[FIFTEEN]

105 23 20
                                    

"Weyh sung, nanti aku nak datang rumah kau boleh?"tanya wonjin pada jisung yang sibuk menulis.

"Datang ah"ringkas jisung.

"Macam mana aku nak datang kalau aku tak tahu mana kau tinggal"

"Ouh tu tanya youngmin"balas jisung sambung menulis.

"Tak boleh pakai lah dia ni"kata wonjin lalu berpusing ke arah youngmin.

"Min, kau duduk dekat mana?"tanya wonjin.

"Seoul"balas youngmin.

"Memang lah kau duduk dekat seoul, takkan kau duduk dekat marikh pulak"

"Ha dah tu? Asal tanya?"

"Huish, period ke apa kau ni. Aku nak alamat"

Nafas dibuang lalu youngmin meletakkan pen nya.

"Kan haritu aku ada bawak kau pergi mall tu kan, kita ada lalu satu hutan kan? Dekat situ ada satu laluan, kalau kau masuk dalam sikit ada satu pagar besar. Kau masuk pagar tu, ada pagar lagi, dekat situ nanti ada guard. Kau bagitahu sebab kau datang situ lepas tu nanti dia bagi kau masuk, lepas kau dah masuk tu ada lagi satu pagar kecik sikit, kau masuk je pagar tu lepastu kau akan jumpa pintu gerbang."terang youngmin tenang.

"Kau masuk pintu gerbang tu, kau jalan sikit, akan ada pintu gerbang kecik lepastu kau akan jumpa pintu rumah. Kau masuk je tak payah ketuk sebab kitorang tak kesah kalau family masuk"sambung dia lagi.

Wonjin yang mendengarkannya hanya ternganga dan termenung.

"Woi!"tegur youngmin.

"Ha ye ye"sedar wonjin.

"Kau dengar tak aku cakap apa tadi?"

"Ha dengar dengar. Korang ada berapa banyak pagar? Jauh gila rumah korang, dalam hutan pulak tu"

"Memang lah jauh, kau tengok lah kitorang kerja apa? Lagi satu, bila kau dah sampai dekat rumah tu, bahagian belakang rumah tu, perghhh tip top"sungchan menyampuk.

"Kalau aku tak sesat, aku datang rumah kau"kata wonjin sambil pergi kembali ke tempat duduk nya.

Selepas youngmin melihat wonjin balik ke tempat duduknya, dia memandang jisung.

Tapi dia pelik tentang sesuatu dekat jisung, kenapa dia asyik pandang ke arah pintu? Padahal youngmin berada di sebelahnya. Jisung tengah tunggu siapa?

"You"panggil youngmin.

"Ha?"jisung memusingkan kepalanya.

"You tengok apa dekat pintu tu?"

"Tengok apa? Mana ada tengok apa apa"balas jisung.

"Habistu kenapa tak henti henti tengok pintu?"

"Nak tengok saem masuk ke tak. Kerja dia ni I tak siap lagi"jawab jisung lalu sambung menulis.

Pelik, sungguh pelik kerana selama ini jisung hanya meminta buku youngmin untuk ditiru sekiranya dia tidak menyiapkan kerja sekolah. Tapi hari ni dia buat sendiri.

Youngmin memandang tempat lami, kosong. Mungkin dia tak datang?

Overthinking mula mempengaruhi mindanya. Adakah jisung sedang menunggu lami? Tak mungkinlah, jisung sayang akan youngmin, tak mungkin dia akan menunggu lami.

Tapi macam mana kalau betul?

Perkara seperti itu selalu bermain di fikiran youngmin kebelakangan ini. Dia berfikir minat jisung padanya semakin berkurang semenjak kedatangan lami di kelas mereka.

Janji jisung pada tempoh hari masih lagi tidak ditunaikan. Janji yang dia akan mencari siapa yang membuatkan youngmin pengsan di bilik jahitan.

Mungkin kerana jisung tahu lami yang berbuat demikian, sebab itu lah dia tak mencari pelakunya.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now