08 - Accept You As Who You Are

82 9 0
                                    

'BE MINE'

Perkataan itu tidak berhenti bermain di dalam fikiran Kim Ha-Rin selepas mesej itu dihantar pada beberapa hari lepas oleh Mr. Smiley.

Beberapa soalan bermain di benak fikiran Kim Ha-Rin. Adakah lelaki itu benar-benar serius terhadapnya? Atau hanya mahu mempermainkannya? Tidak mungkin. Jika lelaki itu mahu mempermainkannya sudah pasti lelaki itu tidak akan sesekali memberinya bermacam-macam produk kecantikan untuknya.

Namun kerana tidak pernah mengenalinya membuatkan hati Kim Ha-Rin menjadi ragu-ragu. Bimbang jika sesuatu yang buruk bakal terjadi. Pantas sahaja aura negatif dibuang ketepi dan cuba mencari aura positif. Kim Ha-Rin yakin bahawa lelaki itu pasti jejaka yang baik.

Paras rupa bukan ukuran, tetapi adalah hati. Yang akan membuat diri seseorang jatuh cinta itu adalah keperibadian sebenar diri seseorang. Bukan kesempurnaan yang dicari, hanya mahu menerima setiap kelebihan dan kekurangan dalam diri seseorang.

Hanya satu permintaan yang dipinta oleh lelaki itu yang membuatkan Kim Ha-Rin berasa sukar. Hati cuba dikental semampu mungkin. Gemuruh dan risau jika lelaki itu tidak melihat dirinya. Tetapi itu hanya sekadar permintaan, jika benar lelaki itu sukakannya pasti akan lelaki itu menerima dirinya seadanya.

"Okey, cik Ha-Rin. Senyum!"

Pancaran cahaya silauan kamera menghiasi tajam ke dalam mata sehingga merasa sedikit pedih seketika. Ibu jari dinaikkan bererti gambar yang baru sahaja diambil sempurna. Hanya kualitinya sahaja, bukan orangnya.

"Cik Ha-Rin tunggu sebentar. Saya siapkan gambarnya. Tanpa edit ya?" Tanya jurukamera itu. Ha-Rin hanya mengangguk kecil. Itu adalah kerana permintaan lelaki itu.

Beberapa minit kemudian, sekeping gambar telah siap dibungkus di dalam sampul surat dan sekeping gambar yang sama dihantar ke dalam email milik Ha-Rin. Setelah siap membayar, kaki terus melangkah keluar dari kedai gambar tersebut.

Kim Ha-Rin mengingati kembali tentang permintaan lelaki itu kelmarin. Berfikir apakah dia mampu menunggu ketibaan lelaki itu dalam hidupnya? Permintaan dari lelaki itu akan memakan masa yang lama. Tak ubah seperti kisah cinta seorang peminat terhadap idolanya. Namun itu ditolak tepi kerana anggapannya Mr. Smiley bukanlah seorang penyanyi idola.

Gerai kecil donut dituju dan Kim Ha-Rin memesan beberapa jenis untuk dimakan dan dibungkus buat eommanya dan Joon-Seong. Secawan air coklat panas dihirup perlahan dan perlahan lidahnya menjilat sisa melekat pada bibirnya sendiri menikmati keenakkan air coklat itu.

"Nikmat betul!" Ucap Kim Ha-Rin sambil tersenyum manis melihat cawan air coklat itu.


Gambar yang telah diambil tadi disimpan ke dalam galeri telefon pintar milik Kim Ha-Rin dan terus dihantar kepada Mr. Smiley.

Pandangan Ha-Rin teralih melihat ke arah orang ramai yang beratur di hadapan gerai kecil donut dan matanya tertangkap ke arah seseorang yang terasa seolah-olah pernah berjumpa. Kim Ha-Rin mengamati gaya dan wajah ke arah orang itu dengan teliti. Mata Ha-Rin serta-merta terbuka luas.

"Manager Sejin?" Gumamnya sendiri.

Lantas teringat kembali peristiwa dimana telefon bimbitnya dipulangkan oleh seorang lelaki kerana tertinggal di dalam bas sewaktu masih sekolah dulu.

"Jadi yang pulangkan telefon bimbit tu orangnya adalah manager Sejin? BTS?!" Bagaikan tersedar matanya mula melilau mencari van hitam di pinggir jalan. Mata Kim Ha-Rin terpaku melihat seseorang yang memakai topeng hitam di dalam sebuah van hitam berhampiran melihat ke arahnya.

Terasa bagaikan dejavu dan masa bergerak perlahan. Mata yang memandang ke arahnya dengan renungan indah. Sepertinya seolah-olah sangat dikenali. Cermin tingkap van hitam itu dinaikkan dan figura lelaki itu terlindung. Terus sahaja van hitam itu berlalu pergi.

"Macam kenal. Mata bulat comel, hidung yang terlindung tu macam bentuk Jungkook punya hidung. Eh sekejap, Jungkook?" Terus sahaja mata Ha-Rin melilau mencari figura manager Sejin tapi tidak terlihat kelibatnya.

"Mata tu aku yakin itu Jungkook. Gaya rambut pun aku percaya itu 100% pasti memang Jungkook BTS. Wah untungnya dapat bertatapan mata dengan dia." Teruja Kim Ha-Rin sendiri yang tersenyum lebar lalu senyumannya bertukar muram.

"Aku terlalu hodoh untuk dia. Tak mungkin. Pasti dia melihat ke arah lain. Aku saja yang perasan syok sendiri." Keluh Kim Ha-Rin sendiri dengan senyuman nipis buat dirinya sendiri.

🌼🌼🌼

Jungkook melihat ke arah luar tingkap van hitam yang dinaiki sambil menurunkan tingkap itu. Mahu mengambil udara yang segar. Matanya kembali melihat gambar si gadis yang telah menambat hatinya. Terlalu sempurna baginya. Perlahan jarinya mengusap gambar itu.

Jungkook kembali memandang ke arah luar van melihat ke arah manager Sejin tuju namun matanya tertangkap seorang gadis yang bertumbuh genit dan agak sedikit berisi comel. Si gadis comel pilihan hatinya.

Jungkook tidak berhenti merenung ke arah gadis itu yang tersenyum manis meminum secawan air dan tersedar akan mata Ha-Rin mulai mengenali manager Sejin.

"Alamak." Terus saja topeng hitam dicapai dan dipakai. Seperti yang dijangka, Ha-Rin menyedarinya.

Jungkook membalas renungan Ha-Rin kepadanya dan mulai merasa dejavu yang kuat. Bulu romanya mulai menaik. Terbayang sesuatu yang dejavu dia mengucup perlahan bibir gadis itu.

"Jom. Tutup sekali tingkap tu." Kedengaran suara manager Sejin mengarahkan sesuatu kepada pemandu van itu.

Pemandu itu akur akan arahan manager Sejin, terus renungan Jungkook terhalang namun masih dapat terlihat jelas wajah Kim Ha-Rin yang seolah terpesona memandang ke arahnya. Adakah dia juga merasakan dejavu? Bisik hati Jungkook.

"Pandang apa tu? Dari tadi macam orang berangan saja. Are you okay, Jungkook?" Tegur manager Sejin.

Jungkook hanya senyum memandang ke arah manager Sejin dan menggeleng menandakan baik-baik saja. Diakui hubungan manager Sejin bersama BTS sangatlah baik dan akrab. Sudah lebih seperti keluarga.

Jungkook tersenyum sendiri di sebalik topeng hitamnya dan mula berfikir. Jika kehidupan masa lalu benar-benar wujud, adakah Kim Ha-Rin terlalu istimewa di kehidupan masa lalunya? Jungkook tidak mampu berhenti memikir tentang bayangan dejavu itu seolah-olah ianya nyata.

Jungkook tertawakan dirinya sendiri. Tertanya dirinya sudah begitu dewasa sehingga mengimpikan gadis itu dan mahu mengucup bibirnya sungguh. Lagipula orangnya cantik baginya. Cantik dari segi dalamannya dan matanya yang kecil itu walaupun mempunyai bulatan hitam dibawah mata. Kerap tidur lewat mungkin?

"Comel." Gumam Jungkook sendiri dengan senyuman lebar yang tersembunyi di sebali topeng hitamnya.

'I love you because of your inside beauty. Accepting you as who you are. Even if you're not perfect, I still want you.'

🌼🌼🌼

Chapter 8 : Accept You As Who You Are

Re-edited : 29 December 2020 / 2:13 a.m.

🌼🌼🌼

To Be Continue

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now