Prologue

263 28 46
                                    

Nadya melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan teruja. Tidak sabar untuk meluahkan perasaan cintanya yang baru hadir ini. Dia pasti sang suami juga akan berasa gembira seperti dirinya.

Senyuman manis diukirnya sebaik sahaja memandang figura Hayyan di ruang tamu. Dia terus berjalan ke sofa lalu melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"Awak" panggil Nadya perlahan. Wajah sugul Hayyan dipandang penuh hairan. Mata merah suaminya ditatap lama. Hayyan menangis? Tetapi kenapa?

"Awak menangis ke ni?" tanya Nadya. Tangannya naik untuk untuk mengusap pipi Hayyan tetapi ditepis kasar oleh jejaka itu.

"Jangan sentuh aku la! Selama ni ada ke kau ambil kisah tentang aku?!" jerkah Hayyan seraya berdiri. Wajah mulus Nadya dipandang tajam. Dia menyesal memperisterikan Nadya.

Nadya tergamam. Selama 5 bulan dia mendirikan rumah tangga bersama Hayyan, tidak pernah sekalipun jejaka itu meninggikan suara kepadanya. Mengapa pada hari ini sikap Hayyan berubah sebegitu?

"Awak kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" tanya Nadya lembut.

"Kau jangan nak buat baik dengan aku ek! Selepas apa yang terjadi, pandai pula kau nak cakap elok-elok dengan aku! Eh, Aku menyesal tahu tak kahwin dengan kau! Aku ingat aku dapat bimbing kau tetapi aku salah! Perangai kau tak pernah berubah dari hari pertama kita kahwin sampai sekarang! Dasar isteri nusyuz!" Hayyan mencengkam kasar rambutnya. Dia kesal. Ya, kesal dengan sikap sang isteri yang telah menduakan cintanya.

Nadya menggelengkan kepalanya. Hayyan tidak pernah menggelarkan diri mereka 'kau' dan 'aku'. Aku ada buat salah ke? Tak, aku tak buat apa-apa. Tetapi kenapa Hayyan marahkan aku hingga begini sekali? Takkan sebab aku tak keluar breakfast dengan dia pagi tadi, dia mengamuk dekat aku sampai macam ni sekali?

"Eh, awak ni dah kenapa ek? Terus marah-marah saya macam ni? Kesalahan saya ni besar sangat ke sampai awak nak mengamuk tak tentu pasal?" herdik Nadya lalu berdiri memeluk tubuh. Matanya juga tajam memandang mata helang jejaka itu.

Hayyan mengetap bibirnya kuat. Perasaan kecewa dan marah bertandang di hatinya. Air matanya yang dari tadi cuba ditahan akhirnya gugur di hadapan wanita kesayangannya itu.

"Aku tahu kau tak cintakan aku tapi perlu ke kau buat aku sampai macam ni sekali? Aku tahu aku tak sekaya kau. Aku tahu darjat aku tak sama dengan kau. Tapi perlu ke kau curang belakang aku?" ujar Hayyan. Dia meraup kasar wajahnya seperti orang hilang akal.

Nadya bingung dengan perkataan 'curang' yang diucapkan Hayyan. Curang? Sejak bila aku curang? Teman lelaki pun aku tak de. Hayyan dah salah faham ni.

"Awak--"

"Tahniah Nadya Fitriani. Tahniah. Kau dah berjaya bunuh hati aku. So, kau dah puas kan sekarang ni? Puas tengok aku yang selama ni menagih cinta dari kau. Betapa hinanya aku ni menjadi suami kau. Sungguh aku dah buat keputusan yang bodoh untuk mengahwini kau!" celah Hayyan sambil menepuk tangannya.

"Awak dah salah faham ni. Sejak bila saya curang belakang awak, hah?! Awak ada bukti ke?" tanya Nadya kasar. Kesabarannya juga semakin menipis tatkala Hayyan tidak henti-henti menuduhnya melulu. Hayyan tersenyum sinis. Dia mengeluarkan satu sampul berwarna coklat dari poket seluarnya lalu dilemparkan ke atas meja kopi berhampiran Nadya.

Nadya mengambil sampul tersebut lalu dibukanya rakus. Tangannya terketar-ketar memegang gambar yang berada di dalam sampul tersebut. Matanya tidak berkelip memandang gambar-gambar tersebut. Gambarnya berpelukan dengan lelaki yang tidak dikenali. Gambarnya berciuman dengan lelaki itu. Tidak! Ini bukan dirinya dan dia tidak kenal pun siapa lelaki tersebut. Gambar ini edit!

"Awak, percayalah cakap saya. Gambar ni semua palsu. Sejahil-jahil saya, saya tak pernah buat semua ni di belakang awak" jelas Nadya bersungguh-sungguh. Dia takut dengan fitnah ini, dia akan kehilangan Hayyan buat selamanya.

Hayyan mengangkat sebelah tangannnya isyarat tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari Nadya. Dia penat. Dia penat ditipu hidup-hidup oleh wanita yang dicintainya sepenuh hati.

"Tapi awak--"

"Diam!" pekik Hayyan.

Kolam mata Nadya pecah mendengar pekikan Hayyan. Ini bukan suaminya. Hayyan yang dia kenal seorang lelaki yang lemah lembut dan sentiasa menjaga tutur katanya. Tetapi Hayyan yang berada di hadapannya ini telah berubah 360 darjah.

"Nadya Fitriani Binti Dato' Safwan. Aku cera--"



Saiya tahu mcm terlalu over. Tapi saiya sukakan konflik🌚

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now