Episode 10

3 0 0
                                    

Bayu memandang keluar dari jendela kereta kuda mewahnya, diiringi beberapa hulubalang berkuda milik ayahnya. Rambut hitam panjang paras bahu bergemalai di tiup angin sepoi- sepoi bahasa di bawah cahaya matahari menyilaukan wajah kacak kuning langsat yang juga dihiasi sepasang mata bewarna hitam umpama malam tanpa bulan. Walaupun umurnya masih tujuh belas tahun, dia kelihatan matang dengan baju bewarna coklat keemasan dan bertanjak memaparkan susuk tubuh yang tinggi dan sasa. Sebutir peluh mengalir dari dahinya lalu jatuh ke bahunya yang bidang sambil dia mengelap peluh dileher dengan belakang tapak tangannya.

Dia telah menempuh perjalanan yang panjang untuk ke Pampagian ini. Bayu Arjuna adalah putera ke tiga Tuah Sulong ialah seorang Pembesar wilayah Assahan. Bertentangan dengan khendaknya, dia telah dijodohkan dengan sepupunya yang sakit, seperti yang kali terakhir dia lihat, sepupunya itu kelihatan macam mayat hidup. Entah bagaimana Kartika masih boleh bernafas sehingga berumur 20 pada tahun ini.

Dia tidak tahu macam mana seorang remaja yang lemah dan sakit itu menempuh hidup sehingga kini. Oleh sebab itu, dia berang dengan ayahnya yang telah mempergunakan dirinya demi kepentingan untuk mendapat sebahagian lombong besi Pampagian. Kerana dia bukan pewaris utama keluarganya, dia telah dipergunakan sebagai alat untuk membuat pakatan dan dia merasa amat kesal dengan nasib hidupnya.

Walau bagaimanapun, dia harus akur dengan hajat keluarganya, dan dengan itu dia ingin berjumpa dengan calon isterinya itu. Namun dia kecewa, permintaannya untuk berjumpa selalu ditangguhkan dan selama hampir satu bulan dia bersabar sehingga dia meninggalkan rumahnya dan menuju terus ke wilayah Pampagian untuk berjumpa dengan calon isterinya. Baginya, kelakuan Kartika dan keluarganya sangat kurang sopan, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatannya, kalau tidak kenapa keluarganya selalu menolak perjumpaan mereka. Jika apa yang disangkanya betul, dia akan menyuruh ayahnya untuk membatalkan pertunangan antara mereka. Maka tidak hairanlah kenapa Kartika yang berumur dua puluh tahun tapi masih belum berkahwin.

Ketika memasuki kampung Pampagian dia melihat ada asap di langit, dan menyangka ada kebakaran berlaku. Tapi apa yang mengejutkan rakyat kebanyakan berlari menuju ke arah api tersebut seperti ada sesuatu yang manakjubkan berlaku. Rasa ingin tahu apa yang membuat orang-orang itu teruja, tuan muda itu memerintahkan pengawalnya untuk menuju sama untuk melihat kekecohan itu sendiri. 

Setelah melangkah keluar dari kereta kuda dan memasuki kawasan industri yang baru ditubuhkan itu, matanya tidak tertarik kepada mesin pelik yang mengeluarkan asap itu tetapi kepada perempuan cantik dengan rambut ikal mayang yang hanya berikat reben merah jambu. Dengan pakaian mewah ala bangsawan dia berdiri disamping rakyat biasa sambil ketawa bersama.

Tuan muda itu sama sekali tidak mempedulikan pandangan perempuan lain disitu yang turut terpegun dengan wajahnya, dia hanya memandang ke arah perempuan yang dikenalinya itu walaupun sudah agak lama tidak bertemu tapi dia dapat rasakannya; semenjak kali terakhir dia melihatnya, sepupunya itu telah membesar dengan cantik lalu dia memanggil dengan wajah yang malu-malu.

"Kartika?"

Walaupun setelah memanggil namanya, sapaannya itu tidak di dengari oleh Puteri itu yang sedang asik bersembang dengan Dali. Bayu Arjuna berdiri kaku disitu menunggu Kartika untuk menghabisi perbualannya; dia melangkah dengan lebih dekat ke arah Kartika yang masih tidak perasan tentang kehadiran sekumpulan hulubalang yang memberikan laluan kepada anak lelaki Pembesar itu.

"Dali, kamu betul-betul tidak mengecewakan, dengan keuntungan hasil pertama saja kita boleh melakukan kerja-kerja perlombongan dengan kadar segera. Kita akan mendapat hasil yang melimpah ruah hanya dalam setahun."

Tetapi sebelum Dali dapat membalas kata-katanya, Puteri itu telah memandang ke arah lelaki yang menghampirinya beserta hulubalang disisinya. Dia tidak dapat mengagak dengan tepat tapi dia dapat rasa dia kenal lelaki kacak itu. Dia lalu perasan muka malu-malu kucing lelaki itu yang bertanya lagi.

PUTERI KARTIKAWhere stories live. Discover now