[SIXTEEN]

106 26 24
                                    

"Masuk sini ke?"wonjin bercakap sendiri sambil melihat laluan di tengah tengah hutan.

Dia melihat sebentar dan mula menggerakkan semula keretanya.

Masuk sedikit ke dalam, dia terjumpa seorang guard yang menyuruhnya untuk berhenti.

"Tuan ada apa ye datang sini?"tanya guard tersebut.

"Umm..saya cousin youngmin. Saja datang tengok"balas wonjin mengeluarkan kepalanya di tingkap.

"Nama tuan..wonjin ye?"

"Ha ye saya"

"Ouh silakan masuk"izin guard tersebut.

"Terima kasih"ucap wonjin sambil tersenyum awkward.

"Macam mana dia tahu nama aku?"kata wonjin selepas menutup tingkapnya dan jalan.

"Dah dua pagar dah aku lalu, tak silap aku ada satu lagi pagar"wonjin berkata seorang diri sambil melihat lihat kawasan tersebut.

Wonjin memberhentikan kereta di depan pagar yang sedikit kecil daripada dua pagar tadi, selepas beberapa saat, pagar tersebut terbuka sendiri dan dia pon menjalankan keretanya melewati pagar itu.

"Lepastu ada dua pintu gerbang kan? Bapak jauh rumah dia ni"bebel wonjin.

Dia melewati satu pintu gerbang dan dalam perjalanan untuk ke pintu gerbang yang menampakkan pintu masuk rumah.

Selepas dia menjumpai pintu gerbang tersebut, dia berhenti seketika.

"Aku belum masuk lagi, dah nampak dah bentuk istana dia tu"kata wonjin melihat pintu gerbang yang menampakkan sedikit bahagian mansion tersebut.

Selepas puas melihat, dia kembali menggerakkan keretanya dan memarkirkan nya di salah satu sudut di situ.

"Serius ah ni rumah? Mansion pon tak besar macam ni. Tak silap aku tahun lepas rumah lain, tahun ni rumah lain"wonjin berpusing pusing melihat mansion tersebut atau boleh dikatakan istana.

Tanpa melengahkan masa, dia terus membuka pintu masuk dan ternampaklah dan terdengarlah suasana rumah yang begitu riuh.

"Okay ni bukan rumah, ni zoo"katanya sendiri.

"Eh wonjinnnn, kau datang sini nak jumpa jisung ke? Dia dekat sofa depan sana tu"yuta yang kebetulan lalu di depan pintu terserempak dengan wonjin yang terpaku.

"Ahh..gomawo hyung"wonjin mengangguk sedikit.

"Tak payah malu lah, family youngmin family kitorang jugak"yuta menepuk nepuk bahu wonjin manakala tuan badan hanya tersenyum.

"Okay lah, hyung ada kerja. WINWINNN"yuta pergi dari situ.

"Ha nak menggay lah tu"bisik wonjin pada dirinya.

Dia berjalan dan terus berjalan sampai terjumpa jisung yang terbaring di atas sofa sambil bermain phone.

"Sung, youngmin dah terjaga?"tanya wonjin kepada jisung.

"Huish..kau ni pon, agak agak lah. Lain kali tegur lah dulu"jisung terkejut.

"Halah kau, sikit je. Youngmin dah sedar ke belum?"

"Dah, dari petang tadi dah sedar dah"jawab jisung kembali bermain phone.

"Ouh patut lah kau dekat bawah bukan dekat atas, aku ingat kau dah tak sayang dia"perli wonjin.

"Kepala hotak kau tak sayang, kau pergi lah naik jumpa dia"

"Macam mana aku nak naik, bilik pon aku tak tahu"

"Ouh lupa kau tak pernah datang. Kau naik tingkat atas ni, atas ni je kau jangan nak turun pulak kalau kau turun jugak ha pandai pandai lah kau hidup. Kau naik tingkat atas, kau pergi belah kiri lepas tu kan ada lorong, kau cari pintu warna putih. Ha tu bilik kitorang"terang jisung.

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now