02 - Back In Years (ii)

104 13 1
                                    

BACK IN YEAR 2016

9 OKT 2016 : MAPO GIRLS HIGH SCHOOL

Kim Ha-Rin sudah mencecah usia 18 tahun dan bersekolah tinggi di Seoul (Mapo) Girl's High School. Ha-Rin hanya berjalan perlahan menuju ke arah sekolahnya sambil mengenang akan dua rakan baiknya iaitu Jeong Eun dan Dae Joo. Sebelum Ha-Rin bersekolah di sekolah baharunya, mereka tidak kesefahaman. Bergaduh tanpa sebab. Jeong Eun dan Dae Joo seperti membencinya. Entah kenapa.

Namun pada minggu lalu, Jeong Eun dan Dae Joo menghubunginya terus meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku. Menyesal dan seolah merasa telah kehilangan Ha-Rin kerana Ha-Rin nekad untuk berpindah ke sekolah baharunya. Bukan kerana mereka Ha-Rin nekad untuk berpindah sekolah tetapi dia telah diberhentikan sekolah pada ketika itu. Apabila permohonan bersekolah semula telah diluluskan, Ha-Rin memilih untuk bersekolah di sekolah perempuan.

"Kim Ha-Rin. Kau pasti boleh!" Ha-Rin menghela nafas perlahan agar perasaannya tenang. Berharap tiada apa-apa benda buruk akan berlaku di sekolah ini.

"Harini aku akan habiskan hari pertama di sekolah dan balik ke rumah dengan perasaan gembira sebab BTS akan release muzik video terbaru dan esok album baru mereka akan keluar. Teruja rasa!" Gembira Ha-Rin sendiri. Tanpa disedarinya ada seseorang yang asyik memerhatikan tubuhnya tanpa henti dengan senyuman sinis.

🌼🌼🌼

"Ha-Rin dah balik ni."

"Ha-Rin, makan dulu. Eomma dah masakkan lauk untuk Ha-Rin. Lagipun eomma dah lambat ni, eomma pergi dulu."

"Okey, eomma! Hati-hati! Terima kasih, eomma!"

Eomma Kim pun beredar keluar dari rumah kerana mahu bergegas menuju ke warung miliknya. Kerana waktu pun sudah petang, pasti ramai pelanggan sedang menunggu akan masakannya itu. Ha-Rin tanpa berlengah terus makan masakan eommanya dengan rasa bersyukur. Sedap pula tu!

Usai makan, Ha-Rin terus membersihkan diri ala kadar dan bersiap awal kerana mahu menunggu muzik video dari BTS. Tak sabar hati Ha-Rin ingin mendengarkan lagu baru dari BTS itu. Ha-Rin mencapai laptop baharunya yang yang Eomma Kim belikan buat dirinya. Meskipun Ha-Rin bukan orang senang, kerja keras Eomma Kim dapat membesarkan Ha-Rin dengan sangat baik.

Setelah beberapa jam Ha-Rin membuat persiapan sambil menantikan muzik video yang terbaru dari BTS, Ha-Rin duduk di hadapan laptopnya dan hanya mencapai lampu kecil untuk meraikan sambil menghafal fanchant yang telah ditetapkan oleh fanclub.

Akhirnya yang dinantikan telah tiba. Tanpa menunggu masa Ha-Rin terus menekan video yang telah keluar dari laman siaran YouTube Big Hit Entertainment.

'내 피 땀 눈물 , 내 마지막 춤을 다 가져가 가'
(My blood, sweat and tears, my last dance take it away)

"Park Jimin. Boleh tahan." Gumam Ha-Rin sendiri dengan senyuman nipis.

'내 피 땀 눈물, 내 차가운 숨을 다 가져가 가'
(My blood sweat and tears, my cold breath take it away)

Ha-Rin jadi tergamam tiba-tiba dan nafasnya seolah-olah tersekat apabila melihat Jungkook BTS mengambil alih gilirannya selepas Jimin BTS. Mata Ha-Rin tidak boleh berhenti memandang idola bernama Jungkook BTS itu.

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now