13 - Still Waiting (2021 Ver)

34 5 2
                                    

Dancing With Your Ghost - Shasha Sloan

✨✨✨
🌙🌙🌙

Malam yang dingin, gelap dan sepi, peluh perlahan jatuh merinik dari dahi ke pipi. Tubuh menggigil menyandar pada dinding sambil menahan kedinginan yang sukar dibuang. Sesak nafas di leher seolah terasa seperti sedang dicekik oleh seseorang.

Airmata perlahan jatuh mengalir. Derita yang dialaminya semakin teruk. Dadanya begitu sesak dipegang seolah-olah nafas sedang berada di hujung tanduk. Terasa mahu mati. Kim Ha-Rin terus melingkupkan tubuh badan dan kedua-dua kaki meringkuk seperti kesejukan.

Masih belum dapat tenangkan dirinya, hati menangis semahunya. Hanya tangisan tenaga yang masih ada dalam dirinya. Sepi. Hanya tangisan sendiri kedengaran disitu. Tiada sesiapa, hanya sendiri menahan sakitnya.

Telinganya seolah sudah menjadi tuli, tidak dapat mendengar dengan jelas. Matanya ibarat buta tidak dapat melihat apa-apa. Hanya gelap menyelubungi tubuhnya.

Tiba-tiba tubuhnya seperti sedang berada diawangan. Kim Ha-Rin menghela nafasnya berat sebelum benar-benar tidak lagi sedarkan dirinya. Dirinya menyangka sudah mati.

✨✨✨

Kim Ha-Rin perlahan-lahan tersedar dari tidurnya. Sekitarnya menjadi keadaan yang berbeza. Dirinya tidak berada di tempat semalam. Lantas Ha-Rin terus terbangun dari baringnya. Dilihat keadaan sekeliling, sah dia sudah berada di dalam wad hospital.

“Awak dah sedar, Ha-Rin?” Tegur seseorang seperti Ha-Rin sangat kenali. Sudah tentu Doktor Lee Seung-Gi. Bekas teman lelakinya. Ha-Rin hanya senyum pahit.

“Siapa yang bawa saya kesini semalam?” Tanya Ha-Rin dengan suara sedikit serak. Doktor Seung-Gi melihat Ha-Rin dengan reaksi wajah cemburu. Satu keluhan kecil darinya dilepaskan.

“Saya tak pasti. Dia berpakaian serba hitam dan memakai topeng menutup hidung dan mulutnya. Nampak macam risau sangat.” Jawab doktor Seung-Gi dengan nada seperti sedang cemburu.

Kim Ha-Rin tidak peduli dengan nada suara doktor Seung-Gi yang sedang cemburu itu. Meskipun mereka masih berkawan, namun Kim Ha-Rin anggap perkara yang lepas sudah lama berlalu. Masih berteman pun hanya kerana Ha-Rin masih terasa terhutang budi dengan doktor Seung-Gi.

“Semua orang pakai topeng, doktor Seung-Gi.” Jawab Ha-Rin hanya berseloroh.

“Dia kata awak tunang dia. Awak dah tunang ke, Ha-Rin? Kenapa saya tak pernah tahu?” Sekali lagi doktor Seung-Gi berkata-kata cemburu.

“Kejap! Tunang?” Tanya Ha-Rin keliru. Semakin keliru dibuatnya bila doktor Seung-Gi mendengus kecil tidak berpuas hati. Ha-Rin terkebil-kebil lalu teringat diri pernah terjaga seketika.

“Mr Smiley?!”

“Jadi dialah Mr Smiley awak?”

“Dia ada kat sini ke?” Tanya Ha-Rin tanpa hiraukan pertanyaan doktor Seung-Gi.

“Beberapa jam sebelum awak sedar, dia dah hilangkan diri.” Jawab doktor Seung-Gi. Walaupun cemburu namun doktor Seung-Gi sedar dirinya bukan lagi lelaki yang bertakhta di hati Ha-Rin.

[OG] IDOL ROMANCE : TO YOU + JJK ✔️Where stories live. Discover now