Glow - CORSAK ft. Robinson
🌼🌼🌼
November 2020
Hidup Kim Ha-Rin semakin hari semakin terasa sepi. Minda sentiasa bertanya dimanakah jejaka yang ingin memilikinya itu? Setelah beberapa keping gambar dirinya dihantar, jejaka itu sepi tiada khabar lagi.
Mr Smiley. Dimanakah dia berada sekarang ini? Mengapa dia tidak membalas mesej yang telah dihantar oleh Kim Ha-Rin? Ha-Rin mulai resah dengan kesepian dari jejaka itu. Rindu menyelubungi diri.
7 Bulan telah berlalu dengan kesepian. Walaupun Kim Ha-Rin masih mendapat kiriman melalui barangan yang telah dipos kepadanya, Mr Smiley kesayangannya masih mendiamkan diri. Kim Ha-Rin hanya mengeluh. Sekurangnya dirinya masih mengetahui bahawa jejaka itu tidak apa-apa.
Sibuk melayani perasaan, Ha-Rin sedikit tersentak kerana eomma Kim mengatakan ingin ke farmasi berhampiran dan terus mahu ke butik pakaian. Kim Ha-Rin hanya mengangguk dan eomma Kim terus berjalan meninggalkannya sendirian dengan membawa anaknya, Joon-Seong.
“Hai, Kim Ha-Rin kan?” Sapa seorang jejaka yang kelihatan sebaya dengan dirinya. Kim Ha-Rin berkerut dahinya.
“Ya, awak siapa?” Tanya Ha-Rin.
“Saya Lee Byun-Jin. Rakan sekolah awak dulu? Yang awak pernah lamar saya jadi teman lelaki awak?” Ramah Byun-Jin. Kim Ha-Rin mulai rasa tidak selesa.
Mana mungkin Kim Ha-Rin melupakan lelaki yang bernama Lee Byun-Jin itu yang pernah memalukannya satu sekolah kerana meluahkan perasaannya ketika itu. Kim Ha-Rin senyum pahit.
“Oh, Byun-Jin. Hai.” Balas Ha-Rin yang malas ingin menyapa kembali. Lee Byun-Jin terus duduk disebelah Ha-Rin tanpa rasa malu.
“Awak sekarang tak kurus macam dulu kan? Makin chubby.” Ujar Byun-Jin.
“Habis tu kenapa kalau saya chubby sekalipun? Ada saya menyusahkan awak ke?” Sindir Ha-Rin. Byun-Jin ketawa kecil.
“Saya tahu salah saya pasal dulu tu okey. Saya minta maaf. Saya menyesal. Saya tak patut buat awak macam tu.” Kata Byun-Jin. Kim Ha-Rin hanya senyum pahit dan mengangguk kecil.
“Tak apalah, cerita dah lama. Tak perlu nak ungkit lagi. Saya dah lama maafkan.” Jawab Ha-Rin ikhlas. Byun-Jin mengangguk dan senyum nipis.
Lee Byun-Jin memandang ke arah Ha-Rin dan berasa sedikit hatinya terpaut terhadap gadis itu. Entah kenapa, gadis chubby itu kelihatan agak cantik dimatanya.
“Awak buat apa sekarang?” Tanya Byun-Jin.
“Saya? Kerja part-time je kat butik baju. Awak pula?” Tanya Ha-Rin pula.
“Saya pula kerja dengan bapa saya. Sebenarnya saya menyesal sebab rejected awak dulu. Saya dan bekas teman wanita saya tu kami dah lama putus. Saya..” Kata Byun-Jin lalu percakapannya dipotong.
“Tak apalah, Byun-Jin. Itu semua cerita lama. Saya dah lupakan. Awak tak perlu rasa menyesal. Saya tak pernah ambil hati.” Kata Ha-Rin.
YOU ARE READING
[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️
Fiksi Penggemar"You and me. Can we be true?" Kisah seorang gadis malang dan penyanyi idola terkenal. Jungkook BTS dan 'Cinderella' hatinya SLOT : IDOL ROMANCE By kelipkelipjeon Start : 26 Aug 2020