04 - Kiss The Dream 2019

74 14 1
                                    

12 APRIL 2019

Hari ini genap hari kelahiran Kim Ha-Rin yang ke 21 tahun dan hari ini adalah hari yang ditunggu olehnya. Kim Ha-Rin sanggup berdiri dan beratur panjang demi mendapatkan album baharu BTS yang telah diterbitkan pada hari ini.

Apabila tiba giliran Ha-Rin, Ha-Rin membeli album BTS Map Of The Soul : Persona sebanyak 4 versi 1 set berharga ₩14,800 Korean Won.

"Ini adalah hadiah bagi ulang tahun kelahiranku yang ke 21 tahun. Ulang tahun yang paling berharga buatku menjadi seorang peminat BTS." Kim Ha-Rin tersenyum riang selepas mendapatkan hadiah buat dirinya sendiri.

Kim Ha-Rin terus menuju ke kedai kek yang kecil berhampiran untuk membelikan kek buat anak lelaki kesayangannya, Kim Joon-Seong. Anak lelaki yang membawa marga Kim atas dari marga ibunya. Joon-Seong tak pernah mempunyai bapa tapi hanya seorang saja yang dia sering menganggap sebagai bapanya. Pastinya bukan doktor Seung-Gi kini merangkap sebagai teman lelaki Kim Ha-Rin.

Kim Ha-Rin selesai membayar sebiji kek kecil dan mahu keluar dari kedai itu namun kakinya terpaku. Teman lelaki sedang berjalan bersama seorang perempuan yang cantik. Malah jauh lebih jelita darinya. Timbul pelbagai curiga dan soalan di benaknya. Namun perasaan itu diusir secepat mungkin. Mungkin saja itu adalah rakan sekerjanya. Cincin di jari manis dipandang dan satu keluhan diluahkan.

Kim Ha-Rin sungguh menyayangi lelaki itu lebih dari segalanya. Tidak terbayang jika suatu hari nanti dia hilang tempat bergantungnya terhadap lelaki itu. Bimbang jika dirinya sudah tidak secantik dulu. Kim Ha-Rin keluar perlahan dari kedai itu dan berfikir kesal.

Selepas kelahiran Joon-Seong, rambut Ha-Rin gugur, badannya semakin gemuk, wajahnya bertukar buruk kerana jerawat yang timbul pada pipinya. Kim Ha-Rin mahu berjumpa pakar kulit kerana kulit wajahnya sangat sensitif, namun dia tidak mempunyai wang yang banyak. Doktor Seung-Gi kerap mengatakan tidak mengapa jika dirinya seperti itu, lelaki itu tetap akan mencintainya.

Akan tetapi, Kim Ha-Rin tetap tidak suka akan perubahan dirinya mendadak. Sudah cuba untuk berdiet, tetapi tidak pernah berhasil. Jadi, dia hanya berputus asa. Namun tidak pernah berhenti untuk berharap.

"Mama!" Kedengaran suara Joon-Seong menjerit memanggilnya. Tidak sedar masa berlalu, Kim Ha-Rin telah sampai di hadapan rumahnya dan Joon-Seong sedang tersenyum menunggunya pulang.

"Joon-Seong, mana halmeoni?" Tanya Ha-Rin kepada Joon-Seong. Joon-Seong hanya menunjuk ke arah halmeoninya berada dan halmeoni melambai ke arahnya.

"Dah makan?" Tanya Ha-Rin dan Joon-Seong hanya menggeleng.

"Mama ada bawa kek, kita makan dengan halmeoni kat taman. Nak?" Joon-Seong tersenyum dan terus berlari mengejar halmeoninya.

Kim Ha-Rin menerima satu mesej daripada doktor Seung-Gi yang mengatakan 'Selamat ulang tahun, sayang. Maaf saya tak dapat datang ke rumah awak hari ini. Saya sibuk, ada kes baru masuk di hospital. Kita jumpa nanti'.

Kim Ha-Rin hanya tersenyum pahit dan terus membalas mesej itu mengatakan dirinya baik-baik saja.

"Nak buat macam mana kan? Dah sibuk." Bisik hati Ha-Rin sendiri.

🌼🌼🌼

"Goodnight, sayang mama." Kim Ha-Rin mencium ubun kepala anak kesayangannya itu yang sedang nyenyak tidur. Kim Ha-Rin menarik selimut dan menutupi tubuh dan memeluk anaknya sehingga ketiduran.

🌼🌼🌼

"Kim Ha-Rin. Annyeong."

Suara itu sepertinya sangat dikenali. Tidak asing bagi Kim Ha-Rin. Pandangan Ha-Rin sedang memandang ke arah depan dan tersedar dirinya sedang berada di dalam kereta yang mahal.

"Kim Ha-Rin."

Suara itu membuatkan Ha-Rin memandang ke arah lelaki yang sedang memegang stering kereta itu. Lelaki itu memandangnya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Wajah lelaki itu terasa sangat dikenali.

Lengan tangan kanan lelaki itu terus memaut pinggang Ha-Rin yang bersandar pada kerusi dan mengangkat juga menarik tubuh Ha-Rin sehingga punggung Ha-Rin hampir terduduk di atas peha lelaki itu. Kedua peha Ha-Rin mengepung peha kiri lelaki itu.

Ha-Rin merenung ke arah wajah itu dan matanya membulat besar. Pandangan lelaki itu lembut dan redup. Kim Ha-Rin begitu terlalu terpukau dengan ketampanan lelaki itu. Bibir yang nipis lembut merah jambu tanda tidak merokok menarik perhatiannya. Mata yang besar tetapi redup membalas renungan Kim Ha-Rin.

Dengan wajah yang terlalu rapat sehingga dapat dirasai deruan hembusan nafas hangat masing-masing. Kim Ha-Rin perlahan mengucup lembut bibir lelaki itu. Riak wajah lelaki itu bertukar dan Ha-Rin mulai sedar akan lelaki dihadapannya itu.

Kim Ha-Rin tak mampu berkata apa-apa, terpaku apa yang telah dilihatnya. Begitu jelas. Apakah makna disebalik mimpi ini?

Lengan lelaki itu yang masih memaut pinggang Ha-Rin terus beralih di belakang tubuh Ha-Rin. Tulang belakang dirasakan seperti ada jari yang menyentuhnya perlahan dari atas ke bawah. Terasa geli dirasakan oleh Kim Ha-Rin.

Tanpa bicara apa-apa, lelaki itu menarik sekali lagi pinggang lelaki itu ditekan rapat pada tubuhnya dan punggung Kim Ha-Rin terus terduduk di atas peha lelaki itu. Bibir Ha-Rin dicium lembut, seperti penuh dengan rasa kasih sayang. Tubuh gadis itu terus ditarik rapat sehingga tiada jarak seinci pun diantara mereka.

Pandangan redup lelaki itu begitu redup dan mengasyikkan. Lembut dan pandangan matanya seperti dilamun cinta.

🌼🌼🌼

Beberapa hari setelah mimpi yang dialami oleh Kim Ha-Rin telah membuatkan Kim Ha-Rin tidak senang duduk. Timbul satu pertanyaan. Sukar hendak dilupakan wajah lelaki itu. Rasa sukar untuk percaya. Imaginasikah dia?

"Joon-Seong, semalam mama mimpikan appa." Bisik kata Ha-Rin kepada anaknya yang sedang bermain permainan yang baru dibelikan oleh Ha-Rin. Joon-Seong memandang ke arah mamanya apabila mendengarkan perkataan 'appa' itu.

"Appa?" Wajah Joon-Seong menjadi ceria apabila menyebut panggilan itu.

"Mama cium appa." Kataku dengan senyuman lebar. Joon-Seong turut tersenyum lebar.

"Kenapa senyum-senyum ni?" Sapa seseorang yang dikenali. Teman lelaki Kim Ha-Rin, doktor Seung-Gi.

"Tak ada apa, rahsia." Jawab Ha-Rin.

"Dengan appa pun nak rahsia." Kata Seung-Gi.

"Ahjussi." Kata Joon-Seong seperti membetulkan Seung-Gi. Riak wajah Seung-Gi mulai berubah.

"Kenapa ahjussi? Appalah." Seung-Gi cuba membetulkan Joon-Seong. Namun Joon-Seong menggeleng tidak mahu lantas melarikan diri.

Joon-Seong sangat menyayangi doktor Seung-Gi. Akan tetapi Joon-Seong tidak pernah memanggilnya sebagai 'appa'. Dia lebih selesa dengan panggil ahjussi itu.

"Maafkan, Joon-Seong. Dia masih kecil." Pujuk Ha-Rin. Seung-Gi hanya senyum kelat.

"Tak apalah. Saya balik dulu. Jumpa lagi." Kata Seung-Gi terus memasuki ke dalam perut kereta dan berlalu. Wajahnya seperti masih marahkan Joon-Seong. Kim Ha-Rin hanya menggeleng kecil. Dengan Joon-Seong pun nak bergaduh.

Di dunia ini, gelaran 'appa' yang dipanggil oleh Joon-Seong itu adalah Jungkook BTS. Hanya untuk Jeon Jungkook.

🌼🌼🌼

Chapter 4 : Kiss The Dream 2019

Update : 31 Aug 2020 / 15:26 p.m.

🌼🌼🌼

To be continue...

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now