[TWENTY SIX]

19 4 0
                                    

"jisung, youngmin mana? Kenapa dia keluar? Tadi kenapa dia nangis? Kenapa dia bawa beg? Mana youngmin, jisung?"pelbagai pertanyaan ditujukan kepada jisung sebaik sahaja dia memasuki pintu rumah.

Jisung seperti orang yang tidak boleh mendengar dan bersuara. Dia hanya berjalan melewati kakaknya.

"Jisung! Apa jadi dengan youngmin? Jisung gaduh dengan dia? Jisung buat apa dekat dia? Jisung jawab noona!"jieun mengikuti jisung dari belakang dan terus mengeluarkan suaranya.

"Kenapa jisung tak pergi pujuk dia? Noona nak jisung pergi ambil youngmin semula, bawa balik sini. Jisung dengar tak-"

"NOONA!"Jerit jisung dan membuat jieun tersentak.

"Kenapa- kenapa noona asyik pentingkan youngmin dari jisung? Kenapa noona asyik lebih kan youngmin dari jisung? Adik noona jisung tau, bukan youngmin!"jisung mula menangis.

"Noona boleh tak- boleh tak stop cakap pasal youngmin..cuba noona risaukan adik sendiri berbanding orang luar! Tanya apa yang adik noona lalui.."air mata yang mengalir di pipinya di lap kasar.

"Noona selalu tanya pasal youngmin, risaukan dia,semua benda youngmin youngmin youngmin. Jisung-... jisung rindu noona yang dulu"jisung mengakhiri kata kata nya dan berlalu pergi menaiki tangga.

Sedangkan jieun terdiam kaku di tempat dia berdiri. Jeno yang berdiri tak jauh darinya sejak tadi menghampirinya.

"Ken- kenapa jisung.."jieun tidak boleh berkata kata.

Jeno memusingkan badan jieun menjadi berhadapan dengan dirinya dan terus memeluknya sekejap dan kembali memberi jarak di antara mereka.

"Tadi lepas jisung keluar, I pergi bilik dia nak ambil barang..bilik dia berterabur sangat. Barang semua berselerak"kata jeno sambil membawa jieun untuk duduk.

"Sebab youngmin buat..?"tanya jieun kembali.

"I tak tahu, tadi pon muka jisung ada lebam"jeno mengusap belakang tangan jieun.

"I rasa ada sesuatu jadi dengan dorang berdua, jisung perlukan sesorang untuk dia luahkan tapi you dah tanya dia macam macam"

"I- I tak tahu.."gadis itu menundukkan kepalanya.

"I rasa you patut pergi cakap dengan jisung, dia perlukan you"kata jeno lagi dan mendapat anggukan daripada jieun.

Masuk sahaja jisung ke dalam biliknya sebentar tadi, dia terus mengambil langkah ke arah katil dan menjatuhkan dirinya, duduk tetapi bukan di atas katil melainkan di lantai.

Masih terus menangis mengingati perkataan youngmin tadi dan rasa bersalahnya terhadap youngmin. Seandainya dirinya tidak diselubungi sifat penakut, perkara seperti ini tidak akan terjadi, fikirnya.

Jisung hanya termenung dengan air mata yang masih tidak berhenti mengalir. Tubuhnya disandarkan pada sisi katil dan kakinya melunjur ke hadapan.

Setelah beberapa minit jisung termenung, dia terdengar bunyi pintu diketuk dan dibuka. Dia memandang ke arah pintu dan terlihat tak lain tak bukan kakaknya sendiri. Dengan cepat jisung menghapuskan airmatanya dan menstabilkan nafasnya.

Betapa terkejutnya jieun apabila melihat keadaan bilik jisung sama seperti apa yang jeno ceritakan tadi.
Dia menghiraukan keadaan bilik tersebut dan terus melangkah ke arah jisung.

"Boleh noona duduk?"tanyanya dan mendapat anggukan dari jisung.

Setelah mendapat izin dari jisung, jieun melabuhkan dirinya bersila di sebelah jisung.

"Jisung..."jieun mengambil sebelah tangan jisung dan menggenggamnya.

"Noona--..noona minta maaf.."sambungnya sambil menundukkan kepalanya.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now