10 - Too Lazy To Beauty

52 9 0
                                    

KIM Ha-Rin melihat saiz tubuh badannya yang semakin hari semakin membesar. Mata kecilnya merenung tajam ke arah pantulan cermin. Ha-Rin mengeluh ringan. Lega kerana berat badannya masih tidak berubah angka.

Ha-Rin duduk di birai katil termenung kerana teringat kejadian beberapa bulan yang lalu bertemu dengan seorang pakar tilik nasib. Ha-Rin melihat dirinya ke arah pantulan cermin lagi sekali.

"Karma kehidupan masa lalu mungkin? Sebab tu aku susah nak kurus?! Jarang makan pun berat tak nak turun. Selalu makan pun berat naik. Mr Smiley pun dah lama tak hubungi aku." Ha-Rin memarahi dirinya di pantulan cermin lalu baring di atas katilnya yang tidak berapa empuk.

"Malasnya nak kurus! Tapi aku nak kurus!" Jerit kecil Ha-Rin lalu menutupi wajahnya dengan bantal kepalanya.

"Mama. Nak susu!" Pinta Joon-Seong menepuk peha Ha-Rin dengan punggung botol susu miliknya. Sekali lagi Ha-Rin mengeluh.

🌼🌼🌼

Kim Ha-Rin mengeluh kerana merindui Jungkook BTS yang sudah lama tidak mengunjungi laman ciapan di akaun media sosial milik kumpulan BTS itu.

Ting!!

Notifikasi berbunyi lalu Ha-Rin melihat dan reaksinya menjadi sangat teruja. Jungkook BTS menghantar gambar di laman Weverse. Ha-Rin tersenyum sendiri.

"Rambut pendek, pakai jaket, kacaknya. Muka kemerahan, comelnya." Puji Ha-Rin.

"Entah kenapa bila aku melihat gambar si dia ini, jantung aku berdegup laju dan bulu roma tengkuk mulai naik meremang seolah-olah aku berasa tubuhnya berdiri di belakang aku?" Hairan Ha-Rin sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Entah kenapa bila aku melihat gambar si dia ini, jantung aku berdegup laju dan bulu roma tengkuk mulai naik meremang seolah-olah aku berasa tubuhnya berdiri di belakang aku?" Hairan Ha-Rin sendiri.

"Dan kenapa pula aku nampak dia senyum kepada aku?!" Lalu Ha-Rin senyum teruja dalam diam. Tangan Ha-Rin menampar wajahnya sendiri agar tersedar ke dunia nyatanya. Seolah terlupa seketika tentang Mr Smiley.

🌼🌼🌼

Ucapan pendek di hantar oleh si pemilik telefon pintar itu. Dengan senyuman nipis yang manis bersama tahi lalat kecil di bawah bibirnya yang mampu memikat mana-mana wanita di dalam dunia ini. Termasuk Kim Ha-Rin.

"Kita berada di negara, negeri dan daerah yang sama. Tapi jarak jauhnya kita seperti awak bukan berada di sini." Gumam pemilik suara serak basah yang halus itu.

"Selama tiga bulan kau diamkan diri daripada hubungi dia, Jungkook. Gaya seperti dilamun cinta tapi tak pernah bersua muka." Tegur Taehyung.

"Cuba bayangkan, apa reaksi Ha-Rin kalau dia dapat tahu Mr Smiley yang dia tak pernah kenal itu adalah penyanyi idola Korea, Jungkook BTS." Fikir Jungkook tiba-tiba.

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now