BACK IN YEAR 2014
Kim Ha-Rin. Seorang gadis yang berusia 16 tahun ketika itu. Berasal dari kampung pedalaman yang jauh dari Seoul dan turut membesar disana sehingga berusia 12 tahun. Diusia 13 tahun, Kim Ha-Rin berpindah di kota besar Seoul bersama ibunya selepas kematian ayahnya. Meneruskan kehidupannya di bandar Seoul seperti di kampung. Tanpa hiburan. Hanya membantu ibunya menambah pendapatan harian juga buat menampung pelajarannya.
"Kacaknya EXO!"
EXO? Kim Ha-Rin tidak pernah mengetahui tentang itu. Kacak? Adakah EXO itu salah seorang pelajar di sekolahnya? Tidak mungkin. Disekolahnya tiada yang memiliki nama yang pelik begitu. Mahu bertanya tetapi malu bimbang akan ditertawakan kerana tidak mengenali nama yang disebutkan mereka. Kim Ha-Rin hanya terus berlalu tanpa menghiraukan mereka.
Kim Ha-Rin memasuki ke dalam kelasnya dan memerhatinya dua sahabat karibnya berbual tentang sesuatu dengan riak wajah teruja. Apa sahaja yang dibualkan mereka? Kim Ha-Rin perlahan-lahan mendekati mereka berdua.
"Aku suka lagu EXO yang tajuknya 'Wolf' tu. Tarian pun seksi. Muka hensem, menari macam tu. Hati aku cair. Chanyeol kalau senyum, aku rasa aku meninggal lepas ni."
"Kan! Aku pula suka Luhan! Dia comel sangat. Badan kecil tapi gagah. Kalau buat muka garang, makin aku jatuh cinta kat dia."
Kim Ha-Rin hanya mendengar apa yang dua rakannya berbualkan. Choi Jeong-Eun dan Nam Dae Joo. Khusyuk berbual tentang EXO tanpa menyedari kehadiran Kim Ha-Rin.
Kim Ha-Rin ingin bertanya namun dibiarkan saja. Buku dikeluarkan dan dibaca sambil menunggu kedatangan guru yang akan memasuki ke dalam kelas nanti."Ha-Rin, dalam EXO kau suka siapa?" Dae Joo menegur Kim Ha-Rin.
"EXO? Siapa tu?" Ha-Rin bertanya dengan bingung.
"EXO pun kau tak kenal. Mereka tu kumpulan K-Pop yang terkenal sekarang ni kat negara kita." Terang Jeong-Eun. Kim Ha-Rin hanya mengangguk malu.
"Oh, kumpulan K-Pop rupanya. Maaflah, aku tak suka artis K-Pop." Kata Ha-Rin. Juga tidak mengenali apa itu K-Pop. Apa yang Ha-Rin tahu, K-Pop itu tergolong dalam golongan kumpulan artis popular ketika itu.
"Ruginya. Baru nak tanya kau minat siapa. Mereka ni berbakat tau. Lagipun kita kenalah sokong produk dalam negara sendiri." Kata Dae Joo. Ha-Rin hanya tersenyum.
"Kau lupa ya. Artis negara luar pun aku tak kenal, apatah lagi dalam negara sendiri. Pelakon-pelakon drama yang aku tengok kat televisyen semua tu bukannya aku pernah kenal. Muka je aku kenal, nama mereka aku tak ambil tahu." Terang Ha-Rin.
"Kesian." Kata Jeong-Eun dan Dae Joo serentak membuatkan Ha-Rin terkebil-kebil. Apa yang kesian?
"Ha-Rin. Aku tahu kau banyak sibukkan diri dengan kesusahan yang kau alami sekarang bersama eomma kau. Kau tolong eomma kau kat kedai makan tepi jalan tu demi menampung pelajaran dan sekolah. Tapi kau pun kena belajar untuk ambil tahu hal semasa supaya orang takkan merendah-rendahkan kau nanti." Pesan Jeong-Eun. Ha-Rin semakin bingung.
"Apa kaitan dengan warung kecil eomma aku dan isu semasa dengan kesian kau berdua tadi?" Tanya Ha-Rin. Jeong-Eun dan Dae Joo menjerit kecil dan sama-sama menutup muka masing-masing. Ha-Rin hanya terkebil-kebil seorang diri.
🌼🌼🌼
"Kau tengok Luhan, comelnya dia!" Jeong-Eun menjerit kecil kepada Dae Joo sambil melihat majalah. EXO lagilah tu!"Chanyeol pun sama! Hensemnya!" Dae Joo pula menjerit kecil. Ha-Rin sudah mulai rimas. Dirinya terkadang seperti diabaikan dan dianggap sebagai meja kosong disebelah mereka.
YOU ARE READING
[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️
Fanfiction"You and me. Can we be true?" Kisah seorang gadis malang dan penyanyi idola terkenal. Jungkook BTS dan 'Cinderella' hatinya SLOT : IDOL ROMANCE By kelipkelipjeon Start : 26 Aug 2020