[TWENTY NINE]

22 5 0
                                    

"Min, dia memang dekat luar tu dari pagi tadi ke?"tanya wonjin pada youngmin selepas melihat di sebalik langsir.

"Tak tahu"jawab youngmin singkat dan padat.

"Dia nak cakap dengan kau lah tu. Kau tak kesian ke dekat dia? Nasib baik parents kita takde tau sekarang, kalau tak...confirm diorang marah kau sebab biar dia dekat luar"

"Aku takde apa apa nak cakap dengan dia"balas youngmin masih dengan mata di TV.

"Dia ada call kau?"

"Tak tahu, aku matikan phone"

Wonjin memandang youngmin tak percaya. Memang wonjin marah terhadap jisung selepas apayang berlaku, tetapi dia masih ada sifat berperikemanusiaan.

Wonjin menghembuskan nafasnya kasar dan berjalan ke arah youngmin, mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu. Kedua manusia itu hanya diam sambil melihat tv yang berada di hadapan mereka berdua sampailah wonjin bersuara.

"Betul ke jisung curang?"tanya wonjin tanpa menoleh.

"Ye"

"Kau nampak?"

"Depan mata aku"

"Dia buat apa?"

"Dia--"youngmin memandang wonjin dengan muka yang tidak boleh diertikan. Marah? Sedih?

"Dia cium perempuan tu"sambungnya lagi dengan mata yang menahan air mata. Wonjin hanya mengangguk anggukan kepalanya lalu dia memandang youngmin.

"Siapa perempuan tu?"

Youngmin menundukkan kepalanya. Dia memandang jemarinya yang saling berbelit.

"Lami"air mata keluar dari mata gadis itu.

Sudah tentu wonjin terkejut bukan main mendengar nama perempuan yang disebut youngmin. Masa pergaduhan antara jisung dan youngmin berlaku, dia tidak mendengarkan nama lami disebut.

"Jisung cakap apa pasal benda tu?"

"Dia kata semua tu salah faham"balas youngmin dengan kepala yang masih menunduk.

"Lagi?"

"Aku tak tahu, aku marah masa dia nak terang"jawab youngmin dan terdengar wonjin mengeluh di sebelahnya.

"Kau percaya jisung memang curang?"

"Takkan aku nak kata semua tu tipu. Aku nampak dengan mata aku sendiri, wonjin"youngmin menoleh memandang wonjin.

"Tapi perempuan tu lami. Kau lupa dia pernah buat benda yang sama dulu? Yang lain nye, sunwoo tu buaya, memang patut kau biar lami ambil dia"

"Takde beza pon, kalau perasaan tu nak berubah, bila bila je boleh"

"Youngmin, tengok aku"kata wonjin dengan tangannya memegang kedua belah bahu youngmin.

"Kau tak bodoh tau. Kau pandai. Lami dah guna banyak cara nk bagi kau berpisah dengan jisung. Dia memang sengaja nak bagi korang putus sebab dia nak tengok kau menderita"

"Tapi-"

"Takde tapi. Jisung tu sayang kau. Aku tahu dia sayang kau, kalau tak dia takkan macam mayat hidup dekat luar tu"

"Tapi aku nampak dengan mata aku wonjin!"

"Youngmin! Kenapa kau lemah kali ni?!"wonjin memegang kedua belah pipi youngmin.

"Kau tak pernah percaya dengan lami, kau tak pernah terpedaya dengan helah dia. Kau sentiasa dapat tahu kalau dia cuba buat sesuatu dekat kau dan jisung. Takkan kali ni kau nak percaya?! Mana youngmin yang aku kenal?!"kata wonjin sambil menggoncang goncangkan kepala sepupunya itu.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now