BACK IN YEAR 2017
3 JAN 2017
Ha-Rin memegang perut yang masih kecil buncitnya berusia 3 bulan dengan perasaan kecewa terhadap dirinya sendiri. Menyesal tidak berguna. Dirinya telah diperkosa pada Oktober tahun lalu. Malah Eomma Kim membuat laporan polis, tetapi mereka tidak dilayan dengan begitu baik.
Tak lama selepas kejadian itu berlaku, Ha-Rin tidak datang haid. Ha-Rin berfikir positif stres akan membuatkan dirinya tidak didatangi haid. Ha-Rin dan Eomma Kim mencuba sehabis baik untuk mendapatkan kebelaan namun kerana hal itu telah tersebar, Ha-Rin dihina dan dicaci sebagai perempuan yang tidak bermaruah.
Perniagaan Eomma Kim juga turut terjejas oleh kerana nasib malang yang menimpa Ha-Rin. Ha-Rin menjadi kesal akan nasib malang dirinya. Rasa serba salah meninggi menjadi punca masalah kepada Eomma Kim. Ha-Rin begitu cukup kesal ke atas apa yang telah berlaku.
"Maafkan aku, sayang. Aku masih belum dapat menerima kehadiranmu. Berharap sahaja yang kau tidak pernah wujud." Ucap Ha-Rin yang membenci akan dirinya sendiri. Ha-Rin termenung sendiri.
Televisyen yang dibiarkan terbuka memainkan muzik video Blood, Sweat & Tears nyanyian BTS. Ha-Rin terlihat dan hanya mengeluh. Teringat kembali akan kejadian pada hari itu.
"Aku dirogol pada hari Blood, Sweat & Tears diterbitkan di Youtube. Lagu yang masih menjadi kegemaranku sehingga ke hari ini. Benci? Tidak pernah. Aku dirogol bukannya salah mereka." Ha-Rin ketawa sinis sendiri sebelum menangis perlahan sambil memeluk dirinya sendiri.
"Be happy, Ha-Rin. Semua ini hanyalah takdir. Kau harus terima takdir ini, Ha-Rin." Ucap perlahan Ha-Rin sendiri berserta tangisan yang lebat mengalir dipipinya.
🌼🌼🌼
15 MEI 2017
"Eomma! Sakit!" Jerit Ha-Rin yang berasa sakit yang sangat kuat pada tubuhnya sehingga sedikitpun tidak dapat berdiri mahupun berjalan. Begitu sakit apa yang dialaminya ketika itu.
"Ya, Ha-Rin. Jururawat dan doktor akan merawat Ha-Rin. Tahan ya, sayang." Pujuk Eomma Kim yang cuba menenangkan anaknya yang terbaring di atas katil pesakit sambil ditolak oleh jururawat dan doktor menuju ke bilik bersalin.
"Maafkan kami, puan. Hanya sampai disini saja. Sila tunggu di tempat duduk yang telah disediakan. Apa-apa kami akan maklumkan kepada puan." Kata doktor lelaki yang mengiringi Ha-Rin ke bilik bersalin langsung menutup rapat kedua daun pintu bilik bersalin itu.
Eomma Kim berasa bimbang akan keadaan anak tunggal perempuannya itu. Dalam hati berdoa agar tidak terjadi apa-apa kepada dirinya.
"Cik Ha-Rin, masih sakit?" Tanya doktor itu kepada Ha-Rin. Ha-Rin hanya menggeleng lemah sebelum kembali menjerit kesakitan.
"Nurse, sekarang." Laung doktor lelaki itu dan duduk di hadapan Ha-Rin yang terbaring.
"Maafkan saya, cik Ha-Rin. Tiada doktor perempuan pada waktu begini. Jadi saya terpaksa ambil alih tugas ini. Berharap cik dapat bertenang." Kata doktor lelaki itu.
"Tolong, doktor. Sakit!"
"Okey, sekarang. Tarik nafas dan hembus nafas dahulu. Selepas itu bila ada rasa tolakan keluar dari dalam perut, cik teran sahaja." Kata doktor itu lagi. Bila terasa sakit dari dalam perut, Ha-Rin terus meneran.
"Bagus, cik. Kita dah nampak rambut bayi. Tarik nafas dan hembus nafas dulu selepas cuba teran lagi sekali, cik." Kata doktor itu lagi yang teruja dapat melihat kepala dan rambut bayi itu.
YOU ARE READING
[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️
Fanfiction"You and me. Can we be true?" Kisah seorang gadis malang dan penyanyi idola terkenal. Jungkook BTS dan 'Cinderella' hatinya SLOT : IDOL ROMANCE By kelipkelipjeon Start : 26 Aug 2020