[TWENTY ONE]

90 12 3
                                    

"TOLONGGGG, ADA SESIAPA TAKK"lami kembali menjerit tetapi tiada sesiapa yang mendengarnya kerana semua murid berada di dalam kelas dan tiada sesiapa yang lalu disitu.

"Lain kali tengok jadual dulu sebelum nak menjerit tu, diorang takkan dengar sebab semua dekat kelas"kata jisung yang sedang bersandar di dinding.

Jeritan lami berhenti. Dia memandang jisung lama lalu mengambil tempat di atas tilam yang digunakan untuk melompat tinggi.

"Kau ada phone?"tanya gadis itu.

"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak bawak phone masa sukan"jisung memandang lagi menyampah.

"Kau ni kenapa? Benci sangat ke kau dekat aku?"lami memandang jisung sedih.

"Bukan benci tapi menyampah"

Lami menarik nafas dalam dalam kemudian kembali melepaskan nya.

"Aku tak nak gaduh dengan kau, nanti aku badmood"

"Lantak kau lah nak badmood ke apa, ada aku kesah?"

"Kesian kau berdiri, duduk lah sini"lami menepuk nepuk tempat di sebelahnya.

Sedangkan yang di kelas...

"Mana jisung?"tanya youngmin kepada chenle.

"Lah- tak balik lagi ke?"balas chenle.

"Dia pergi mana?"

"Tadi cikgu panggil dia, tak tahu buat apa"

"Aik"youngmin semakin pelik.

Youngmin memandang sekeliling dan terlihat tempat lami juga kosong.

"Mana lami?"

"Kau tanya aku? Sies lah youngmin, kau tanya aku?"

"Takde lah, tempat dia koso-"youngmin menyedari sesuatu.

"Kau betul betul tak tahu jisung dekat mana?"tanya youngmin lagi tetapi kali ini dengan nada tergesa gesa.

"Betul, tak tahu"

Selepas mendengar jawapan chenle, youngmin pergi ke arah wonjin.

"Wonjin, kau nampak jisung tak?"

"Jisung aku tak nampak, aku nampak lami je tadi"balas wonjin tersenyum apabila menyebut nama lami.

"Dia pergi mana?"

"Tadi aku nampak dia bawak badminton, tak tahu pergi mana"

"Badminton? Dia buat apa? Waktu sukan dah habis kan"

"Mana lah aku tahu dia nak buat apa"

Sementara youngmin terdiam memikirkan sesuatu, dia terdengar perbualan dua orang murid perempuan tak jauh dari nya.

"Berapa lama kau nak kunci stor tu?"-perempuan 1

"Lami kata sampai dia dapat jisung"-perempuan 2

"Yelah, sampai bila?"

"Dia kata nanti dia call so kita tunggu je lah"

Youngmin menggenggam tangannya mendengar perbualan mereka berdua.

Sepupunya yang berada di sebelah dirinya terkejut melihat perubahan youngmin.

"Min, balik sekolah ni jom keluar nak?"tanya hyunwon yang tiba tiba datang.

"B*bi punya betina"kata youngmin terus berlari keluar dari kelas itu.

"Aku tak apa apa pon kena b*bi?"terkejut hyunwon.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now