Kim Ha-Rin masih bungkam apa yang baru sahaja berlaku dalam hidupnya. Kejadian pahit malam itu sudah dilupakan sesuai apa yang Jungkook harapkan. Namun fikiran Ha-Rin sesak kerana Jungkook.
Pertama, Jungkook adalah Mr. Smiley. Kedua, selama ini dirinya berhubungan rahsia dengan Jungkook BTS. Ketiga, Jungkook cintakan dirinya.
Ha-Rin memandang ke arah pintu rumah Jungkook di hadapannya kini. Nombor kata laluan ditekan dan disapa anjing dobbermann milik Jungkook, Bam. Ha-Rin tersenyum kecil lalu berlutut dan mengosok tubuh Bam dengan geram.
"Dah sampai?" Sapa suara lelaki yang amat dikenalinya. Ha-Rin memandang ke arah lelaki itu dan dirinya semakin terpesona dengan lelaki itu.
Jungkook mendekat dan harumannya menarik naluri kewanitaan Ha-Rin. Jantungnya bekerja keras saat memandang wajah Jungkook ketawa kecil yang sedang bermain dengan anjingnya.
Ha-Rin seolah merasakan apa yang dilaluinya ini hanya sebuah mimpi. Tidak sangka mimpi sewaktu remajanya menjadi kenyataan. Kucupan lembut dibibir menyedarkan lamunan Ha-Rin.
"Jom teman saya masak." Ucap Jungkook lalu menarik tangan Ha-Rin mengikutinya. Bahan-bahan dikeluarkan dari peti sejuk lalu tangannya lincah bekerja seolah-olah sudah biasa melakukannya.
"Awak nak saya tolong buat apa-apa?" Tanya Ha-Rin. Jungkook senyum.
"Tolong tengok saya memasak dan tolong rasa hasilnya nanti sahaja." Jawab Jungkook lalu mendudukkan Ha-Rin di atas meja. Jungkook terus sambung melakukan kerjanya dan Ha-Rin hanya memerhati wajah Jungkook yang serius.
Apa sahaja yang Jungkook lakukan, semuanya pasti akan berhasil dengan sangat bagus. Jungkook menyuakan sudu berisi kuah kepada Ha-Rin dan Ha-Rin menerimanya. Seperti apa yang disangka, hasilnya sangat bagus. Oh tidak, terlalu bagus.
Jungkook kelihatan sangat menggemaskan. Bibir merah merekah yang bertindik, hidung yang comel, matanya yang bulat dan bersinar-sinar dan rambut lembut yang beralun lembut. Sungguh ingin rasanya membelai rambut lelaki itu.
Ha-Rin mengigit bibirnya dalam diam dengan apa yang dikhayalnya di benak fikirannya sendiri. Ini pertama kali dirinya mulai terasa obses terhadap seorang lelaki. Namun Ha-Rin segera menahan dirinya kerana masih terganggu apa yang dikatakan Lee Byun Jin di malam itu.
Tiba-tiba Ha-Rin merasakan dirinya tidak layak untuk bersama Jungkook. Dirinya yang bertubuh gempal dan wajahnya yang penuh jerawat. Tidak cantik untuk bersama Jungkook.
"Hei, kenapa ni?" Tegur Jungkook. Ha-Rin hanya senyum hambar dan menggeleng. Jungkook tidak menganggapi apapun terus menghidangkan masakannya.
"Jom, makan dulu." Ajak Jungkook dan Ha-Rin menerima ajakannya.
Usai makan masakan Jungkook, Ha-Rin menawarkan diri untuk mencuci pinggan dan nekad melakukannya walaupun dihalang Jungkook. Ha-Rin yang sedang sibuk mencuci didatangi Jungkook dari belakang sehingga Ha-Rin selesai basuh pinggan. Namun hatinya diselubungi rasa rendah diri.
"Kenapa ni? Awak ada masalah ke?" Tanya Jungkook. Ha-Rin tidak dapat menahan lagi. Wajah Jungkook ditatap.
"Saya rasa saya tak layak untuk berada di samping awak Jungkook." Kata Ha-Rin.
"Tapi kenapa?" Tanya Jungkook serius. Mulai rasa ketegangan. Mata Ha-Rin mulai kabur.
"Awak sempurna, Jungkook. Sedangkan saya hanya buruk. Badan gempal dan wajah saya buruk. Awak layak dapat yang lebih baik dari saya." Jelas Ha-Rin sambil menunduk. Jungkook rasa tidak senang hati.
"Betul kata Byun Jin. Saya hodoh." Kata Ha-Rin lagi yang mulai menangis. Tantrumnya kembali menyerang.
Tubuh Ha-Rin ditarik dan dagu diangkat, bibir bertemu. Jungkook tidak mahu Ha-Rin berkata-kata sedemikian. Dirinya begitu sangat mendambakan seorang Kim Ha-Rin sejak usia remajanya. Bagaimana dia mahukan kesempurnaan sedangkan Ha-Rin sudah cukup sempurna untuk dirinya. Untuk bersamanya.
"Kim Ha-Rin. Awak cantik, awak comel, sangat sempurna di mata saya. Saya hanya mahukan kesempurnaan awak. Saya terima segala kekurangan dan kelebihan awak. Saya terima awak seadanya. Saya hanya mahukan kita." Jujur Jungkook dengan sedikit tegas.
"Tak, Jungkook. Awak tak faham. Saya dah tak suci. Saya pernah..."
"Saya tahu, Kim Ha-Rin. Dan saya tidak kisah tentang Joon-Seong. Saya terima dia sebagai anak saya. Saya sudah menganggapnya sebagai anak kita. Saya tidak peduli dengan masa lalu awak, Ha-Rin. Tiada siapa meminta dirinya ditimpa nasib sebegitu. Itu bukan salah awak." Tegas Jungkook. Ha-Rin hanya menangis.
Jungkook mengetahui apa yang telah menimpa diri Ha-Rin dulu. Memikirkan itu membuatkan Jungkook emosi. Dirinya tidak habis fikir, bagaimana manusia sebegitu boleh wujud? Sanggup melakukan perkara keji dan hina kepada gadis polos seperti Ha-Rin.
"Sekarang kita lupakan apa yang telah berlaku dulu dan mulakan hidup baru. Saya terima awak seadanya, Kim Ha-Rin. Saya cintakan awak. Tiada nama gadis lain dalam hati saya selain awak. Bertahun saya mendambakan awak, Kim Ha-Rin. Saya hanya mahukan awak." Serius Jungkook lagi. Ha-Rin semakin menangis seolah dimarahi.
"Oh, God."
Pinggang Ha-Rin dipaut dan bibir dikucup lalu seluruh wajah gadis itu dikucup tidak sabar. Baginya wajah itu hanya miliknya. Gadis itu hanya miliknya seorang. Haruman rambut gadis itu membuatkan perasaannya melayang. Mahu sahaja dirinya bercinta dengan gadis itu untuk membuktikan betapa dirinya begitu mencintai gadis comel itu. Namun ditahan. Sehingga gadis itu benar-benar bersedia.
Jungkook baru menyedari gadis itu begitu kecil di dalam dakapannya. Ketinggian gadis itu hanya sampai paras dadanya. Begitu kecil dan comel. Entah kenapa Jungkook merasakan bentuk tubuh gadis itu agak seksi dimatanya. Baginya Ha-Rin tidaklah segempal mana, hanya perutnya sahaja sedikit buncit. Sempurna.
Wajah Ha-Rin merah padam kerana menangis bercampur malu dengan ciuman Jungkook pada seluruh wajahnya. Bibir lembut dan merekah itu mampu menurunkan tantrumnya. Nafasnya mulai turun naik kerana bau badan Jungkook yang wangi dan menggoda. Mata mereka bertembung dan itu menjelaskan perasaan masing-masing yang sebenar.
"You're mine."
🌼🌼🌼
Chapter 17 : Jeon Jungkook
Update : 7 January 2022 / 04:23 a.m.
To be continue...
YOU ARE READING
[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️
Fanfiction"You and me. Can we be true?" Kisah seorang gadis malang dan penyanyi idola terkenal. Jungkook BTS dan 'Cinderella' hatinya SLOT : IDOL ROMANCE By kelipkelipjeon Start : 26 Aug 2020