06 - Mr Smiley :)

62 12 0
                                    

Beberapa hari selepas kejadian dimana Kim Ha-Rin tersesat masuk ke dalam bangunan Trimage, Kim Ha-Rin menerima mesej dari seseorang yang tidak dikenali memberikan kata-kata semangat padanya setiap hari.

Apa yang menganggu dalam fikiran Kim Ha-Rin hanyalah siapakah pemilik rumah itu? Mengapa dia boleh berada di Trimage? Salah satu bangunan Trimage adalah rumah Jungkook BTS dan J-Hope BTS yang telah dibeli pada tahun yang lalu, 2019.

Yang paling membuatkan dirinya semakin musykil adalah bingkai gambar di dalam rumah itu. Kebanyakkan gambar-gambar Jungkook BTS. Figura lelaki yang bertembung dengannya ketika di lobi bangunan itu sepertinya J-Hope BTS. Jangan-jangan... Kim Ha-Rin menepuk pipinya.

"Tak mungkin itu rumah Jungkook BTS. Sangat mustahil Jungkook BTS yang bawa aku ke rumah itu. Kemungkinan itu hanyalah peminat Jungkook dan BTS sahaja. Bersangka baik, Ha-Rin." Bisik Ha-Rin sendiri.

Notifikasi telefon pintar gadis itu berbunyi menandakan ada satu mesej masuk ke dalam peti mesej. Ha-Rin membuka dan membacanya.

'Hai, cik yang paling comel.'

Kim Ha-Rin terkejut. Nombor yang sama menghantarkan mesej sebegini. Namun tidak seperti biasa. Seolah-olah tuan empunya nombor ini mahu berkenalan dengannya. Sekali lagi notifikasi berbunyi menandakan mesej baru masuk.

'Saya tahu awak belum tidur lagi. Tak mahu balas mesej sayakah, cik yang paling comel?'

Kim Ha-Rin menoleh kiri, kanan, depan dan belakang. Seperti tertanya bagaimana pemilik nombor ini tahu bahawa dirinya belum lagi tidur. Kim Ha-Rin teragak-agak mahu membalasnya. Namun hatinya kuat menyuruhnya supaya mencuba balas mesej itu.

'Boleh saya tahu awak ni siapa?'

Mesej terus dihantar. Notifikasi berbunyi sekali lagi menandakan mesejnya sudah terbalas.

'Saya pemilik rumah yang awak tumpang bermalam tempoh hari ketika awak mabuk.'

Jawabnya. Kim Ha-Rin mengangguk dalam diam. Kini dia tertarik mahu membalas mesej itu. Bibirnya tersenyum menaipkan sesuatu dan dihantar kepada pemilik nombor itu.

'Terima kasih. Saya minta maaf kerana menyusahkan.'

Notifikasi berbunyi lagi ada balasan mesej dari yang disana.

'Sama-sama. Apa saja untuk cik yang paling comel pernah saya kenali.'

Pemilik nombor itu membalasnya dengan tersenyum. Ha-Rin terus ingin menanyakan tentang gambar yang ada di dalam rumah itu.

'Maafkan saya kalau saya melebihi batas. Tapi awak ni peminat BTS ke?'

Tanya Ha-Rin melalui mesej itu. Ha-Rin menggigit jari merasa gemuruh menunggu apa yang bakal dijawabnya. Notifikasi berbunyi lagi, terus saja Ha-Rin membacanya.

'Mungkin.'

Mungkin? Ha-Rin apa yang dimaksudkannya dengan kemungkinan? Notifikasi kembali berbunyi.

'Saya harap awak kenal siapa saya, cik yang paling comel.'

Sekali lagi Ha-Rin menggigit jarinya. Apa yang dimaksudkan pemilik nombor itu? Dari caranya, sepertinya pemilik nombor itu lelaki. Mungkin lelaki seperti apa yang dilihatnya ketika di dalam kelam dengan kemabukan tempoh hari.

'Boleh saya mengenali awak?'

Pinta Ha-Rin. Entah mengapa pemilik nombor itu menarik minatnya. Ha-Rin mulai berasa tertarik dengan pemilik nombor itu. Notifikasi berbunyi kembali, si dia membalasnya.

'Pastikan diri awak tidak lagi terikat dengan mana-mana lelaki dan jangan sesekali larikan diri apabila sudah mengenali saya.'

Pesanan itu membuatkan Ha-Rin merasa sedikit sedih. Sejujurnya hubungannya bersama doktor Seung-Gi masih belum terlerai. Lelaki itu masih menyembunyikannya. Kata-kata pemilik nombor ini seolah-olah mengetahui segala rahsia hidupnya. Notifikasi sekali lagi berbunyi menandakan mesej baru masuk lagi.

'Tak kira berapa banyak masa yang awak perlukan, saya akan sentiasa tunggu awak cik yang paling comel.'

Kim Ha-Rin hanya mampu melihat. Gambar Jungkook BTS yang dibingkaikan besar di dalam biliknya direnung. Ha-Rin menyentuh dadanya. Degupan jantung yang berdetak kuat.

"Aku keliru. Apa yang perlu aku buat?"

Keluh Ha-Rin. Kim Ha-Rin berdiri di hadapan cermin melihat wajah yang dipenuhi jerawat dan badannya yang berisi. Perlahan jarinya menyentuh pipinya yang dipenuhi jerawat dan terasa pedih. Skin disease. Jarinya menyentuh pula lemak-lemak yang menebal di perut buncitnya. Airmata mulai bergenang.

🌼🌼🌼

Jungkook yang sedang melakukan senaman mengangkat berat mulai terbayang apa yang telah dilihatnya tadi. Gadis itu hampir menangis. Keluhan berat dilepaskan. Hatinya begitu terasa sakit melihat keadaan gadis itu yang sedang menderita dengan rasa goyah yang di hadapinya.

"Lewat balik. Dari mana?" Tegur seseorang.

"Jumpa kawan." Jawab Jungkook dengan tenang. Rakannya itu hanya akur.

"Hyung. Kalau seseorang mempunyai penyakit kulit seperti jerawat yang berlebihan sehingga boleh merosakkan kulit wajah, apa perlu kita buat?" Tanya Jungkook dengan serius. Rakannya itu hanya memandangnya seperti tertanya dan berfikir sejenak.

"Dia perlu berjumpa dengan pakar kulit. Kalau ringan, mungkin boleh diperbaiki. Tapi kalau berat, mungkin dia perlu lakukan sedikit pembedahan plastik." Jawab rakannya itu.

"Kosnya pasti mahal." Keluh Jungkook. Rakannya itu hanya tersenyum.

"Produk penjagaan wajah yang kita gunakan setiap hari pun sudah lebih dari mahal, Jungkook." Jawab rakannya itu. Jungkook yang mendengarnya mulai terfikirkan sesuatu. Mungkin cara itu saja yang mampu dia lakukan buat masa sekarang.

🌼🌼🌼

Kim Ha-Rin bangun pagi menyediakan makanan sarapan buat eomma Kim dan anak kesayangannya. Loceng rumah berbunyi dan eomma Kim menyambut.

"Ha-Rin. Ada barang milik kamu ni dah sampai. Eomma letak atas meja ni." Laung eomma Kim dari ruang tamu.

Ha-Rin berkerut dahi. Bila masa pula dia membeli barang? Pelik. Makanan terus dihidangkan di atas meja. Joon-Seong terus menikmati sarapan paginya yang telah gadis itu siapkan. Eomma Kim ke dapur, manakala Ha-Rin terus ke ruang tamu melihat kotak besar di atas meja kopi.

Bungkusan kotak itu dibuka dan dipenuhi dengan produk penjagaan wajah dan beberapa alat permainan untuk bersenam yang berjenama mahal kesemuanya. Nota kecil berwarna merah jambu ditarik.

'Silakan gunakan saya, cik yang paling comel. Yang benar, Mr Smiley :).'

Kim Ha-Rin tersenyum. Setiap produk dilihat dengan teliti dan sepertinya kesemuanya adalah produk yang diperlukan untuk menyembuhkan penyakit kulit yang dihadapinya. Ha-Rin berasa bersyukur ketika itu. Walaupun begitu banyak persoalan, namun hatinya cukup gembira ketika itu.

Notifikasi telefon pintar milik gadis itu berbunyi. Ha-Rin terus membuka dan membaca mesej yang diterimanya.

'Saya harap awak sukakannya, cik yang paling comel.'

Benar, Ha-Rin begitu menyukai pemberian pemilik nombor itu. Hatinya tidak henti mengucapkan rasa bersyukurnya.

'Thank you, Mr Smiley :).'


🌼🌼🌼

Chapter 6 : Mr Smiley :)

Update : 8 Sept 2020 / 3:27 a.m.

🌼🌼🌼

To be continue

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now