja Putera itu kacak pada ketika ini, tapi juga akan membesar dengan lebih tampan lagi dimasa depan dan dia juga anak seorang Pembesar dari keluarga terhormat yang ramai bangsawan ingin jalinkan hubungan.

Kartika tidak pasti teknik apa yang Cengkeh telah buat untuk menawan hati Putera itu. Apa lagi ianya sesuatu yang jarang untuk bangsawan tinggi pangkatnya menikahi bangsawan pangkat lebih rendah, lebih-lebih lagi dengan Puteri kedua. Walau bagaimana pun, Cengkeh telah berjaya; Kartika terpaksa mengakuinya. Cengkeh belum berumur enama belas tahun tapi dia sudah bertunang dengan anak Pembesar.

Sementara itu, kartika masih bujang, tanpa jodoh untuk berkahwin kerana masalah kesihatannya. Tapi itu akan berubah dan dia akan berkahwin dengan anak seorang Pembesar juga. Sambil dia berfikir tentang masa depan dia tersenyum girang. Apalah yang dia mengelamun? dia ada masalah lebih penting yang perlu dilakukan. Realitinya, kehidupan seperti itu adalah nipis dan dia tidak sanggup mencampuri urusan politik golongan bangsawan.

Jika Kartika boleh membawa kemakmuran dan kekuasaan kepada wilayah keluarganya melalui perindustrian dan pertanian itu sudah cukup bagus baginya, dia tidak berminat dengan muslihat golongan atasan. Matlamatnya hanya untuk mewarisi ayahnya dan bawa wilayah ini ke arah lebih baik.

Dengan ilmu pengetahuannya dari masa depan, dia dapat melindungi sempadan dari musuh, atau menjajah wilayah jiran, tapi ianya lebih senang bercakap dari melaksanakan, dia tak larat nak berperang sepanjang hidupnya. Semua itu memerlukan masa kerana dia perlu mewarisi ayahnya terlebih dulu dan buat semampu boleh.

Selepas sampai di depan pintu kedai Dali, dia mendengar orang tua itu menjerit kepada seseorang; ini bukan kali pertama kali dia mendengar suara panas baran orang tua tu, jika apa yang Kartika teka betul, suara yang sedang bergaduh dengannya tu adalah Mat Lela. Sesuatu yang Kartika terpaksa masuk campur. Dia tidak suka dengan orang yang bodoh sombong serta bangga diri. Apalagi menyalahgunakan kedudukan keluarga untuk berkuasa. Walaupun Mat Lela tidak secara bersemuka mengkritik Kartika tapi itu tidak menghalangnya untuk berlaku biadap kepada Dali.

Setelah beberapa ketika perbincangan hangat dan kata-kata makian mula keluar, Kartika tidak dapat bersabar lagi, dia menghempas membuka pintu kedai itu. Sebelum kedua lelaki itu sempat berkata apa, Kartika menyentak memerintahkan Mat Lela.

"KELUAR!"

Mat Lela tersenyum sinis menyangka arahan itu ditujukan ke Dali.

"Kamu dengar cakap Tuan Puteri, keluar sana!"

Kartika menjeling tajam ke arah Mat Lela, dia seorang lelaki yang pandai menyimpan amarah tapi agak dungu untuk membaca situasi.

"Aku suruh kau!"

Senyuman di wajah Mat Lela bertukar ke wajah keliru sambil menunjukkan jari pada diri sendiri.

"Saya?"

Kartika masih menjeling kearah Dali, pendekar muda itu seakan menguji kesabarannya dengan setiap detik agar dia keluar dari ruang itu. Selepas menganga beberapa kali ke Kartika macam orang bodoh, akhirnya dia faham maksudnya dan menundukkan kepala dengan hormat.  Walaupun tona suaranya biasa, tapi matanya rasa geram; dia tidak pernah dimarahi sebegitu rupa; dia akan mengingati peristiwa memalukan ini sehingga nafasnya yang terakhir.

Setelah tunduk ke Kartika, Mat Lela lalu pergi dari kedai itu dimana Dali mengaru belakang kepalanya yang tak gatal.

"Puteri tak perlu buat begitu.."

Kartika lalu menghampiri Dali dan menepuk bahunya.

"Mengarut, kehadirannya hanya akan memperlahankan rancangan kita. Lagipun saya ada lakaran terbaru nak tunjuk pada Tuan."

Macam kanak-kanak dapat gula, mata Dali bersinar rasa teruja; dia cuba mencapai lakaran itu dari tangan Kartika tetapi dia tersentak apabila Kartika menarik semula tangannya.

"Jangan terburu-buru, saya ada satu syarat.."

Dali mengerut dahi dengan kata-kata Tuan Puteri itu; buat beberapa ketika dia terasa akan ditipu oleh Kartika, sehingga dia mendengar syaratnya.

"Saya nak Tuan mengakui ini adalah ciptaan Tuan Dali."

Mulut Dali tenganga mendengar kata-kata Kartika; dia tidak menyangka Puteri anak Bendahara itu menyuruh sesuatu yang mulia seperti itu, kerana ini adalah ciptaan yang penting yang boleh membawa kekayaan kepada wilayah ini.

Selepas menitik berat dia akhirnya setuju; dia tidak tahu mengapa Kartika berbuat demikian. Apa lagi, ini mungkin bagi mengelakkan muslihat dalaman pegawai ayahnya yang dia juga tidak ingin terlibat. Dalam lima puluh tahun pengalaman hidupnya, adalah lebih bagus tidak mencampuri urusan bangsawan.

"Baiklah, saya terima."

Kartika tersenyum, kerana orang tua itu setuju dengan syaratnya dan juga kerana dia tidak banyak soal tentangnya. Orang tua ini lebih bijak dari si bodoh seperti Mat Lela.

Setelah memberikan lakaran reka bentuk itu ke Dali, lelaki itu tidak dapat menahan rasa seronoknya lagi; mulutnya tersenyum lebar. Di dalam lakaran itu ada beberapa catatan tentang  menukarkan arang batu kepada kok dan kenapa kok boleh menjadi tenaga lebih cekap dari arang untuk Relau Bagas. Mereka beruntung, gunung yang mengelilingi mereka bukan saja berisi besi tapi juga arang batu.

"Kamu memang genius Tuan Puteri!"

Kartika senyum dengan reaksi Dali. Walau dia pintar di hayatnya yang lalu, tapi dia lebih apa yang boleh dikatakan bijak, tapi dizaman dunia primitif ini dia boleh dikatakan seseorang yang paling bijaksana di bumi. Dia merasa seronok seseorang telah memujinya.

"Jadi, berapa lama kamu boleh menyiapkan ketiga-tiga projek ini?"

Dali mengusap-usap janggutnya memikirkan soalan itu; dia juga merasa tidak sabar ingin menyiapkan mesin itu; setelah mempertimbangkan, dia mengangkat satu jari.

"Berikan saya waktu satu bulan, dan saya janji salah satu dari lakaran ini akan siap beroperasi dalam bandar ini!"

Kartika berasa senang hati mendengar; itu lebih cepat dari apa yang dia jangka. Dia yakin orang tua ni akan mengerahkan tenaganya untuk mencipta lebih banyak lagi ciptaan dimasa depan. Tapi Kartika tidak kesah; dia memberikan kata-kata semangat ke Dali.

"Pastikan Tuan jaga diri; saya akan singgah sekerap yang mungkin untuk melihat perkembangannya. Jika kamu perlukan duit tambahan, minta saja pada Tuan Bendahara. Saya pasti dia akan usahakan untuk menjadikan mimpi ini jadi realiti. Lagipun ciptaan ini juga melibatkan masa depan kewangan wilayah kita."

Dali tersengih sambil sambil menaikkan ibu jarinya ke Kartika; dia rasa seronok mempunyai kawan yang berkongsi minat kejuruteraan. Malah anak lelakinya sendiri tidak seteruja seperti Kartika tentang projek ni.

"Puteri boleh bergantung pada orang tua ni!"

Dengan itu, Kartika mengudurkan diri dari kedai Dali itu. Sekarang langkah pertama telah bermula ke arah yang betul, dia akan fokus untuk memperkembangkan pertanian di Pampagian pula dari bulan depan. Sesungguhnya tugas seorang Puteri tidak pernah selesai...


PUTERI KARTIKAWhere stories live. Discover now