[EIGHTEEN]

132 27 34
                                        

"Ni tak boleh jadi, kenapa noona dia nak pertahankan betina tu?! Apa yang special sangat dia tu?! Sebab dia cantik? Aku lagi cantik dari dia"kata lami mundar mandir di depan yujin dan gaeul.

"Kau nak buat apa sekarang? Noona dia sendiri dah bagi warning"-yujin.

"Aku rasa baik kita stop kan je lah plan kita"gaeul pula bersuara.

"Mana boleh! Korang kata korang nakkan jisung tu"-lami.

"Aku tak nak terlibat dah"yujin ingin mengundur diri.

"Aku pon, unnie aku pernah cerita macam mana perangai noona jisung tu. Dia akan buat apa je kalau ada orang kacau family dia"gaeul pula menyambung.

"Tapi youngmin tu family dia ke? Tak kan? So takde masalah kalau kita musnahkan hidup youngmin tu"balas lami.

"Kalau kau nak buat,kau buat lah sorang. Kitorang tak nak terlibat dah"-yujin.

"Kalau korang tak nak tolong aku, aku akan pastikan hidup korang pulak yang merana"ugut lami.

"Kau nak buat apa? Nak buat macam yang kau buat dekat youngmin?"berani gaeul.

"Tak, aku akan buat lebih lagi. Kau lupa ke? Parents aku orang ternama dekat korea ni, jadi aku boleh buat apa je yang aku nak"lami mengugut lagi.

Mendengar ugutan lami, yujin dan gaeul terus bertukar fikiran untuk tetap menolong lami. Lemah lah dua ekor ni ಠ_ಠ

"So...kau nak buat apa sekarang?"tanya yujin.

"Kita teruskan je dengan plan kita"senyum lami.
.
.
.
.

"You nak pergi mana?"tanya jisung apabila ternampak youngmin bangun dari duduknya.

"Nak pergi tandas..kenapa? Nak ikut?"balas youngmin.

"Boleh ke? Nak"

"Tak payah mengada"kata youngmin lalu keluar dari kelas menuju ke tandas.

Youngmin masuk ke dalam tandas dan tanpa disedarinya terdapat tiga orang perempuan yang sedang mengikutinya masuk dengan satu baldi yang berisi sesuatu.

Sebaik sahaja youngmin masuk ke dalam tempat buang air...

"AAAAAAA"jerit youngmin.

Sebaldi darah haiwan dituang ke atasnya dari atas tandas tersebut.

Tiga orang perempuan tadi sudah tergelak di depan sinki.

Youngmin terdiam di dalam sambil mengenal pasti suara yang sedang tergelak di sebalik pintu.

Sebaik sahaja dia dapat mengenal pasti suara itu, dia mengeluarkan pisau yang dibawanya dan membuka pintu yang terhalang.

"PFFT- cantik warna baju dengan rambut kau"lami tergelak.

Yes, lami dan kawannya yang menuang darah haiwan ke atas youngmin tadi.

"Darah haiwan je sesuai dengan betina sundal macam kau"gelak lami lagi.

"Betina sundal? Kau sedar tak kau tengah bercakap dekat diri sendiri?"youngmin smirk.

"Heh betina! Kau tu dah lah hodoh, ada hati nak dekat jisung. Nampak sangat lah kau guna bomoh sebab tu jisung nak dekat betina hodoh macam kau ni"sambung lami.

Yujin dan gaeul yang berada di sebelahnya hanya berdiam diri.

"Kau nak apa dari aku sebenarnya? Kau sanggup tukar sekolah semata mata nak rosakkan hidup aku lagi? Hey lami, cukup lah kau rampas sunwoo dari aku dulu. Sekarang ni kau nak rampas jisung pulak? Kenapa kau tak stay dengan sunwoo tu? Sebab kau dah tahu perangai dia macam mana?"youngmin mendekat manakala lami sudah hampir dekat dengan dinding.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang