[TWENTY SEVEN]

24 5 1
                                    

"Are you ready?"tanya jeno pada jieun.

"What if I can't do it?"

"You can. I yakin dengan you"kata jeno.

Jieun menghembuskan nafasnya dan memandang jeno kembali.

"I pergi dulu"kata jieun dan mendapat anggukan dari jeno.

Jieun menaikkan tingkap kereta dan pergi dari perkarangan mansion tersebut menuju ke tempat soobin berada. Beberapa jam yang lepas, mereka dah bertanya kepada beomgyu, tentang keberadaan soobin.

Mereka ingatkan soobin menyorokkan diri kerana menjadi buruan mafia tersebut, tetapi tidak. Soobin masih menjalani hidupnya seperti biasa, dia dengan selambanya pergi ke syarikatnya dan tidak peduli sekiranya dia menjadi buruan Neo.

Jieun memakirkan keretanya di depan bangunan milik Choi Soobin itu dan melihatnya. Dia menelan ludahnya yang terasa pahit lalu menghembuskan nafasnya. Jieun keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Di melihat sekeliling bangunan itu dan matanya terhenti pada seseorang lelaki, badannya terus menjadi kaku. Betapa malangnya dirinya sekarang kerana terus berjumpa dengan lelaki yang dia cari sekarang.

Dirinya bertambah malang kerana lelaki itu melihat ke arahnya dan bergerak mendekati dirinya. Jika mengikut kepala otak jieun, dia ingin sekali lari keluar dari bangunan tersebut tetapi disebabkan misi yang perlu dia selesaikan, terpaksa dirinya menghadapi semuanya.

"kau boleh buat jieun, demi Neo" katanya di dalam hati.

"Hai sweetheart, selepas seminggu tak nampak kelibat , kali ni kau datang sorang je? Serius lah jieun? Diorang hantar kau sorang je nak tangkap aku? Jangan harap lah" soobin tiba tiba bersuara sebaik sahaja sampai di depan jieun.

Jieun yang mendengarnya hanya dapat menahan diri daripada menyepak celah kangkang manusia di depannya itu.

"Mana ada..aku datang nak jumpa kau. Aku...nak minta maaf untuk apa yang aku buat dekat kau selama ni..."kata jieun cuba untuk menunjukkan senyuman.

Muka soobin berubah menjadi terkejut. Apa pun yang terjadi, soobin tetaplah soobin, manusia yang obses terhadap jieun dan 'gila'.

"Aku baru sedar, jeno...bukan yang terbaik untuk aku, kau yang sepatut-"kata kata jieun tergantung dan matanya terbeliak apabila soobin tiba tiba memeluknya.

"Aku tahu kau takkan bahagia dengan jeno. Aku yang layak untuk kau"ucap soobin yang masih memeluk jieun.

Jieun melepas pelukan itu dan memandang lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Tapi soobin, aku tak sedia lagi nak terima kau.."katanya menunduk.

"It's okay, sebab kau tetap milik aku"lelaki itu tersenyum dan menghulurkan tangannya.

Jieun memandang tangan itu lalu memandang muka soobin dengan tertanya-tanya.

"Pergi office aku"kata soobin lagi dan ia mengambil tangan jieun untuk dipegang dan berjalan menuju tempat yang disebutkan tadi.

Jieun memejamkan mata seketika dan menghembuskan nafasnya.

"Jeno..help me.." katanya di dalam hati.

-----------------------ENDING----------------------

Jieun membuka pintu biliknya dan menutupnya kembali dengan kasar. Sudah tentu perbuatan tersebut menarik perhatian jeno yang baru sahaja keluar dari bilik air selepas menyelesaikan hajatnya.

"Balik balik maroh, balik balik maroh. Cuba bawa bertenang"kata jeno sambil memandang jieun.

"Kenapa I? Kenapa I yang kena tarik perhatian mamat gila tu?"balas jieun dan membaling handbag nya ke atas katil.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang