Y

218 9 0
                                    

Haechan menundukan wajahnya. Dia tahu dia bersalah sekarang tapi dia terpaksa, bukan dia tidak mahu menjaga. Bibirnya di pout kan semata untuk meraih simpati daripada orang yang ada di sana.

"Kalau dia bagitahu Jaemin macam mana?" Tanya Jeno. Haechan mengangkat kepala dan memandang Renjun di depanya.

"Kau takkan bagitahu dia kan?"

"Terpulang pada sikap korang pada aku." Jeno sudah menahan banyak sabar. Renjun sekarang ini bermain api denganya pulak. Dia ingin menghentam kepala lelaki manis ini namun Mark sering kali menahan.

"Untuk apa kau kena tahu keluarga kitorang?" Tanya Mark Jeno. Renjun memandang Mark tajam dengan perasaan marah.

"Jaemin tu adik kembar aku. Apa-apa jadi dekat dia akan jadi satu tanggungjawab aku. Dan sekarang dia nak tahu pasal keluarga kau. Haechan cakap kalau Jaemin tahu tentang ni dia akan bahaya."

"Kau tahu sekarang, kau pun dalam bahaya."

"Aku tahu. Tapi aku tak takut."

"Kau tak takut sebab kau di bawah penjagaan Guanlin kan? Aku kenal dia, dia bodyguard Beomgyu. Sekarang ni dia tengah bercuti dekat China. Sebab tu kau tak takut." Mark yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara. Renjun terdiam.

"Sebenarnya kau tahu kitorang ni siapa, tapi kau berpura bodoh untuk melihat lakonan kitorang. Dan aku tahu kau takkan bagitahu sesiapa tentang hal ni. Kes settel, boleh aku turun. Aku ada training dengan yang lain." Mark akhirnya bangun dan menarik Haechan untuk turun bersama.

Jeno memandang Renjun dan berjalan turun juga. Renjun menghela nafas dalam.

/Mystery Family\

Jeno mencuci lukanya yang kembali berdarah. Sejak ini dia merasa sangat berat dan penat. Dia tidak tahu kenapa, mungkin kerana bekas tembakkan ini. Dia memandang ke arah sekeliling. Mencuci mukanya dengan air sejuk.

Tidak lama itu dia melihat Jaemin masuk ke dalam tandas. Dia terus menutup luka itu dan berpura seperti tidak berlaku apa-apa. Dia memandang cermin.

"Tangan kau luka tak nak rawat?"

"Sikit jer ni."

"Sampai darah?"

"Ini urusan aku." Dia berjalan ingin keluar, namun tiba-tiba dia merasa rebah dan tidak sedarkan diri. Jaemin yang melihat itu terus memanggil meminta tolong.

Jaemin dan Jeno disuruh hantar ke rumah Jaemin. Mungkin agak berbahaya jika dia ke rumah Jeno kerana dia tidak tahu selok belok rumah itu. Jeno di rebahkan di atas katil.

Jaemin ingin merawat luka Jeno, dia mengambil banyak barang perubatan dan mula merawat. Namun saat dia melihat luka itu dia terdiam, ada sesuatu dalam luka itu.

Tanpa buang masa dia mengeluarkan barang sembunyianya di bawah katil. Membuka peti beku itu dan mengeluarkan alat di dalamnya, dia membuat dengan mata yang tajam,

"Eugh..."

"Jangan gerak." Jeno memandang ke kanan. Jeno berhenti dari bergerak. Lelaki yang bertutup dengan mask dan penutup kepala sedang melakukan sesuatu pada lenganya.

Tidak lama itu Jaemin selesai dari kerjanya. Dia memandang Jeno dan menunjukan apa yang dia dapat.

 Dia memandang Jeno dan menunjukan apa yang dia dapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tahu kau bukan orang biasa. Nanti jangan bangun, belum siap." Jaemin kembali menolak Jeno untuk baring. Dia memandang Jeno dan kembali menjahit lengan lelaki itu.

"Kau siapa?"

"Menjauh dari aku dan menjauh dari semua tentang aku."

/Mystery Family\

"Yak Taro! Donut aku!" Renjun mengejar Shotaro yang mencuri donut nya. Jaemin dan Xiaojun hanya menggelengkan kepala saja. Diorang kembali makan dengan tenang.

"Papa, nanti belikan burger. Dah lama tak makan burger."

"Jaranglah papa tak belikan apa anak ayam dia nak. Kan hyung?" Kata Winwin pada Yuta. Yuta hanya menganggukan kepala pasrah saja. Dia memandang ke arah anak-anaknya pula.

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi saat seseorang turun daripada tangga sambil meringis kesakitan. Yuta bangun dari duduknya lalu berdehem.

"Kenapa Jeno boleh ada dekat sini?" Jaemin ikut bangun dan menghampiri Jeno. Dia membawa Jeno turun sambil memimpin tangan.

"Tadi dia pengsan, Jaem suruh dia rest dekat sini biar Jaem boleh jaga. Kalau dekat rumah dia Jaem tak tahu apa-apa."

"Oh, Jeno-shi sinilah makan sama."

"Ah gomawo, tapi saya balik dulu. Jaemin thanks." Jeno berjalan keluar daripada rumah setelah bow pada kedua orang tua di rumah itu. Xiaojun menarik Jaemin untuk duduk dengan diorang.

"Kau bawa dia masuk dalam rumah?"

"Kenapa?"

"Berdua? Satu bilik?" Renjun menyahut. Jaemin berdehem kecil lalu melepaskan peganganya. Dia memandang kedua orang tuanya yang ikut memandangnya.

"Dia tidur Jaem dekat bawah. Jangan fikir benda yang pelik."

"Inagtkan papa dengan baba dapat cucu awal!"

"Yak! Papa! Apa cakap macam tu?" Jaemin terus berjalan untuk ke dapur. Yang lain sudah tergelak mengenakan Jaemin.

"Dua orang dalam bilik yang sama boleh dapat anak ke papa? Baba?" YuWin, Xiaojun dan Renjun memandang ke arah Shotaro dan berdehem kecil.

"Aigoo hyung~! Ternyata ada anak ayam hyung yang sorang ni masih polos!" Kata Winwin sambil memeluk Yuta dengan geram. Shotaro masih menunggu jawapan mereka.

Xiaojun dan Renjun hanya mengelus rambut Shotaro sayang. Geram sebelum dia mencubit pipi Shotaro baik mereka menahan.

/Mystery Family\

"Jadi JTF itu Jaehyun Taeyoung family?" Yuta menganggukan kepalanya. Dia berjalan ke arah katil dan duduk di sebelah Yuta. Dia memandng ke arah Winwin dan mengambil lotion untuk lelaki itu.

Yuta menyapukan Winwin lotion itu seperti kebiasaanya. Winwin memandang Yuta lalu memandang ke arah depan semula. Dia menghela nafas dalam. Yuta mengelus rambut Winwin perlahan.

"Bukan dia dah bebaskan hyung?"

"Sayang, dia memang dah bebaskan, tapi hyung tak pernah nak."

"Maksud hyung?"

"Hyung tak boleh lupa jasa baik diorang. Tanpa CBF ni hyung tak hidup, tak jumpa Winie dan kita takkan ada anak-ana ayam tu. Kita tak hidup tenang macam ni. Sekarang tiba masa untuk hyung balas baik mereka."

Yuta mengajak untuk Winwin baring sekali, dia memeluk Winwin erat dan bermain dengan gelang kahwin mereka. Winwin memandangnya dan tersenyum.

"Diorang sekarang perlukan kita. Bolehkan?"

"Macam mana dengan anak ayam hyung?"

"Diorang kena cari tahu sendiri dan menghadapi takut itu. Macam Winie dulu. Okay?" Winwin menganggukan kepalanya. Dia mula menidurkan dirinya di pelukan Yuta.

Di luar sana, Renjun mendengarkan itu. Dia menghela nafas dalam. Perlahan dia berjalan ke biliknya sendiri. Dia melihat gambarnya dan sang kekasih.

"Singa J? Siapa dia?"

"Dia ketua bodyguard. Paling menakutkan dan menyeramkan. Dia yang ajar kami semua untuk lupakan kesakitan dan cuba untuk menselesakan diri dengan malaikat nyawa."

"Papa Singa J." Gumamnya perlahan. Dia tidak faham dengan salasilah keluarga yang sebenar. Apa dia perlu membantu Jaemin untuk tahu semua ini?

/BE CONTINUED\

Mystery Family[NoMin]Where stories live. Discover now