Tubuhnya sedikit bertindak sedikit resah. Mimpi yang aneh datang menyapa. Tubuh seorang jejaka sedang membelakanginya melindung wajah. Namun tatu yang berada di tangan kanan amat dikenali.
Tangan terus menyentuh bahu jejaka tinggi itu dan wajahnya memaling memandang ke arah Kim Ha-Rin. Senyuman manis terukir sebelum tapak tangan jejaka itu menarik wajahnya mendekat dan bibir bertaut.
"Jungkook!"
Kim Ha-Rin terjaga dari mimpi tidurnya dan cuba menyedarkan dirinya. Matanya melilau memandang keadaan dirinya yang terduduk di atas katil empuk. Fikirannya masih belum cukup sedar. Kepalanya terasa pening.
Seolah tidak mengingati kejadian semalam, Ha-Rin kembali berbaring secara mengiring mahu sambung tidurnya. Disaat menguap kepala sudah mendarat di atas bantal, mata yang mengantuk tertangkap wajah lelaki yang terlalu dekat dengan wajahnya.
"AAAAAAAA!!!!!"
Lelaki itu mulai terjaga dan tangannya meraba mencari tubuh disebelahnya. Matanya terbuka luas disaat suara Kim Ha-Rin kedengaran mengaduh kesakitan. Tubuh lelaki itu terus bangun mencari suara Ha-Rin berada.
"Kim Ha-Rin! Awak okey? Sakit ke? Sakit kat mana?" Cemas lelaki itu lalu berlari turun dari katil empuknya. Ha-Rin yang mengaduh sakit memegang punggungnya hampir mahu saja ingin bebel. Melihat wajah lelaki dihadapannya, gadis itu hampir mahu menjerit namun lelaki itu terus mencium bibir lembutnya itu.
Mata Kim Ha-Rin terus terbelalak dibuatnya. Tangan kecilnya menolak dada lelaki itu. Namun tolakan itu tidak dipedulikan. Ha-Rin tersedu di dalam ciuman lembut itu membuatkan lelaki itu melepaskan ciuman. Wajah Ha-Rin ditekup kedua-dua tapak tangan besar lelaki itu.
Lelaki itu ketawa kecil kerana Ha-Rin tidak berhenti tersedu. Wajah yang merah malu dicampur perasaan terkejut menjadi bungkam. Tidak dapat berkata. Tubuh Ha-Rin didukung secara bridal style kembali didudukan di atas katil empuk itu.
"Sakit lagi ke punggungnya?" Tanya prihatin lelaki itu seraya mengusap belakang tubuh kerana tidak berhenti tersedu. Ha-Rin tidak dapat menjawab. Dirinya masih bungkam. Lelaki itu tertawa kecil dengan reaksi Ha-Rin yang comel baginya. Punggungnya duduk di hadapan Ha-Rin dan tersenyum manis.
"Hai, Kim Ha-Rin. Saya Jungkook, Jeon." Jungkook senyum manis lagi menampakkan giginya. Ha-Rin masih bungkam, suaranya tercekat. Sedunya beransur hilang. Jungkook mengambil salah satu tangan Ha-Rin dan tapak tangannya dirapat ke pipinya.
"Saya memang Jungkook, Jeon. Satu-satunya Jungkook yang awak kenal dalam hidup awak." Lembut Jungkook. Ha-Rin yang masih tersedu seolah tidak percaya dan terasa masih bermimpi.
"Ack!"
Ha-Rin bersuara disaat pipinya yang berjerawat itu dicubit oleh Jungkook. Jungkook sedikit cemas.
"Sakit ke? Saya minta maaf." Ucap lembut cemas Jungkook seraya mengusap pipi gadis itu manja. Silapnya kerana terlalu berasa gemas dengan kecomelan gadis dihadapannya ini.
Ha-Rin seolah tidak sedar menyuakan jari telunjuknya menyentuh pipi Jungkook. Terpesona dengan apa yang dilihatnya. Jungkook tersenyum diam. Gadis itu fikirnya dirinya berkhayal.
"Apa saya nak buat dengan awak ni, Ha-Rin?" Gumam Jungkook lalu membuat gaya habitnya. Kelakuan Ha-Rin sangat menggemaskan. Mahu saja pipi gadis itu dicubit sepuasnya namun dirinya hanya menahan. Pasti akan menyakitkannya nanti.
Mata Ha-Rin mulai terbuka luas dan kembali teringat kejadian semalam. Pantas saja dirinya memandang sekeliling dan memandang ke arah Jungkook. Airmatanya mulai mengalir deras dan itu membuatkan Jungkook terkejut.
Jungkook rasakan Ha-Rin sudah sedar sepenuhnya dan mengingati kejadian semalam. Bayangan tubuh seorang lelaki menampar wajah Lee Byun Jin, bayangan wajah yang menciumnya kelmarin dan bayangan bagaimana dirinya dihina teruk. Pandangan mulai kabur, tidak dapat ditahan lagi rasa sedih yang mendatangi dirinya.
Ha-Rin mulai tantrum dan menutup kedua telinganya. Terus tubuh Ha-Rin yang tersengguk itu ditarik dan didakap erat. Tangannya menepuk perlahan bahu Ha-Rin. Ha-Rin mahu menolak namun lebih cepat Jungkook menangkapnya.
"Apa yang berlaku semalam, kita lupakan saja. Tak perlu diingat lagi. Saya faham apa yang berlaku itu sangat menyakitkan tapi saya harap awak boleh lupakannya." Pujuk Jungkook lembut. Wajah Ha-Rin ditarik supaya menatapnya. Mata yang merah menangis itu dikucup kedua-duanya lembut. Ha-Rin mulai rasa tenang dengan apa yang dilakukan Jungkook.
Jungkook simpul senyum kecil. Rupanya begini caranya mahu menenangkan gadis kesayangannya itu bila tantrum. Mata yang masih menangis itu dikucup lama dan lembut lalu berselang-seli kening, hidung dan pipi dikucup. Tubuh Ha-Rin mulai rasa tenang dan tangisnya berkurang. Namun wajahnya menjadi merah pula.
Haruman tubuh Jungkook membuatnya rasa tenang dicampur 'pujukan' lembut. Dirinya seolah berada di alam mimpi. Mengingatkan itu adalah Jeon Jungkook, Ha-Rin menjadi tersedar sedarnya.
"Jungkook? BTS Jungkook?" Tanya Ha-Rin kepada Jungkook yang masih di dalam pelukan erat Jungkook. Jungkook mahu saja menggulingkan gadis itu dan menciumnya sepanjang hari, namun dia hanya mampu sabar. Jungkook menatap Ha-Rin dalam dan Ha-Rin terus menekup mulut terkejut.
Sekali lagi, Jungkook membuat gaya habitnya. Gadis ini sangat-sangat menggemaskan. Ha-Rin terus mengeras. Dirinya terkejut kerana penyanyi idola antarabangsa sedang memeluknya ketika ini. Jika peminatnya mengetahui, tamat riwayatnya.
"Kalau saya memang Jungkook, awak nak buat apa?" Tanya Jungkook sambil ketawa nakal di dalam hati.
"Er.. Saya nak balik." Jawab Ha-Rin yang cuba turun dari katil namun Jungkook kembali menarik tubuhnya dan berkelakuan manja dengan niat mahu mengenakannya.
"Inikan rumah kita. Sayang, kita dah menikah 3 bulan lepas. Awak lupa ke?" Usik Jungkook. Mata Ha-Rin membulat terasa mahu tersembur liurnya.
"Apa? Kita dah kahwin?! 3 bulan lepas?!" Terkejut Ha-Rin. Jungkook sudah ketawa dalam hati. Senang hatinya dapat mengerjakan gadis polos kesayangannya ini.
Mata Ha-Rin dari atas hingga ke bawah lalu memandangi tubuhnya sendiri. Terus saja tangannya cuba menutup dada. Dirinya sudah berfikir macam-macam. Maksudnya dirinya adalah isteri kepada Jungkook dan kemungkinan mereka berdua telah tidur bersama. Panik.
"Habis macam mana dengan peminat awak? Mereka dah tahu ke? Mereka tak marah? Habislah saya kalau saya kena serang macam mana nanti?" Tanya Ha-Rin yang percaya apa yang dikatakan Jungkook. Terburai ketawa Jungkook tidak dapat menahan lagi melihat reaksi gadis itu. Ha-Rin hanya bingung.
"Comellah. Saya betul-betul berharap kalau kita sudah bernikah sekarang ini." Ucap Jungkook lalu mencium wajah Ha-Rin dan ketawa kecil. Ha-Rin yang tersedar akan dirinya terkena terus berdiri.
"Awak tipu saya?" Tanya Ha-Rin. Wajahnya semakin merah kerana marah. Jungkook hanya senyum nakal.
"Lambat laun kita berdua akan berkahwin dan awak akan jadi isteri saya. Titik." Jawab Jungkook.
"Maaf. Tapi saya dah ada lelaki pilihan dan saya dah janji dengan dia." Jawab Ha-Rin dengan yakin. Jungkook ketawa kecil lalu berdiri mendekati meja katil.
"Oh ya?" Ucap Jungkook langsung mengambil gambar berbingkai lalu ditunjukkan kepada Ha-Rin. Ha-Rin terkejut.
"Mana awak dapat gambar ni?" Tanya Ha-Rin. Jungkook simpul senyum.
"Cuba awak ingat balik. Pada siapa awak hantar gambar ni?" Tanya Jungkook kembali. Mata Ha-Rin terbuntang luas.
"Mr. Smiley?"
Jungkook senyum nipis lalu kembali meletakkan gambar berbingkai gadis itu kembali di atas meja berdekatan katil. Wajah Ha-Rin dipandang kasih.
"What if I am? Cik yang paling comel."
🌼🌼🌼
Chapter 16 : Kiss Piercings 2/2
Update : 7 January 2022 / 03:00 a.m
To Be Continue...
YOU ARE READING
[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️
Fiksi Penggemar"You and me. Can we be true?" Kisah seorang gadis malang dan penyanyi idola terkenal. Jungkook BTS dan 'Cinderella' hatinya SLOT : IDOL ROMANCE By kelipkelipjeon Start : 26 Aug 2020