E12

883 7 0
                                    

Aku tak boleh nak serang sesuka hati, buat masa sekarang aku kena perhatikan semuanya dari jauh. Max yang berada disebelahku. Sudah hampir setengah jam kami tunggu tindakan musuh kami tapi tiada apa2 perubahan, mereka tidak bergerak bahkan tidak melakukan apa2 pun. Aku lebih suka serang dekat berbanding daripada Zayn yang suka serang dari jarak jauh. Aku terus mendekati markas musuhku, dapat ku lihat lebih kurang 100 anak buah berada di dalam.

Aku Cuma ingin lihat ketua mereka sahaja. Mana ketua dorang? Aku nampak mereka memberi laluan pada seseorang. Apa yang lebih mengejutkan aku dapat lihat Mathew Bersama sorang lagi disebelahnya, aku tahu yang Mathew dah lama aim nak pecahkan markas aku tapi yang dekat sebelah tuh sapa? Sepatutnya aku kena tahu siapa musuh aku. Max pegang tangan aku bila aku nak searang mereka.

"Bos takkan lah bos nak serang dorang, ramai sangat tuh. Kita nie baru sepuluh orang nak serang hampir beratus tuh. Mahu mati kita nanti." Belum sempat aku balas, kelihatan laser merah diacu di kepala Max. aku terus menolak Max ke tepi. Tanpa sedar kami telah dikurung.

"shit" aku terus melawan mereka satu demi satu Bersama Max. anak buahku yang lain semua telah tumpas, disebabkan kami terlalu focus dengan apa yang jadi di dalam sampai kami tak perasan apa yang berlaku pada anak buah kami di belakang.

BANG

Bunyi tembakan yang membuatkan pergaduhan tersebut terhenti. Aku terus memandang ke arah Mathew dan lelaki tua yang tadi berada di sebelah Mathew.

Pak Pak

Bunyi tepukan diberikan oleh Mathew.

"Wow our Ice Queen is here. For so long" aku hanya pandang mereka dengan pandangan tajam

"Bring her here" aku cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri tapi hampir lima orang yang memegang aku sekarang nie membuatkan aku tak mampu untuk bergerak. Aku dibawa ke hadapan Mathew dan lelaki tua itu dan dipaksa untuk melutut. Mathew datang pada aku dan terus mencengkam wajahku.

"Kau nie memang tak serikkan dah kena serbu pun still datang sini. Tempah maut ke?"

"Kenapa lelaki bangsat macam kau takut ke?" Mathew tersenyum sinis.

"Aku tak bodoh macam kau, tapi bagus jugak kau datang sini sekali macam kau serah badan kau kan. Emm dah lama sebenarnya mengidam badan kau nie" bicaranya dengan penuh sinis. Aku terus ludah tepat pada mukanya.

"Siapa yang nak tidur dengan lelaki tua bangsat macam kau nie, dalam dunia kalua tinggal kau sorang lelaki aku lebih sanggup bunuh diri daripada puaskan nafsu sendiri" Mathew kelihatan berang terus menampar aku bukan sekali tapi hampir lima kali untuk puaskan rasa marahnya. Kedengaran Max yang menjerit berhenti apabila aku dipukul teruk oleh Mathew.

Aku seperti tidak bermaya, aku rasa macam dia lempang je tapi nie macam dah lebih pulak nie. Haih marah betul dia nie dengan aku? Mathew terus berhenti memukulku bila melihat aku sudah seperti tidak bermaya.

"Huh dasar perempuan tak kenang budi." Mathew terus pergi ke orang tua tuh dan berbisik sesuatu. Perkara yang terakhir aku nampak lelaki tua itu menggangukkan kepala dan duniaku terus gelap.

.

Aku tersedar secara mengejut bila aku disimbah air. Uhukk uhukkk. Aku terbatuk kuat, apa yang aku lihat beberapa orang dihapadan aku dan semua anak buah aku yang telah diikat tangan, mulut dan mata. Shit apa yang jadi nie. Apa yang mengejutkan lagi, pakaian aku tidak sempurna. Baju aku hilang apa yang ada cuma singlet aku dan seluar dalam sahaja pada badan aku.

Mathew masuk, dia tersenyum sinis memandang keadaan ku. Aku terasa sangat lelah sampai aku tak boleh nak berfikir dengan betul. Dapat ku rasa tanga Mathew yang menjalar di muka ku. Terasa sangat jijik.

"Kau nak senang tak? Aku boleh bagi kesenangan dengan syarat kau layan aku macam mana kau layan gigolo VIP kau tuh. Aku nak jugak rasa keitimewaan macam dia. Kesian kau. Dia bukannya cari kau pun. Haha bodoh punya perempuan" kata Mathew sambal menunjal kepala aku.

Aku menguatkan diri aku untuk memandang Mathew.

"Kan aku dah cakap walaupun kau sorang je yang tinggal dalam dunia nie, aku lebih sanggup bunuh diri daripada puaskan nafsu aku dengan lelaki tua bangsat macam kau nie" Mathew yang berang dengan ayat aku terus memukul aku dengan batang besi dan apa cara sekalipun untuk memuaskan marahnya.

"Huh, perempuan ni, aku cakap baik2 TAK NAK DENGAR BODOH" mulut aku yang telah memuntahkan darah, aku dah tak berdaya dengan kedua tangan ku yang tergantung pada besi membuatkan aku lagi tak bermaya.

"kau nie dah memang tak de perempuan yang nak kan kau ke? Yang kau nak sangat dengan aku pehal tak malu ke merayu dekat orang yang tak nak dekat kau. Takde maruah" aku tetap kuatkan diri untuk beritahu apa yang terbuku dalam hati aku.

"KAU NIE MEMANG SIALLAN PEREMPUAN" Mathew memukul aku dengan lebih kuat lepas dengar apa yang aku bicarakan. Kali nie sehingga aku pengsan dan tidak sedarkan diri.

You are mine Where stories live. Discover now