12 - Trauma

41 3 3
                                    

Doom At Your Service BGM (pt 1)

🌼🌼🌼

// Throwback //

2014

Kim Ha-Rin berdiri di luar kelas sedang menanti seseorang. Hatinya cukup teruja dan berdebar, hadiah kecil buat sang lelaki yang disukainya.

“Byun-Jin, untuk awak.” Sapa Kim Ha-Rin kepada lelaki bernama Lee Byun-Jin sambil menghulurkan hadiah kecil. Lee Byun-Jin hanya bersikap dingin.

“Aku tak nak hadiah kau ni.” Dingin Byun-Jin lalu mengambil dan dibuang jatuh lalu memijaknya. Kim Ha-Rin mulai rasa sesak di dada. Mereka mulai dikerumuni ramai pelajar.

“Untuk pengetahuan semua, ini Ha-Rin. Kim Ha-Rin. Rakan sekelas aku. Sukakan aku. Malah menyimpan angan-angan untuk mempersuamikan aku. Tak tahu malu. Tak sedar diri!” Laung Byun-Jin. Rakan-rakan Byun-Jin ketawa kuat kepada Ha-Rin. Kim Ha-Rin terkejut dan merasa semakin sesak di dalam dadanya.

“Terkejut? Disebabkan benda ni, aku dipermalukan. Disukai perempuan macam kau? Kau tak layak!” Maki Byun-Jin terhadapnya lalu mencampakkan diari kecil dimuka Ha-Rin. Byun-Jin merempuh bahu Ha-Rin dengan kuat sehingga gadis itu jatuh terduduk.

“Kau okey tak?” Sapa seorang gadis yang dikenali. Choi Jeong-Eun. Teman rapatnya sejak dari sekolah rendah. Kim Ha-Rin memegang dadanya.

“Aku tahu siapa yang ambil diari tu. Ini mesti si diva tu. Semalam aku ternampak dia tutup zip beg Ha-Rin.” Sampuk Nam Dae-Joo geram. Ha-Rin hanya tertunduk malu. Tidak dapat lagi menahan sedihnya.

“Memang aku pun yang buat semua tu. Ha-Rin tolonglah bawa sedar diri. Balik rumah nanti cermin muka kau. Jangan nak perasan cantik. Byun-Jin takkan pandang perempuan macam kau.” Si diva yang dimaksudkan oleh Dae-Joo sebentar tadi mulai menyampuk. Dia bersama temannya hanya ketawa.

Kim Ha-Rin yang sudah tidak tahan sesak di dada, dia mulai menangis. Hadiah yang dipijak Byun-Jin tadinya diambil dan Ha-Rin perlahan berdiri. Hadiah itu dicampak keluar melalui tingkap. Wajah si diva, Yoon Mi-Ah ditampar kuat.

“Kau yang sepatutnya cermin diri kau sendiri, Yoon Mi-Ah.” Kim Ha-Rin terus berlalu bersama kedua sahabatnya.

Sejak dari hari itu, Kim Ha-Rin sering dibuli dan sering dipermalukan oleh mereka yang tidak menyukainya setiap hari. Setiap hari itu juga, perasaan Ha-Rin kepada Byun-Jin ibarat sudah dibuang ke dalam tong sampah.

Semakin hari Ha-Rin semakin senyap, tidak mahu bercakap banyak dengan sesiapapun. Kadangkala ada jugak bergaduh tarik rambut kerana tidak tahan dirinya dibuli.

Secara diamnya, Kim Ha-Rin mengalami tekanan perasaan. Trauma, tertekan, kecelaruan (anxiety) dan sebagainya.

2017

Selepas dirinya juga telah diperkosa tanpa sedar pada malam itu, saat dirinya baru sahaja melangkah ke alam dewasa dirinya menjadi semakin teruk.

Tiada bimbingan, tiada tempat untuk meluahkan kasih, tiada tempat untuk dirinya bergantung. Sunyi dan sepi. Kadangkala kerap bersendiri mengenang nasibnya yang malang. Gagal dalam hidupnya.

Kehadiran doktor Lee Seung-Gi banyak merubah kehidupan Kim Ha-Rin. Banyak perkara Kim Ha-Rin. Dirinya mulai bersemangat. Mereka saling jatuh cinta. Namun mereka tidak bertemu jodoh. Memang cinta tidak usia, tetapi cinta mahukan kepercayaan dan kesetiaan.

2019

Oleh kerana dicurangi, Kim Ha-Rin mulai rasa mahu hilang waras. Sejak itu dia bertemu dengan seorang jejaka yang tidak pernah dikenalinya.

Kim Ha-Rin masih berasa trauma ke atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Namun entah kenapa jejaka yang digelar Mr Smiley itu dirasakan boleh dipercayai.

Wajahnya tidak pernah dilihat, hanya berhubung melalui mesej ringkas. Bulan demi bulan, akhirnya dirinya dilamar oleh jejaka itu. Kim Ha-Rin nekad, dia mahukan lelaki ini. Lelaki yang tidak pernah menjelaskan siapakah dirinya yang sebenar.

Sekarang

Kejadian kelmarin masih bermain di fikiran Ha-Rin. Beribu soalan bermain difikirannya. Namun bersyukur kerana lelaki itu berada disitu diwaktu dirinya berasa dalam bahaya.

Lee Byun-Jin, entah apa yang telah berlaku antara dia dan bekas teman wanitanya, Yoon Mi-Ah sehingga Ha-Rin merasakan lelaki itu kelihatan tidak waras baginya.

Jujur, trauma yang menghantuinya selama bertahun-tahun telah kembali sejak kelmarin. Kadangkala tangannya menggigil seperti ketakutan. Fikirannya tidak dapat fokus terhadap sesuatu.

Mahu pulang dari tempat kerja, terasa seperti diikuti seseorang. Entah kenapa Ha-Rin semakin berasa takut. Walaupun hanya berjumpa dengan bekas teman lelakinya. Walaupun hanya keluar bersama ibu dan anaknya.

Namun setiap kali Ha-Rin mengingati Mr Smiley yang menyelamatkannya daripada Byun-Jin kelmarin membuatkan dirinya sedikit tenang. Bagaikan terasa lelaki itu sedang melindunginya dan terasa selamat.

Aneh bukan? Kim Ha-Rin tidak pernah melihat wajah lelaki itu. Namun Ha-Rin sudah benar-benar telah jatuh cinta. Malah ketika mereka tidak sengaja bertemu, perasaan itu terhadap lelaki itu semakin mendalam. Seolah sudah mengenal lama.

Ha-Rin berimpian mahu mengahwini lelaki yang dia boleh bergantung. Yang boleh dikongsikan derita yang dialaminya selama bertahun-tahun yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Dia mahukan lelaki yang boleh membuatnya lupa dan buang segala trauma yang melanda dirinya sehingga sekarang.

Hanya Mr Smiley yang mempunyai ciri-ciri sebegitu. Hanya Mr Smiley yang Ha-Rin mahukan. Namun entah kenapa dirinya merasakan sesuatu yang aneh. Dejavu.

Jeon Jungkook...

🌼🌼🌼

Setiap kali berasa sedih, dirinya tidak mudah untuk merasa tenang. Mereka tiada pada waktu yang diperlukan. Sukar juga untuk menenangkan dirinya sendiri.

Kim Ha-Rin..

Masih terlalu awal untuk bongkarkan segalanya. Namun janji tetap janji. Saat itu pasti akan tiba. Saat dimana Kim Ha-Rin akan menjadi miliknya. Seutuhnya.

Cincin emas putih berbentuk halus dan mempunyai permata kecil bakal menghiasi jari manis gadis idamannya. Suatu hari nanti. Hari itu pasti bakal hadir.

“Jika jodoh itu milik kita, Kim Ha-Rin hanya untuk Jeon Jungkook.”

‘I will make the pain go away. From you. From us.’

🌼🌼🌼

Chapter 12 : Trauma

Update : 20 Jun 2021 / 04:24 a.m.

🌼🌼🌼

To Be Continue

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now