[FOURTEEN]

96 26 18
                                    

"Eunha, kalau ada sesiapa nak masuk jumpa saya, bagitahu dekat telefon je tak payah nak ketuk pintu saya"kata jieun.

"Umm..kalau tuan soobin datang?"

"Kalau dia datang..terus bagitahu saya, tak payah kejar"

"Baik miss"balas eunha dan kembali membuat kerjanya.

Selepas memberi arahan, jieun terus masuk ke dalam pejabat nya. Meletakkan beg tangan di atas meja dan duduk di kerusinya dengan malas.

Keluhan didengar berkali kali menandakan jieun sedang malas ataupun sedang memikirkan tentang sesuatu.

Selepas beberapa minit dia membuang masa, dia membuka fail yang berada di atas mejanya dan menghidupkan komputernya.

Mengambil pensel yang berada di dalam bekas dan sambung mengecek sambil membetulkan kandungan yang berada di dalam fail itu.

Dia melihat ke arah komputernya, menaip sesuatu dan kembali melihat failnya.

"Miss, tuan soobin datang" suara eunha kedengaran di telefon khas untuk pejabat itu.

Tak sempat jieun membalas, pintu tiba tiba dibuka.

"Hai sayang"sapa soobin.

Nafas ditarik dan dihembus oleh jieun dan kemudian dia bangun dari duduknya.

"Kau nak apa lagi?"tanya jieun tenang.

"I saja nak tengok bakal isteri I, salah ke?"balas soobin.

"Kau merepek apa ni?"jieun duduk sedikit di bahagian depan mejanya.

"Apa? Betul lah apa yang I cakap, you bakal isteri I. Hanya milik I dan diciptakan untuk I"yakin soobin.

"Soobin, kau sedar tak keadaan kau sekarang ni?"tanya jieun secara perlahan.

"Keadaan I sekarang? Maksud you?"

"Soobin, kau gila"jawab jieun.

"You percaya cakap adik tiri I tu? Kalau you nak tahu, yang gila sekarang ni adalah beomgyu tu. Sebab tu dia cakap I yang gila"soobin makin mendekat.

"Soobin, kau dengan aku memang tak ditakdirkan untuk bersama, kau nak buat apa lagi? Kau tak boleh nak paksa aku untuk suka kau"

"Tak sayang, I yakin you sayang dekat I cuma you tak nak cakap sebab jeno tu masih ada dengan you. Bila dia dah takde, I boleh pastikan yang kita akan hidup bahagia"soobin memegang bahu jieun lembut.

"You milik I sorang, dan kalau I tak dapat you..orang lain pon tak boleh dapatkan you lagi lagi jeno. I akam pastikan dia hilang dari muka bumi ni"tangan soobin perlahan mengusap pipi jieun.

"Soobin"panggil jieun.

"Hmm?"masih lagi menyentuh pipi jiuen.

"Kau gila"kata jieun sambil memandang tajam mata soobin.

Akibat sakit hati dengan perkataan jieun, soobin memegang kedua pipi jieun dengan kuat.

"AKU. TAK. GILA!!"jerit soobin.

"KAU GILA!"jieun membalas sambil cuba melepaskan tangan soobin dari pipinya.

"AKU TAK GILA!! KAU YANG BUAT AKU GILA"soobin tiba tiba tersenyum.

"LEPAS LAHHHH!!"jieun masih lagi cuba melepaskan diri. Walaupun dia mafia, dia masih lagi wanita yang kalah dengan tenaga lelaki.

Soobin semakin marah, dia menarik rambut jieun dan tiba tiba mencium jieun.

Jieun terkejut dan terus menendang bahagian tengah soobin yang mengakibatkan dia terduduk.

Jieun pergi ke belakang mejanya dan menekan satu butang di telefon pejabat.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now