K

182 10 0
                                    

"Aku tak nak kau mati dulu. Nanti Jeno tak datang ke sini." Jungkook meletakkan mangkuk bubur di sebelah katil yang Jaemin baring. Jaemin hanya memandang sinis saja Jungkook.

"Kau benci aku, jadi secara tidak sedar kau juga bencikan anak aku. Ahh I mean Jeno."

"Dia tak sama dengan kau."

"Macam mana kau tahu dia tak sama? Dia DNA aku. Dari mananya dia tak sama dengan aku?" Tanya Jungkook cuba meragukan Jaemin. Jaemin mengalihkan pandanganya.

Jungkook berjalan keluar daripada bilik itu. Jaemin membuang nafas dalam. Dia  menahan air matanya dari keluar. Perlahan dia bangun dari pembaringanya. Mnegeluarkan handphone yang dia simpan.

Mennghantarkan sesuatu pada Yangyang. Sudah lama dia berinteraksi dengan lelaki itu. Menghantarkan maklumat yang pernah dia curi.

"Aku tahu Jeno bencikan dia, tapi aku kena halang Jeno dari bunuh lelaki itu. Apapun jua lelaki itu ayah dia." Gumam Jaemin perlahan. Dia meneguk sedikit air kosong itu dan kembali baring.

Jaemin menghela nafas dalam. Dia berharap sangat Jeno datang padanya dan selamatkan dirinya. Dia sudah berasa sangat takut di sini meskipun Jungkook tidak mencederakanya.

"Papa, baba, Jaemin takut." Lirihnya kecil. Dia memeluk tubuhnya kecil. Badanya kembali merasa gigil kerana terlalu takut dengan keadaan ini.

Entah di mana pergi semua kekuatanya selama ini. Dia hanya merasa takut saja sekarang ini. Dia benar-benar tiada kekuatan untuk melawan.

Terlebih dengan berita bahawa Jeno adalah anak Jungkook membuatkannya terpukul. Benar. Dia bencikan Jungkook dan sepatutnya dia juga bencikan Jeno kerana itu anak kandungnya.

Namun hatinya mengatakan tidak. Dia tidak dapat membenci Jeno sama sekali. Dia sangat-sangat sayangkan lelaki itu. Jaemin hanya ingin lelaki itu.

/Mystery Family\

Jeno keluar dari kereta itu. Diikuti dengan Mark, yang lain hanya duduk dalam kereta menunggu isyarat. Jeno dan Mark masuk ke dalam tanpa ada halangan.

Jungkook yang sedang ada di sana sedikit terkejut. Dia tersenyum melihat siapa yang datang di mansion besar itu. Dia menghela nafas dalam.

"Hello Jung Jeno dan Mark Jung. Datang juga korang dekat sini. Ingatkan tak nak jejak langsung. Duduklah dulu."

"Tak perlu. Mana Jaemin." Kata Jeno denga datar. Dia bahkan tidak mahu memandang wajah Jungkook. Jungkook menyuruh budaknya mengambil Jaemin di atas.

"Duduklah dulu." Tidak lama itu Jaemin datang. Dia melihat Jaemin terikat dan wajahnya agak pucat. Dia merasakan amarah di hatinya benar-benar ingin meletop.

"Aku tak apakan dia. Tepatnya tak sempat."

"KAU-"

"Jen sabar." Jungkook tertawa kecil.

"Bagus abang kau ni. Penyabar walaupun sebenarnya dialah orang yang paling pemarah." Kata Jungkook. Dia bangun dari duduknya lalu menghampiri Jaemin. Mengelus kecil kepala lelaki itu di depan Jeno.

"Kau tahu, dia bencikan kau?" Jeno mengalihkan pandanganya pada Jungkook yang tersenyum memandangnya.

"Sebab kau darah daging aku."

"Jangan pernah mengatakan itu dengan mulut busuk kau."

"Aku cakap sesuatu yang baik." Jungkook melepaskan ikatan Jaemin lalu menyuruh Jaemin untuk berjalan ke arah Jeno. Jeno memandang Jaemin yang turut memandangnya. Matanya sedikit berkaca memandang Jeno.

Jeno hanya diam menarik Jaemin untuk keluar dari sana. Mark hanya memandang tajam Jungkook dan berjalan ikut Jeno sekali. Jungkook hanya diam sambil tersenyum saja menyaksikan itu.

Mystery Family[NoMin]Where stories live. Discover now