"NO! NO! NO! Ini takkan jadi. Jae!"
"Taeyong tenang."
"Macam mana Tae nak tenang kalau Jeno hilang?!" Sedih Taeyong. Dia cuba untuk menarik nafas dalam namun dia tidak dapat setenang itu. Taeyong tentu saja risau.
Jaehyun juga begitu. Dia tentu saja risau dengan keadaan Jeno yang hilang dari kawalan pihak hotel itu. Ini pasti kerja orang dalam. Jeno tidak secuai itu jika melibatkan orang luar.
"Jeno hilang?" Jaemin turun ke bawah mendengarkan kekecohan di sana. Semuanya memandang Jaemin yang nampak masih lemah. Winwin menghampiri Jaemin lalu memeluk Jaemin dengan perlahan.
"Ba-baba...Jaem salah dengar kan?" Winwin tidak dapat cara untuk menjelaskan kepada Jaemin. Jadi dia hanya duam saja.
"Apa yang jadi ni Jae?" Tanya Taeil pada Jaehyun namun Jaehyun sendiri tidak dapat menjawab soalan itu. Taeil menghela nafas dalam.
"Mana Taehyun?" Tanya Beomgyu saat dia sampai. Mencari di mana kekasih hatinya itu. Beomgyu masuk sebarangan ward yang ada di sana dan kebetulan sekali betul. Dia memandang Taehyun yang masih terbaring di sana.
"Bila kau balik?"
"Semalam."
"Mana abang aku Hyun. Mana dia?" Tanya Beomgyu dengan menahan sebak di dada. Air mata yang cuba dia tahan namun tetap mengalir.
"Jungkook." Perlahan dia menjawab. Beomgyu jatuh terduduk saat mendengar nama itu. Tepat itu Mark masuk ke dalam. Lantas dia memeluk Beomgyu.
"Apa yang jadi?" Tanya Mark. Beomgyu masih menangis dalam pelukkan Mark. Tidak lama itu yang lain juga ikut masuk ke dalam.
"Jungkook dalang semua ni."
/Mystery Family\
Jaehyun meneguk minuman itu sehingga habis. Baru saja dia ingin tambah ada tangan yang menahan. Johnny menahan tangan Jaehyun itu.
"Berhenti minum." Kata Johnny lalu menghulurkan air masak, Yuta juga ikut ada di sana. Dia memandang ke arah Jaehyun yang nampak stress dengan itu.
"Kau tahukan ini semua akan burukkan keadaan."
"Jeno dah ada di tangan Jungkook John."
"Dia ada di tangan appa nya sendiri. Takkan Jungkook nak bunuh Jeno. Kalau itu niat dia, dari dulu dia lakukan itu." Kata Yuta pula.
Jaehyun hanya mampu menggelengkan kepala saja. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan itu. Dia hanya penat saja untuk memikirkan ini.
"Taeyong terlalu risau. Dia sayang sangat pada Jeno."
"Siapa saja yang tidak risau jika anak yang di jaga dari kecil hilang macam tu. Kau sendiri tahukan Taeyong memang sayang sangat Jeno." Kata Johnny. Jaehyun hanya menghela nafas dalam saja.
"Jungkook takkan sakitkan dia. Kau sendiri tahu."
"Hum, aku tak tahu lah Yut, aku tak tahu apa yang akan jadi." Kata Jaehyun pasrah. Dia sudah tidak tahu mahu melakukan apa lagi.
Yuta dan Johnny tahu Jaehyun risau dengan kehilangan Jeno namun untuk sekarang mereka tidak mahu mendesak Jaehyun untuk bangun dan jalankan tanggungjawab.
Semua orang tahu Jaehyun sangat bekerja keras demi keluarga, namun lelaki itu perlu rehat juga. Taeyong saja tidak mendesak. Jaehyun pasti tahu apa yang akan dia lakukan nanti.
"Aku tak dapat nak bantu banyak, namun aku tahu semua itu pasti ada jalan penyelesaian. Jika kau perlukan bantuan, aku boleh turun tangan. Semua orang dekat sini sayangkan Jeno."
Yuta cuba memujuk untuk menenangkan Jaehyun. Untung saja Jaehyun menerima semua itu. Tersenyum manis dia menerima semua itu.
Yuta melihat keluar. Dia membuang nafas dalam lalu mengeluh kecil. Dia juga appa. Dia tahu apa itu risau jika anak mereka di ganggu oleh seseorang. Dia juga tahu.
"Yut, John. Aku minta maaf kalau anak-anak aku atau keluarga aku banyak buat keluarga korang sedih. Haechan dan Jaemin."
"Lumrah hidup berpasangan. Aku yakin Jaemin faham, Haechan juga." Kata Johnny dengan senyuman.
/Mystery Family\
Pandangan kosong saja. Dia tidak pernah melihat apa-apa yang menyeronokkan di sini. Saat pintu bilik di buka makin sebal dirinya itu.
"Makanlah."
"Diam. Aku ingin balik."
"Ini rumah kau."
"Kau bukan keluarga aku."
"Sejauh mana kau menafikan, aku adalah appa kandung kau. Itu faktu dunia yang takkan dapat kau elakkan. Cukup pergaduhan itu. Sekarang makan. Aku nak tunjukkan kau sesuatu." Kata Jungkook dan berjalan pergi.
Jeno mengeluh kasar. Dia meninggalkan makanan itu dan mengikuti Jungkook. Dia sedar dia sudah jauh dari Korea. Jadi dia hanya ikut saja apa yang Jungkook minta.
Saat dia sampai, paparan keluarganya dan Jaemin terpapar di sana. Dia memandang ke arah Jungkook yang tenang di sana.
"Apa yang cuba kau buat?"
"Kau sendiri nampak bukan? Itu adalah keluarga kau dan kekasih hati kau."
"Kau jangan sentuh mereka." Jungkook tersenyum dengan perlahan. Dia memandang ke arah Jeno dan menyuruh lelaki itu duduk.
"Aku takkan sentuh mereka jika kau dengar apa yang aku inginkan."
"Kalau kau nak harta aku, amikjerlah. Aku dah tak peduli."
"Tak Jeno."
"Habis kau nak apa lagi setan?!"
"Cukup kau jadi anak aku." Kata Jungkook membuatkan Jeno terdiam. Dia memandang Jungkook dengan pandangan yang susah untuk dia ertikan. Jungkook meletakkan gelasnya lalu memandang Jeno.
"Apa yang kau cuba lakukan ni?"
"Aku nak tembus kesalahan aku. Aku nak jaga apa yang sepatutnya aku jaga."
"Jangan merepek."
"Aku serious Jeno. Aku takkan ganggu mereka namun kau kena dengar apa yang aku katakan." Jeno masih tidak dapat hadam semua itu. Dia masih tidak jelas.
Jungkook bangun dari duduknya lalu memandang Jeno. Dia menepuk perlahan bahu Jeno lalu berjalan pergi. Dia menghela nafas dalam. Jeno masih lagi confuse dengan apa yang berlaku.
/Mystery Family\
YOU ARE READING
Mystery Family[NoMin]
Random-Keluarga dia menyeramkan dan sangat menyeramkan. Tidak seperti keluarga lainya.- -Kalau dia dapat tahu, dia dalam bahaya.- -Menjauh dari aku dan menjauh dari semua tentang aku.- -Aku takkan berdiam diri.- -AKU DAH CAKAP JANGAN AMIK TAHU SEMUANYA!- ...