E

251 9 0
                                    

Jaemin terbangun daripada tidurnya. Dia mengeliat kecil lalu memandang ke kanan di mana katil Renjun berada. Diorang sebenarnya ada je bilik masing-masing, tapi ada harinya mereka akan tidur bersama seperti harini.

Dia berjalan keluar untuk membasahkan tekaknya. Dia mengambil gelas dan meneguk minuman sejuk. Matanya sedang mamai sangat.

Ting!

Jeamin memandang ke depan. Perangkap tin di depan pintu itu berbunyi. Itu perangkap yang di ajar oleh baba nya meskipun penthouse ni ada CCTV tapi kata Winwin untuk kebaikkan mereka ber4.

Jaemin berjalan untuk melihat daripada tingkap. Saat dia melihat, ada seseorang berdiri di depan pagar rumah mereka. Dia berjalan untuk membuka pintu sedikit saja.

Dia melihat ada kereta berhenti di depan rumahnya. Dia melihat ada seseorang keluar daripada kereta itu. Dikecilkan matanya dan kembali membuka kerana terkejut. Tidak sengaja dia tersengol pintu itu hingga tin di situ terjatuh dan membuat bunyi.

Orang di luar sana melihat ke rumah Jaemin yang pintunya terbuka. Jaemin terus menutup pintunya dan berlari naik ke atas. Dia terus masuk ke dalam bilik. Memerhatikan dari luar.

Jaemin cuba untuk mengambil handphone nya, namun dia terlalu takut untuk bergerak kerana ada mata seseorang yang memerhatikan bilik itu. Dia takut untuk bergerak.

"Jaem...kau kenapa dekat situ?"

"Hah? Injun kau...takde apa-apalah. Tidurlah balik."

"Hem. Kau tidurlah juga."

"Hah, nanti aku tidur." Kata Jaemin. Dia tidak berani untuk memandang ke bawah, Jaemin terus menutup langsirnya dan berjalan naik ke katil.

"Tuhan selamatkan lah aku."

/Mystery Family\

"Kau yakin ker? Tak salah tengok? Kau kan baru bangun tidur."

"Tak. Kali pertama aku tengok pun aku tahu, keluarga dia menyeramkan dan sangat menyeramkan. Tidak macam keluarga lain." Renjun memandang Jaemin dan beralih memandang Haechan yang ikut memandang ke arah Jaemin.

"Kau yakin itu diorang?"

"Aku bukan jenis mamai Chan! Nombor kereta dia pun aku ingat." Haechan memandang Renjun. Renjun bukan tidak percaya, tapi ketika itu Jaemin baru bangun tidur. Jadinya dia kurang untuk percaya.

Haechan pula sudah risau dengan keselamatan keluarga mereka. Dia memandang sekeliling bagi menghilang gugup sendiri. Dia berdehem kecil lalu memandang Jaemin.

"So kau nak buat apa?"

"Aku nak siasat keluarga dia."

"Jaem kau..."

"Kalau korang tak nak tolong, aku tak kisah. Aku nak buat jadi aku tetap akan buat." Kata Jaemin dan berjalan pergi. Dia meninggalkan keduanya. Renjun menghela nafas dalam lalu mengikuti Jaemin. Haechan menghela nafas kasar. Tiba-tiba Jeno duduk di sebelah Haechan.

Plak!

"Aduh! Kau kenapa? Datang matahari?"

"Haah! Segala setan datang dalam tubuh aku harini. Kau tahu tak Jaemin nak amik tahu pasal keluarga kau. Bahaya Jeno!"

"Aku tahu. Dari first dia masuk rumah pun aku dah tahu." Kata Jeno dengan senang. Dia memandang ke arah depan dengan tenang. Haechan ingin saja bagi kaki untuk Jeno.

"Kalau dia tahu dia dalam bahaya Jen. Korang masih boleh bersembunyi. Dia? Kau lepas Mark hyung bagitahu semua ni pada aku bertapa takutnya aku. Darah, nyawa dan semua keratan manusia itu buat aku takut."

Jeno memandang Haechan yang nampak takut semula. Dia menghela nafas dalam.

"Kau nak suruh aku buat apa?"

"Tolong halang dia."

"Okay." Jeno bangun daripada duduknya. Haechaan bernafas gugup. Dia tahu itu akan bahaya untuk Jaemin.

/Mystery Family\

Yuta berdehem kecil. Dia masih memikirkan tentang ini. Dia memandang ke depan dan membuka laci di mejanya. Office nya sedang sunyi, partner nya sedang bercuti. Dia mengeluarkan sebuah kad di sana. CBF kad.

"Takkan dia panggil aku semula?" Yuta mengeluarkan handphone dia yang berbeza dan menekan nombor 3 untuk mendail seseorang. Dia memandang ke arah depan dengan pandangan kosong.

"Hello?"

"Boss?"

"Yuta...lama tak dengar khabar. Macam mana dengan family? Macam mana Korea?"

"Baik boss. Boss...ada sesuatu saya nak tanya."

"Kenapa? Awak nak tukar tempat kerja lagi?"

"Tak boss. JTF. Saya tahu cuma huruf F saja daripada keluarga boss, tapi boleh saya tahu siapa?"

"Yuta, awak kenal dia. Awak tahu dia. Saya tak perlu jelaskan sebab awak ada otak yang pandai. Saya suruh dia cari awak sebab dia dan keluarga dia perlukan bantuan awak."

"Baik boss. Terima kasih. Ada masa saya akan lawat boss." Panggilan di matikan. Yuta menghela nafas dalam. Dia kembali melihat kad itu. CBF dan JTF adalah dari keluarga yang sama.

"Chanyeol Baekhyun Family. CBF. JTF?" Yuta menghela nafas dalam. Dia masih cuba untuk memikirkan sesuatu yang munasabah. Pintunya tiba-tiba terbuka. Seseorang masuk ke dalam dan berjalan ke arah Yuta.

"Tuan, ini client yang saya cakakan. Nama dia Tuan Jihan. Dia ingin menyaman seseorang."

"Baiklah, awak boleh keluar dulu." Orang itu berjalan keluar. Yuta bangun dari duduknya dan berjalan ke arah lelaki itu dengan senyumanya.

"Tuan silakan duduk, saya sediakan teh hangat."

"Selalunya pembantu yang akan buatkan air. Jarang boss yang buat."

"Ini air daripada Japan. Jadi diorang agak sussah dan tidak tahu cara nak buatnya."

"Ouh." Jihan memandang Yuta yang sedang sibuk dengan tehnya. Tidak lama itu Yuta datang dan mula berbincang dengan Jihan. Setelah beberapa minit dia akhirnya selesai berbincang.

Yuta memandang ke arah kad itu semulah setalah client itu pergi. Dia mengambil kad itu dan mula mentafsir. Tiba-tiba dia berhenti daripada bermain pen. 

"JTF. Jaehyun Taeyong Family."

/BE CONTINUED\

Mystery Family[NoMin]Where stories live. Discover now