05 - Still Look At You

70 13 0
                                    

25 DISEMBER 2019, XMAS DAY

Salji mulai turun dan mendarat di atas telapak tangan si gadis yang sedang tersenyum. Saat ini yang ditunggu-tunggu oleh semua orang disitu. Hari pertama menyambut krismas.

"Happy christmas day, Jungkook."

Kim Ha-Rin tersenyum lagi. Sangkanya pasti Jungkook bersama BTS menyambut krismas dengan gembira. Apabila teringatkan kembali mimpi menciumi si Jungkook BTS membuatkan Ha-Rin tertawa sendiri. Mana mungkin itu akan jadi kenyataan. Lagipula dirinya sudah dirasakan sedang berbahagia bersama doktor Lee Seung-Gi.

Apabila menyebut nama lelaki itu, lelaki itu tiada bersamanya saat menyambut krismas di tahun baru ini. Hanya bersendirian dikelilingi orang awam yang menyambut bersama.

Saat Ha-Rin ingin berpaling, matanya menangkap sesuatu yang membuatkan dirinya terkejut. Hatinya mulai dirasakan hancur. Harapan dan impiannya mulai berkecai. Terasa dipermainkan.

Melihat Seung-Gi bersama wanita yang jelita dan seksi itu sedang bercumbuan seperti pasangan kekasih. Pelukan mereka begitu sangat mesra. Tawa bahagia mereka kedengaran membuatkan Ha-Rin merasai kesakitan tajam dari dalam badannya. Airmatanya mulai bergenang.

Tanpa menunggu masa, Kim Ha-Rin terus berpaling dan melarikan diri selaju mungkin. Sejauh mungkin supaya tidak kelihatan. Pandangannya kabur sehingga terlanggar seseorang yang bertubuh tinggi. Kim Ha-Rin tidak mampu memandangnya.

"Maafkan, saya." Pinta maaf Ha-Rin dan terus berlari sambil menangis. Tiada apa lagi yang mampu membuatkan dirinya menoleh ke arah sesiapa lagi.

Larian dihentikan. Matanya menangkap pasangan yang sedang minum soju. Kakinya terus melangkah kedai serbaneka berdekatan dan beberapa botol soju diambil dan dibayar tunai.

Kim Ha-Rin mencari tempat yang tidak ramai orang dan duduk disitu. Tanpa menunggu masa, penutup botol soju dibuka dan ditogak sepenuhnya sehingga habis satu botol. Kim Ha-Rin terus meluahkan tangisannya. Pandangannya kembali kabur dan wajahnya mulai terasa bahang. Botol soju kedua dicapai dan dibuka penutup botolnya. Diteguk sepuasnya lalu menangis lagi.

Kim Ha-Rin terus baring dan melihat ke arah langit. Pandangannya begitu kabur dan pendengarannya tidak jelas sehingga tidak sedar ada seseorang menghampirinya dan memandangnya yang sedang terbaring.

Lelaki yang menghampirinya itu hanya melutut dan melihat keadaan Ha-Rin yang sedang mabuk teruk. Tubuh Kim Ha-Rin yang sedang terbaring itu didukung gaya bridal style. Mungkin agak sedikit berat tapi itu tidak menjadi masalah bagi lelaki itu.

Tubuh Ha-Rin disandarkan di tempat duduk penumpang kereta milik lelaki itu. Tali pinggang keledar dipakaikan dan kedudukan kerusi itu dibaringkan agar gadis itu merasa selesa.

"Kau yakin kau nak bawa dia balik ke rumah kau? Lepas itu kau balik dorm tak?" Seseorang yang bersuara lembut bertanyakan sesuatu pada lelaki yang mendukung Ha-Rin tadi.

"Esok kot." Jawab lelaki itu.

"Kalau macam itu, jumpa esok." Rakan lelaki itu terus berlalu pulang. Wajah Kim Ha-Rin dipandang, jari lelaki itu terus mengusap lembut pipi gadis itu yang dipenuhi jerawat.

"Kim Ha-Rin. Annyeong."

🌼🌼🌼

Kim Ha-Rin mulai terjaga dari tidurnya yang lena. Senyuman terukir kerana merasa sungguh selesa seolah berada di atas tilam katil yang empuk. Mata yang masih terpejam itu mulai mengingati kejadian malam tadi dan tidak semena-mena matanya terbuka dan berada di sekitar yang sangat asing baginya.

"Aku kat mana ni?" Kim Ha-Rin terus bangun berdiri dan memandang sekeliling bilik itu. Matanya tertangkap pada bingkai besar tergantung didinding yang berada dikepala katil.

"Jeon Jungkook? Jungkook BTS?"

Kim Ha-Rin sungguh keliru seolah-olah berada di dalam mimpi. Matanya digosok beberapa kali bagai rasa tidak percaya. Kim Ha-Rin meraba pakaiannya namun hanya bathrobe labuh menutup tubuhnya. Pintu bilik itu dituju dan keluar dari bilik itu.

"Aku mimpi kan? Bangun, Ha-Rin." Kata Ha-Rin sambil menampar pipinya yang dipenuhi jerawat itu. Namun rasa pedih akibat jerawatnya itu masih muda. Nampaknya ada jerawat baru tumbuh.

Matanya tertangkap lagi sebuah bingkai besar yang berada di ruang tamu. Gambar BTS yang memenangi anugerah pada tahun 2016. Turut juga bingkai kecil yang terhias gambar seorang kanak-kanak lelaki yang iras seperti Jungkook BTS.

Matanya tertangkap pada pakaian yang telah disediakan di atas sofa bersama nota kecil.

"Sila pakai saya." Baca Ha-Rin bersama smiley yang ada di dalam nota itu. Kim Ha-Rin mulai rasa pelik. Kenapa rumah ini penuh dengan gambar BTS dan Jungkook BTS? Pakaian tadi terus diambil dan dipakai. Barang-barang miliknya telah disediakan di atas meja ruang tamu. Pintu utama dituju. Ada nota kecil dilekatkan pada pintu itu.

"Jangan menangis lagi."

Menangis? Siapakah pemilik rumah ini? Apa yang telah berlaku semalam? Kim Ha-Rin tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku. Yang masih diingatinya hanyalah bayang-bayang seorang lelaki yang memakai topi memandangnya yang sedang terbaring. Wajahnya tidak jelas.

Nota kecil diambil dan Ha-Rin menulis untuk membalas penulis nota itu bahawa dirinya akan baik-baik saja. Lalu ditampal pada pintu itu kembali. Tombol pintu dipulas dan Kim Ha-Rin terus berlalu keluar untuk pulang ke rumah.

"Walaupun saya tidak mengenali awak, terima kasih atas kebaikan awak. Mungkin saya malu sebab saya bangun hanya bersama bathrobe sahaja. Saya yakin awak tak berbuat apa-apa pada saya. Terima kasih."

Ucap perlahan Ha-Rin yang masih menyentuh di depan pintu rumah pemilik penulis nota kecil itu. Pemilik rumah ini pasti orangnya baik. Sanggup membawanya pulang. Tapi sayang, pemiliknya tiada di rumah. Kim Ha-Rin hanya berlalu.

Sesampai sahaja di lobi, matanya tertangkap figura yang sepertinya dikenali lalu dan terus masuk ke dalam perut lif. Mata Ha-Rin memandang sekeliling dan berasa kagum dengan kecantikan tempatnya.

"Macam kat Trimage." Bisik Ha-Rin. Namun dirinya agak terkejut. Terlihat nama bangunan itu.

"Trimage?!"

Kim Ha-Rin yang ternganga mulutnya itu terus berlari menuju ke jalan keluar dari kawasan Trimage. Seseorang sedang memerhatikannya dari dalam sebuah van dengan senyum nipis.

"Itu bukan ke budak perempuan yang pernah tinggal telefon bimbit dalam bas awam dulu?"

Tegur seseorang yang berada tempat duduk hadapan bersebelahan tempat pemandu di dalam van tersebut. Lelaki itu hanya tersenyum nipis apabila mendengarnya.

"Jungkook. Dia kan orangnya?" Tanya lelaki tadi yang merupakan pengurus kepada BTS. Manager Sejin.

"Ya." Lelaki yang bernama Jungkook itu hanya tersenyum nipis. Kim Ha-Rin yang berlari itu hanya dipandang lembut.

"Tapi dia buat apa disini? Jumpa teman lelakinya kah?" Soalan itu hanya dibiarkan. Teman lelaki? Jungkook hanya tersenyum diam. Senyum yang menyimpan seribu rahsia tentang gadis itu. Tatu yang berada di lengannya dipandang sekilas dan kembali memandang ke arah jalan keluar dimana tubuh gadis itu mulai menghilang.

"See you soon, Kim Ha-Rin."

🌼🌼🌼

Chapter 5 : Still Look At You

Update : 7 Sept 2020 / 22:35 p.m

🌼🌼🌼

To be continue

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now