"Kau suka biru atau hijau?"
"Merah."
"Ahh takde dalam pilihan Biru atau hijau."
"Aku suka merah. M. E. R. A. H. Red." Jeni ingin bangun namun Jaemin menahan lenganya. Dia memandang Jeno dan menyuruh lelaki itu duduk. Akhirnya Jaemin memberikan Jeno air berwarna biru.
"Memandangkan mood aku harini nak minum berperisa hijau, aku bagi kau air fav aku." Jaemin membuka botol minuman itu dan mula meneguk minumanya.
Jeno tidak meneguk minuman itu. Dia malah meletakkan kembali di depan Jaemin. Dia memandang Jaemin dengan mata kecilnya itu.
"Atau sebenarnya kau masukan sesuatu dalam air ni?"
Puft!
"Huh?"
"Mungkin aku orang baru tapi dalam sekolah ni memang takde orang jual air biru." Kata Jeno dan berjalan ingin pergi. Namun kata-kata Jaemin membuatnya terhenti.
"Jadi aku betul. Kau bukan pelajar biasa, kau bukan dari keluarga normal. Kau tahu sesuatu yang jarang orang tahu. Wrna merah dekat halam rumah kau, itu darah bukan warna atau apa. Dan peluru dalam lengan kau."
Jeno membalikan badanya. Dia melihat Jaemin sedang memegang bungkusan peluru yang 3 hari lepas dia keluarkan dari tubuhnya.
"Perlu aku bawa benda ni ke pakar? Aku ramai kenalan."
"Jaemin jangan..."
"Kau tahu aku takkan berdiam diri. Jung Jeno, aku akan cari tahu semua tentang kau."
"Jaemin..."
"Aku ada kelas. Sampai jumpa." Jaemin terus berjalan keluar dari kelas itu. Jeno menghela nafas dalam. Dia tidak tahu mahu melakukan apa.
/Mystery Family\
Jaemin memberhentikan keretanya di depan rumah. Dia harini balik awal kerana kelasnya di batalkan. Renjun pula katanya ingin berjumpa seseorang di airport.
Beg yang berada di seat sebelah di ambil, dia berjalan keluar daripada keretanya dan ingin masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti saat melihat tin itu jatuh di tanah.
"Papa dengan baba dah balik ker?" Jaemin membuka kasutnya dan berjalan masuk ke dalam rumah. Kasutnya di letakan dalam rak.
"Baba?! Papa!" Jaemin meletakkan begnya di atas sofa ruang tamu. Dia berjalan ke dapur dan menemukan sesuatu yang baginya jangal. Ni bukan barangan dalam rumah ini. Matanya mengikuti satu jejak dan matanya membesar.
"YAK NUGU?!" Jaemin mengambil pisau yang ada dekat sana lalu menghalakan pada lelaki yang bersandar terduduk di sana.
"To..tolong..."
"H..huh?"
"Tol..." tubuh lelaki itu terjatuh tidak sedarkan diri. Jaemin yang panik terus menjatuhkan pisau dan menghampiri lelaki itu. Cuba memapah untuk masuk ke dalam biliknya. Dia berjalan naik ke atas.
Membaringkan lelaki itu di atas katil. Memandang ke arah sekeliling untuk menjadikan bekas, selepas jumpa dia memandang ke arah lelaki yang terbaring lemah.
Dia mengeluarkan baranganya dari bawah katil. Pisau pembedahan di ambil setelah melakukan persediaan yang lengkap. Luka tusukkan itu agak dalam, mungkin kerana ini dia pengsan.
Jaemin melakukan kerjanya dengan baik. Selepas menyelesaikan semuanya, dia menjahit luka itu dengan kemas dan berhati-hati.
Dia mengemas semuanya dan berjalan ke bilik lain untuk tidur. Dia sudah meletakkan kad untuk tidak menganggu biliknya jika ada yang masuk.
YOU ARE READING
Mystery Family[NoMin]
Random-Keluarga dia menyeramkan dan sangat menyeramkan. Tidak seperti keluarga lainya.- -Kalau dia dapat tahu, dia dalam bahaya.- -Menjauh dari aku dan menjauh dari semua tentang aku.- -Aku takkan berdiam diri.- -AKU DAH CAKAP JANGAN AMIK TAHU SEMUANYA!- ...