[SEVENTEEN]

111 26 16
                                    

Sewaktu rehat, youngmin dengan ahli cravity menunggu jisung yang dipanggil oleh cikgu begitu juga dengan chenle dan sungchan.

"Ups"kata lami selepas sengaja menyenggol bahu youngmin yang sedang makan.

"Kesian dia sup tumpah"yujin bersuara.

"Mesti tak cukup sup kau tu, meh lah sini aku tambah sikit"gaeul menuang air berwarna merah ke dalam sup youngmin.

Youngmin masih lagi tenang sedangkan wonjin yang berada di sebelahnya sudah berapi api.

"Aku kesian dekat kau ni, ada boyfriend pon takde function. Oh ye lah aku lupa, boyfriend kau tu nanti akan jadi boyfriend aku. So macam ni lah, kau jauh kan diri dari bakal boyfriend aku. Member member dia tu..kau boleh bawak sekali lah, geli aku dengan diorang. Gunakan populariti bakal boyfriend aku"kata lami sambil menonggeng di sebelah youngmin. (Korang tahu en posisi dia macam mana, alah..yang korang selalu sebut tonggeng tu)

"Aku rasa lah en, jisung tu dah hilang minat dekat kau sebab ye lah, aku lagi cantik dari kau..mestilah dia lagi minat aku dari kau, lagipon kau tengoklah dia mana ada sekarang. Kalau dia sayang kau, mestilah dia dah ada sekarang.. so kau tunggu je lah masa jisung tu nak minta putus"

"Ha lagi satu, korang tak payah lah sibuk sibuk dengan jisung tu sebab aku tahu lah korang just nak menumpang kesenangan orang. Lagi lagi korang. Eiyy, korang tak malu eh menumpang orang punya kekayaan ke korang memang takde duit"sambung lami sambil menunding nunding ke arah cravity.

Wonjin yang baru sahaja ingin bangun ditahan tangannya oleh youngmin.

Youngmin yang mendengar ayat ayat lami hanya tersenyum seperti perkara itu hanya lawak baginya.

"Eh makan lah, makan. Kau kan memang suka makanan warna merah ni"yujin menuang air gas ke dalam nasi youngmin pula.

"Kesian aku tengok korang ni, mak bapak hantar sekolah untuk jadi pandai, untuk buat baik tapi korang jadi apa? Jadi beruk yang minta perhatian orang lain"youngmin memusingkan badannya menghadap lami dan kawannya.

"Huh, kitorang beruk? Kau lah beruk, tak habis habis nak menyusahkan jisung. Eh aku tahu lah, kau tu just nak duit dia je mentang mentang dia kaya..kau dengan cousin kau tu berpakat nak gunakan dia"balas lami.

"Kalau aku nak duit dia, aku tak couple dengan dia. Baik aku couple dengan bapak dia"youngmin membalas.

"Lagi satu, kau cuba lah amik hati noona dia dulu. Kita tengok kau dapat ke tak sebab noona dia kata...

Aku yang akan jadi mrs park " youngmin membisik.

"Kau kann!!"lami mencuba untuk menampar youngmin tapi youngmin terlebih dahulu memegang tangannya.

Melihat itu, yujin dengan cepat cuba untuk memukul youngmin menggunakan tray makanannya. Tetapi youngmin sempat memegang tray tersebut dan menolaknya ke leher yujin.

Gaeul cuba untuk bertindak dan seperti yang wonjin jangkakan, youngmin memusingkan kakinya di pinggang gaeul dan membuatkannya jatuh.

Youngmin memusingkan tangan lami yang dipegangnya tadi dan tray yang dihalakan ke yujin di angkat dengan kasar sehingga terhentak dengan dagunya.

Jisung yang yang baru masuk ke kantin bersama dengan sungchan, sunghoon dan chenle pelik dengan keadaan kantin yang kecoh seperti ada pertempuran.

"Asal bising semacam ni?"pelik chenle sambil melihat sekeliling.

"WEYH YOUNGMIN"sungchan terkejut melihat youngmin yang sedang bergaduh dengan lami.

"GILA AH DIA TU"jerit sunghoon.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now