[TWENTY EIGHT]

29 4 0
                                    

"You can do it, kitorang semua ada dekat bawah. Jangan lupa apa mission utama kita, jieun" kata jeno dari kepada jieun melalui earpiece yang dipakainya.

Kini jieun berada di dalam lif untuk pergi berjumpa dengan soobin seperti yang dirancang. Jeno serta ahli Neo yang lain berada di dalam kereta yang berasingan dan memerhati sekeliling sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan.

Jieun menghembuskan nafasnya apabila lif berhenti di tingkat apartment soobin berada. Dia melangkah keluar tetapi hanya mematung di tempatnya berdiri.

Sekali lagi helaan nafas terdengar dari mulut jieun sebelum dia menanggalkan earpiece yang terletak di telinganya dan menyimpan barang tersebut di dalam beg tangan yang dibawanya. Ahli lain hanya boleh melihat dan mendengarkan perbualan antara jieun dan soobin melalui subang yang dipakainya tetapi tidak boleh berinteraksi antara satu sama lain.

Jieun melangkahkan kakinya menuju apartment milik soobin dengan hati yang berdebar. Entah kenapa misi kali ini membuatkan dirinya gementar bukan main. Jantungnya berdegup dengan sangat laju, tangannya mula mengeluarkan peluh. Padahal sudah banyak misi yang memerlukan dirinya untuk menyamar atau mengalihkan perhatian.

Kaki gadis itu berhenti di depan pintu yang mempunyai nombor '177'. Jieun dengan ragu menekan loceng yang berada di pintu tersebut. Selang beberapa saat, pintu itu terbuka dan menampakkan manusia paling dibenci jieun disebalik pintu.

"Hai jieun, aku ingat kau tak nak datang" kata soobin dan membuka pintu tersebut mempersilakan jieun untuk masuk. Jieun hanya boleh tersenyum sebagai tanda menjawab teguran soobin.

"Dia dah masuk"kata jaemin pada jeno yang berada di sebelahnya. Jeno yang sedang melihat telefon terus mengalihkan perhatiannya pada laptop yang berada di paha jaemin.

Laptop itu memperlihatkan keadaan di dalam apartment soobin melalui kamera yang terdapat di subang yang dipakai jieun.

"Semua tumpukan perhatian dengan sekeliling kalau tiba tiba ada anak buah soobin yang datang"kata jeno kepada semua ahli neo melalui earpiece yang dipakainya.

"Kenapa kau suruh aku datang apartment kau ni?"tanya jieun sebaik sahaja melabuhkan dirinya di sofa ruang tamu apartment lelaki itu. Sementara soobin pergi ke dapur yang bersambung dengan ruang tamu tersebut, mengambil air untuk jieun.

"Saja, nak kenal kau dengan lebih dekat walaupun...aku dah tahu semua benda pasal kau"balas soobin sambil meletakkan dua buah gelas di atas meja di depan jieun lalu mendudukkan diri di sebelah gadis itu.

Soobin melihat ke arah jieun dan memandang diri gadis itu, dari atas ke bawah dan kembali memandang mukanya. Perbuatan soobin itu sudah tentu disedari oleh jieun.

"K-kenapa kau pandang aku macam tu?"tanya jieun dengan sedikit tawa kecil di akhir kata.

"Jieun, kau..terlalu cantik..untuk hidup dengan jeno.."tangan kiri soobin naik mengusap pipi jieun.

"Kau terlalu cantik...sampai jeno tak layak untuk dapatkan kau.."tangan kanan lelaki itu pula naik menyentuh pipi gadis di depannya.

"Tak layak otak dia, habis tu dia tu layak sangat lah? Dah lah gila"kata jeno yang sedari tadi melihat dan mendengarkan perbualan antara jieun dan soobin.

"Ish kau ni, rilek boleh tak? Dengan pesakit wad gila pon kau nak marah"balas jaemin yang berada di sebelahnya.

"Takde lah, dia cakap macam dia memang ditakdirkan untuk jieun dari zaman penjajah tu lagi"

"Apa benda yang korang duk gaduh? Tengok diam diam sudah ler"kata jaehyun dari earpiece. Setiap kereta mempunyai dua ahli dan di setiap kereta terdapat satu laptop yang memaparkan kejadian yang berlaku pada sisi jieun.

"Hyung diam lah, sibuk je"balas jeno dan kembali fokus pada laptop jaemin.

"Apa yang kau cakap ni soobin"tanya jieun, masih lagi dengan tawa kecil di akhir kata.

"Aku je yang layak atas diri kau jieun..aku je yang boleh bahagiakan kau, aku je jieun, AKU JE!"soobin tiba tiba menjerit sambil memegang kepala jieun dengan kuat.

"S-soobin..."kata jieun dengan perlahan. Kedua tangannya cuba menyingkirkan tangan soobin yang berada di pipinya dengan perlahan.

"Aku dah cakap dekat kau kan yang aku dah sedar, aku dengan jeno memang tak boleh bersama. Dia bukan yang terbaik untuk aku"baiklah, jieun sudah memulakan lakonannya.

"Kau sayang aku kan? Jadi aku harap kau boleh tolong aku untuk lupakan jeno"kata jieun sambil mengusap tangan soobin yang dipegangnya. Padahal hatinya ingin sekali menghentakkan kepala lelaki yang berada di depannya itu.

Sedangkan soobin mengangguk cepat dengan kata kata jieun. See? Soobin mudah sekali jatuh dalam perangkap jieun.

"Aku akan tolong kau jieun, jadi..kau kena tinggal dengan aku"

"H-huh?"

"Kau kena tinggal dengan aku, kita boleh hidup sama sama dan kau boleh lupakan jeno"

Jieun terdiam, tak sangka yang soobin akan berfikir sampai macam tu, tapi apa boleh buat? Jieun pon hanya mengangguk untuk menjawab.

"Thank you jieun"kata soobin lalu memeluk gadis itu.

Jieun hanya terdiam apabila dipeluk oleh soobin sampailah lelaki itu mengeluarkan suara tiba tiba

"Kau dengar tak jeno? Jieun pilih aku berbanding kau"kata soobin tepat di telinga jieun. Lebih tepat, di subang jieun.

Mata jieun membulat, di menolak soobin dan melihat wajah lelaki itu tersenyum.

"Kau fikir aku bodoh?"dengan tiba tiba soobin menarik subang jieun hingga tercabut. Telinga jieun sudah tentu sakit akan perbuatan itu.

Jeno dan jaemin yang mendengarkan semuanya saling menatap satu sama lain dengan panik.

Dengan tergesa gesa dia mengambil pistol dan membuka pintu kereta untuk keluar tetapi tiba tiba...

PRANGG!

Bunyi tingkap kereta salah satu ahli dipecahkan kedengaran dan membuat semua ahli neo keluar dari kereta masing masing kecuali lucas dan hendery kerana mereka berdua berada di dalam kereta yang dipecahkan tingkap itu.

"WOI MAK KAU"lucas terkejut apabila tingkap di sebelahnya dipecahkan secara tiba tiba.

"WEH KAU INGAT KERETA NI BELI GUNA DUIT KAU KE SIAK? Kau sabar jap kau sabar, MANA KAYU BESBOL AKU?!"jeritnya tak tentu pasal.

PRANGG!

Dan tingkap di sebelah hendery pula dipecahkan oleh seorang lagi lelaki yang memakai serba hitam satu badan.

"WOI HABIS CALAR LAPTOP AKU"jerit hendery.

"Wah ini melampau, eh sini kau sini"kata lucas lalu membuka pintu keretanya. Begitu juga dengan hendery yang keluar dari kereta dan terus memukul lelaki yang memecahkan tingkap tadi.

Belum sempat lucas mengangkat kayu besbol miliknya, lelaki yang memecahkan tingkap belahnya terlebih dahulu memberi tumbukan di perutnya.

Lucas ingin membalas tetapi,..

BANG!

BANG!

Dua orang lelaki tersebut tersungkur di jalan akibat ditembak jeno dari jauh.

"Lambat lah korang"kata jeno sedikit menjerit.

Tetapi sebaik sahaja kedua orang itu tersungkur di jalan, muncul segerombolan manusia datang ke arah mereka.

"Wahh..this gonna be fun"kata yuta sambil meregangkan anggota badannya.

"Aku naik tau, kau handle bawah"kata jeno pada jaemin dan segera berlari ke untuk naik ke atas. Tempat jieun berada.

-----------------------ENDING----------------------

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now