O

185 10 0
                                    

Seminggu ini Jaemin tidak lihat lagi Jeno. Selepas kejadian besar dalam hidupnya berlaku, dia tidak melihat Jeno di rumah mahupan di sekolah. Hanya terserempak itupun selepas Jeno masuk ke dalam kereta atau memandu pergi dari sana. Tidak bercakap ataupun menegur.

"Aku terlalu kasar ker?" Gumam Jaemin. Dia menghela nafas dalam. Berjalan duduk di katilnya. Sudah seminggu dia di rumah Keluarga Jung. Haechan sesekali akan datang ke sini untuk menemaninya. Kekadang Beomgyu yang temanya.

Jaemin melihat keluar tingkap. Kereta Jeno berhenti di perkarangan rumah. Kesempatan! Jaemin terus berlari keluar dan turun ke bawah untuk berjumpa dengan Jeno.

"Jeno!" Jeno yang baru menutup pintu memusingkan badanya dan memandang Jaemin. Lelaki itu berlari dan terus memeluknya. Tidak terkejut hanya pelik.

"Ak-aku minta maaf." Jeno melepaskan pelukan Jaemin. Meletakkan tapak tanganya di dahi Jaemin merasa suhu badan Jaemin.

Dia juga membelek wajah serta badan Jaemin. Memastikan tiada luka atau calar yang tertinggal di badan Jaemin itu. Jaemin menghempas tangan Jeno.

"Jeno please."

"Masuk bilik rehat. Aku balik kejap." Jeno terus berjalan pergi. Jaemin terdiam di sana menahan air matanya. Sudah seminggu tidak jumpa, harini jumpa dan hanya itu yang dia cakap.

Sedih? Bukankah dia yang menyuruh Jeno menjauhinya? Marah? Bukankah dia yang membuat semua masalah ini?

"Tap-tapi setidaknya pandanglah mata aku..." Lirih Jaemin sendirian. Dia akhirnya diam dan kembali naik ke atas.

/Mystery Family\

"Sampai bila kau nak abaikan dia?" 

"Dia masih truma."

"Bodoh." Kun menggelengkan kepalanya. Jeno hanya diam saja tidak mengatakan apa-apa. Jujur dia juga rasa bersalah buat Jaemin begitu tadi, tapi dia tahu Jaemin memerlukan masa untuk hadap semua ini.

"Hyung. Makan." Yangyang meletakkan bungkusan makanan di sebelah Kun. Dia memandang Jeno turut memberikan bungkusan yang sama. 

"Sampai bila kau nak sembunyikan semua ni dari papa?"

"Kau nak Kun hyung mati dekat tangan papa?" Yangyang menyuapkan makanan pada Kun yang sedang sibuk membuat kerja. Dia memandang ke arah Jeno yang hanya menggelengkan kepala saja.

Jeno meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja. Dia memandang ke arah Kun yang sedang membuat kerjanya. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.

"Setakat ni je aku mampu tolong. Kalau aku buat lebih kita akan tertangkap."

"Thanks hyung. Nanti aku akan tolong kau pula."

"Kau cukup tolong aku jaga diri dan family kau. Aku harap semua ni selesai dengan habis." Kata Kun. Jeno menganggukan kepalanya. Jeno mengambil handphone dan wallet nya lalu memandang ke Yangyang dan Kun.

"Aku juga doa kan kau akan dapat kekuatan jumpa keluarga aku." Jeno berjalan keluar selepas mengatakan itu. Dia berjalan terus turun daripada hotel itu. Baru saja dia ingin mendapatkan kereta, tiba-tiba matanya terhenti di satu sosok.

Kakinya melangkah ke arah sana. Dia menarik tangan orang itu hingga wajahnya menghadap dirinya. Matanya berubah menjadi serious.

"Kenapa kau dekat sini."

"Jen-Jeno."

"Aku tanya kau Jaemin."

"Aku..."

PIINNN!

Mystery Family[NoMin]Where stories live. Discover now