Sebulan telah berlalu..
Kim Ha-Rin termenung memandang ke arah langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang di langit. Mr Smiley juga tidak lagi menghantarkan sebarang mesej kepadanya. Adakah lelaki itu mengetahui tentang hidupnya? Getus hati gadis itu.
‘Pastikan diri awak tidak lagi terikat dengan mana-mana lelaki dan jangan sesekali larikan diri apabila sudah mengenali saya.’
Kata-kata itu membuatkan hati Kim Ha-Rin tidak berasa senang. Tindakan Mr Smiley yang telah mendiamkan diri selepas pemberiannya telah sampai ke rumah. Perlukah dia putuskan hubungannya bersama doktor Seung-Gi?
‘Tak kira berapa banyak masa yang awak perlukan, saya akan sentiasa tunggu awak.’
“Aku masih menyayangi Seung-Gi. Apa yang harus aku buat? Aku tak mampu lagi bertahan dengan sikap Seung-Gi yang sudah mula mengabaikan aku dan Joon-Seong.” Luah Ha-Rin sendiri. Kedengaran pasangan ketawa membuatkan Ha-Rin tertarik untuk melihatnya.
Sekali lagi hatinya terluka. Begitu terlalu terluka. Melihat doktor Seung-Gi memegang tangan erat gadis yang dicium pada malam krismas tahun lalu. Wajah lelaki itu begitu senang bersama gadis jelita yang berada disamping lelaki itu.
“Awak tak bahagiakah bersama saya, Seung-Gi? Baiklah, kalau begitu sudah kehendak awak.” Keluh Ha-Rin yang sudah basah dengan airmatanya. Telefon pintar diambil dan nombor Seung-Gi didail. Begitu mereka gembira sehingga tidak sedar figura Ha-Rin semakin mendekati.
“Sayang, sekejap. Kawan saya telefon.” Kata Seung-Gi kepada teman wanitanya itu. Telefon pintar milik lelaki itu dilihat dan panggilan dari Ha-Rin dijawab. Seung-Gi berdiri sedikit jauh dari gadis jelita itu.
“Hai, sayang.” Sapa Seung-Gi di dalam talian.
“Pandang belakang.” Arah Ha-Rin. Lalu Seung-Gi terus memandang ke belakang dan begitu terkejut apabila melihat wajah Ha-Rin. Panggilan Ha-Rin matikan dan cuba untuk senyum semampu mungkin setelah melihat kecurangan yang berlaku di depan matanya.
“Kenapa awak merahsiakannya dari saya, doktor Seung-Gi? Apa salahnya jika awak hanya berterus-terang saja dari mula?” Tanya Ha-Rin yang mengalirkan airmata dengan senyuman yang paling menyakitkan.
“Ha-Rin, saya..” Kata-kata Seung-Gi dipotong.
“Kalau dari awal awak bertindak untuk berterus terang, sudah tentu saya tak perlu sakitkan diri saya dengan menanggung perasaan sayang terhadap awak. Kenapa awak perlu seksa semacam ini?” Luah Ha-Rin dengan perasaan begitu kecewa. Riak wajahnya terlalu sedih.
“Ha-Rin, saya tiada niat nak melukai awak. Saya minta maaf.” Pujuk Seung-Gi.
“Tak perlu. Bukan salah awak. Kita putus saja. Hubungan kita sampai disini saja. Saya tak mampu berpura-pura bertahan lagi. Saya takkan cari awak lagi. Semoga berbahagia.” Ucap Ha-Rin dengan airmata yang membasahi wajah lalu melarikan diri.
“Ha-Rin!” Jerit Seung-Gi yang mahu mengejar langkah Ha-Rin namun terhenti oleh kerana si gadis jelita menahannya.
“Sayang, awak panggil siapa?” Pertanyaan itu hanya dibiarkan. Hati sakit merasakan sakit yang begitu dalam. Penyesalan yang mendalam. Si gadis jelita tidak lagi dipedulikan, kakinya terus melangkah mengejar Kim Ha-Rin.
“Lee Seung-Gi!” Jerit gadis jelita itu. Namun tidak mahu didengari lagi. Fikiran Seung-Gi hanyalah Kim Ha-Rin.
Seseorang yang telah menyaksikan kejadian itu memegang dadanya. Begitu sakit dirasakan apa yang telah dilihatnya. Tangisan yang berjurai membasahi wajah si gadis kerana sayang dan setianya telah dibuang begitu saja.
Satu notifikasi berbunyi menganggu lamunan lelaki itu. Ternyata si gadis menangis tadi menghantarkan mesej kepadanya.
‘Ajari saya mengenali awak, Mr Smiley.’
🌼🌼🌼
Jungkook termenung ketika melakukan senaman mengangkat berat. Termenung dengan mesej yang telah dihantarkan kepadanya tadi. Fikirannya teringatkan setiap punca tangisan dan wajah kecewa pada riak wajah gadis itu.
Deruan nafas keras dihembuskan lantas melepaskan berat yang sentiasa menjadi permainannya. Matanya tajam memandang dirinya yang menjadi refleksi kepada cermin besar dihadapannya.
“Setiap titisan airmata yang mengalir, menjadi suatu hukuman. Kesetiaan yang suci telah disia-siakan.” Ujar Jungkook mendekati cermin yang memantulkan dirinya sendiri.
“Saya tahu Ha-Rin, awak akan cuba lari dari saya apabila awak telah mengenali diri saya yang sebenarnya.” Ujar Jungkook lagi lalu mengusap wajah pantulannya di cermin.
“Saya tak peduli samada awak mahu melarikan diri sekalipun. Saya akan kejar awak dan lindungi awak semampu saya. Itu janji saya, Kim Ha-Rin.” Nekad Jungkook.
“Annyeong, Jeon Ha-Rin.”
🌼🌼🌼
Wajah Joon-Seong yang sudah ketiduran direnung sepuas hati. Telapak tangan mengusap wajah si kecil yang comel itu. Airmata jatuh sekali lagi apabila mengenangkan saat kelahiran anak manja itu. Doktor Seung-Gi yang telah banyak membantunya dan terhutang budi padanya.
Kedengaran loceng rumah berbunyi. Eomma Kim sudah tertidur, jadi Kim Ha-Rin terus ke pintu utama. Pintu dibukakan sedikit untuk melihat siapakah gerangan yang datang ke rumahnya.
Pintu segera ditutup dan dikunci kerana doktor Seung-Gi yang menekan loceng itu. Seung-Gi yang sedar terus sahaja mengetuk pintu dari luar.
“Ha-Rin! Bukalah pintu ini. Saya minta maaf, sayang.” Tangis Seung-Gi yang merayu kepada Ha-Rin. Ha-Rin bersandar disebalik pintu dan perlahan terduduk kerana kakinya terlalu lemah untuk berdiri. Ketukan dipintu masih berbunyi.
“Sayang, saya tahu saya salah. Saya menyesal. Maafkan saya, Ha-Rin. Saya dah sedar bahawa saya terlalu sayangkan awak. Tetapi oleh kerana ego saya, saya telah menduakan awak. Saya tiada niat untuk menghina awak. Saya yang hina kerana tidak mampu menerima awak seadanya. Maafkan saya.” Tangis Seung-Gi lagi dengan lebih mendayu. Merayu-rayu supaya dosanya dapat dimaafkan.
“Saya tak nak jumpa awak lagi, Seung-Gi. Hubungan kita dah tamat. Awak pergilah bersama dia, jangan sesekali tinggalkan dia. Carilah kebahagiaan yang telah awak impikan selama ini. Tinggalkan saya.” Nekad Ha-Rin lalu menguatkan dirinya berdiri dan berlalu masuk ke dalam biliknya tanpa mengendahkan lelaki itu yang tidak berhenti meraung menangis di luar rumahnya.
Kim Ha-Rin berdiri di hadapan cermin dan melihat pantulan dirinya. Kulit wajahnya yang telah mula beransur pulih dan perut gadis itu sudah mula sedikit agak kempis. Airmatanya mengalir, masih terasa dirinya begitu sangat hina kerana kehodohan yang dialaminya.
“Aku memang perempuan malang.”
Pantulan cermin itu terus ditumbuk sekuat hati sehingga kaca cermin itu retak seribu. Luka yang mengalir tidak lagi dapat dirasakan kepedihannya. Terlalu pedih di hatinya. Notifikasi telefon pintarnya berbunyi dan dipandang bersahaja.
‘Be mine.’
🌼🌼🌼
Chapter 7 : The Pain
Update : 10 Sept 2020 / 5:25 a.m.
🌼🌼🌼
To be continue
YOU ARE READING
[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️
Fanfiction"You and me. Can we be true?" Kisah seorang gadis malang dan penyanyi idola terkenal. Jungkook BTS dan 'Cinderella' hatinya SLOT : IDOL ROMANCE By kelipkelipjeon Start : 26 Aug 2020