[THIRTY] - END

34 6 4
                                    

Sesampainya jieun di bawah, dia melihat ramai manusia yang terbaring. Ada yang berlumuran darah, hilang tangan, hilang kaki, kepala retak dan dia tahu semua itu disebabkan siapa. Tak lain tak bukan kesemua ahlinya sendiri yang sedang berehat, bersandar di kereta.

"Wah...laju ek korang buat kerja"kata jieun sambil mendekati 19 orang tersebut.

"Benda kacang je, jieun...dekat mana lah soobin rembat diorang semua tu. Dah lah tak reti berlawan, rupa je lebih"kata doyoung.

"Nak riak la--"kata kata jieun terpotong mendengar jisung memanggilnya dari earpiece. Ya, jieun memakai semula earpiece nya selepas keluar dari apartment soobin.

"NOONA, JENO HYUNG AKH SESIAPA JE LAH. YOUNGMIN KELUAR PERGI CARI LAMI"

"Jisung? JISUNG"jerit jieun mendengar apa yang dikatakan adiknya.

"Jisung dekat mana sekarang? Youngmin pergi sorang ke?!"sambungnya lagi.

"Jisung tengah kejar youngmin lah ni! NOONA TOLONG JISUNG. Macam mana jadi sesuatu dekat youngmin..NOONAAA"

"Terus je ikut, noona datang"balas jieun.

"Jaem, kunci"

"Dalam kereta"balas jaemin dan dengan segera jieun masuk ke dalam kereta yang dinaiki jeno tadi lalu terus melaju pergi, cari keberadaan youngmin.

"ISH ANGKAT LAH YOUNGMIN!!"jerit jisung apabila youngmin tidak mengangkat telefonnya atau boleh dikatakan, panggilan jisung tak dapat bersambung pon.

Panggilan lain yang ditunggu, panggilan lain pula yang tiba tiba datang. Lami menelefon jisung dan jisung dengan ragu mengangkatnya.

"Hai jisung..apa khabar?"

"Khabar otak kau! Kau nak apa?!"

"Garang nye kau HAHA..mesti hubungan kau dengan youngmin di ambang maut kan?"

"Kau nak apa sebenarnya hah perempuan! Nak rampas ak dari youngmin? Aku tak ingin lah kau!"

"Rampas kau? Heh kau ingat aku nak sangat ke dekat kau? Kau tanya aku, nak apa? Aku nak youngmin menderita. Aku menyampah tengok dia hidup, aku menyampah tengok muka dia"

"HATI KAU TU BUSUK TAHU TAK?!"

"Ye aku tahu, sebab tu aku bunuh abang kau sorang je. Untuk youngmin...kau yang akan jadi penyebab dia mati" terdengar gelak lami dari seberang sana.

"H-huh?"

"Aku tahu dia tengah cari aku sekarang, aku pon dah bagi alamat tempat aku sekarang. Bonus..noona kau terlibat"

"Apa yang--"

"Eh dia dah nak sampai lah, EEE tak sabarnya aku. Oh wow, noona kau pon dah dekat dengan youngmin. Aku harap kau bahagia hidup keseorangan. BYEEE" dan panggilan terputus.

Dari jauh jisung dapat melihat kereta yang jeno yang dinaiki jieun mendekati kereta youngmin. Dan betapa bodohnya dia tidak melihat lori pembancuh konkrit yang melaju ke arah kereta youngmin. Dan..

BOOM!!

Jisung menekan brek kecemasan. Dalam sekelip mata dua buah kereta dirempuh lori tersebut. Kereta yang dinaiki youngmin dan kereta yang dinaiki jieun. Jisung kaku. Matanya mula bergenang air mata. Youngmin, kekasihnya dan jieun, kakaknya dilanggar di depan matanya. Youngmin yang terpelanting keluar dari keretanya terbaring di atas jalan raya.

Dia mula sedar dan keluar dari keretanya dan berlari sepantas mungkin ke arah kemalangan yang berlaku.

"YOUNGMIN! NOONA!!"

(✓)ᴇɴᴅɪɴɢ : ᴍᴀꜰɪᴀ'ꜱ ɪɪWhere stories live. Discover now