BAB 3

154 21 59
                                    

"Terima kasih kerana dah selamatkan pak cik tadi. Kalau kamu tak de, memang dah arwah pak cik" ucap Dato' Safwan ikhlas kepada pemuda di hadapannya ini. Sungguh dia terhutang budi dengan jejaka itu.

Flashback

Hayyan memerhati lelaki separuh abad di hadapannya itu. Dari segi pakaian pun dah tahu yang dia dari golongan berada. Mungkin dia boleh tolong aku untuk dapatkan kerja.

Hayyan terus menghampiri lelaki tersebut. Nampaknya dia sedang asyik menilik jam tangannya.

"Tuan!"

Hayyan mendongakkan kepalanya ke atas setelah terdengar jeritan tersebut. Terbuntang matanya melihat sebuah tukul sedang menjunam laju betul-betul di atas kepala lelaki itu.

Tanpa melengahkan masa, Hayyan terus berlari lalu menolak lelaki separuh abad itu dengan kuat. Kedua-dua mereka jatuh terguling ke tepi.

Buk!

Hayyan menghembuskan nafas lega apabila tukul itu mendarat dengan selamat tanpa mengena mereka. Dia bersyukur kerana datang tepat pada masanya.

"Pak cik" panggil Hayyan seraya menghulurkan tangannya ingin membantu lelaki itu untuk bangun. Lelaki itu menyambut hulurannya lalu berdiri.

"Arghh!" jerit Dato' Safwan tatkala merasa kesakitan di bahagian kakinya.

Hayyan terus mengalihkan pandangan ke bawah. Dia dapat melihat dengan jelas kaki lelaki itu sudah bengkak. Mungkin terseliuh. Dia memapah lelaki itu ke kereta untuk segera dibawa ke hospital.

End Flashback

Jejaka itu tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. "Pak cik tak perlu berterima kasih kepada saya, tapi berterima kasihlah pada Allah kerana dia yang menggerakkan hati saya untuk selamatkan pak cik" jawabnya.

Dato' Safwan tersenyum mendengar jawapan jejaka itu. Hatinya tiba-tiba tertarik untuk mengenali jejaka itu dengan lebih lanjut.

"Nama kamu siapa?" tanya Dato' Safwan ramah.

"Nama saya Hayyan Firdaus" jawab Hayyan.

Dato' Safwan sekadar menganggukkan kepalanya. Nama seindah rupa. Dia mengaku bahawa Hayyan ini mempunyai rupa paras yang agak kacak.

"Umur kamu?"

"27 tahun"

"Kamu dah kahwin?"

Hayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Banyak tanya pula pak cik ni. Berkerut dahi Dato' Safwan menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut Hayyan.

"Err--"

Tidak sempat Hayyan ingin menjawab, seseorang telah merempuh kasar pintu bilik tersebut dari luar sehingga terbuka luas. Mereka terus memandang ke arah pintu akibat terkejut. Muncul seorang perempuan berbaju singkat meluru ke arah katil pesakit tanpa menghiraukan Hayyan yang bersandar di dinding.

"Abi okay? Abi ada sakit dekat mana-mana tak? Kenapa kaki abi berbalut ni?" tanya Nadya bertalu-talu tanpa sempat Dato' Safwan ingin membuka mulut. Matanya terbuntang melihat kaki kiri abinya yang berbalut itu.

Dato' Safwan ketawa kecil mendengar pertanyaan demi pertanyaan dari anak gadisnya itu. Dalam hati dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang mengambil berat akan dirinya.

"Abi okay je. Cuma kaki ni terseliuh sikit. Nasib baik la ada Hayyan, kalau tak..dah arwah abi tadi"

Sebelah kening Nadya terjongket tatkala mendengar nama asing yang meniti di bibir abinya.

"Siapa Hayyan?" tanya Nadya bingung.

Dato' Safwan tersenyum lalu memuncungkan mulutnya ke belakang Nadya. Nadya segera menoleh ke belakang setelah melihat reaksi Dato' Safwan yang seolah-olah ingin menunjukkannya sesuatu.

Seorang jejaka berbaju t-shirt hijau dan berseluar jeans lusuh menyapa pandangan matanya. Tidak sedar pula ada ada orang lain di dalam bilik ini selain abinya. Nadya menilik pakaian jejaka itu dari atas hingga bawah lalu mengukir senyuman sinis. Dari gaya pun dah tahu lelaki ni miskin.

Hayyan menundukkan wajahnya tatkala perasan pandangan sinis gadis itu. Dia dapat merasakan yang gadis itu sedang memerli penampilan dirinya yang selekeh ini. Nak buat macam mana? Orang miskin sepertinya memang sudah biasa dipandang hina manakala orang kaya juga diagung-agungkan kerana mereka mempunyai harta dan pangkat.

Nadya menghampiri jejaka itu sambil mempamerkan riak wajah selamba.

"Ikut I" ajak Nadya lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Hayyan terpinga-pinga. Dia memandang kelibat Nadya yang sudah menghilang di sebalik pintu lalu memandang pula wajah Dato' Safwan. Dato' Safwan hanya mengangguk isyarat supaya dia mengikut sahaja permintaan gadis itu.

Hayyan mengeluh perlahan. Akhirnya dia melangkah jua keluar dari bilik. Matanya meliar mencari figura gadis itu. Setelah ternampak kelibat gadis itu sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuhnya, Hayyan melajukan langkahnya menghampiri gadis itu.

"Assalamualaikum" tegur Hayyan lembut.

Nadya menjuling biji matanya ke atas. Salam jejaka itu dibiarkan tidak terjawab.

"Nama I Nadya Fitriani dan lelaki yang you panggil pak cik tadi tu abi I. Dato' Safwan" ujar Nadya sedikit riak. Perkataan Dato ditekannya sedikit supaya jelas di pendengaran jejaka itu.

Hayyan tersenyum nipis. "Maaf, saya tak tahu" balas Hayyan. Mana dia tahu yang lelaki separuh abad itu berpangkat Dato.

"It's okay sebab you dah selamatkan abi I kan tadi. So, berapa you nak?" tanya Nadya seraya mengeluarkan dompetnya dari beg tangan.

Wajah Hayyan sedikit berkerut mendengar kata-kata gadis itu. Berapa?

"Maksud awak apa?"

"Kan you dah selamatkan abi I tadi. I nak bagi upah untuk you la" jelas Nadya. Beberapa keping not RM 1000 dikeluarkan. Terbuntang mata Hayyan melihat duit-duit itu.

"Eh, tak payah. Saya ikhlas tolong" tolak Hayyan lembut. Walaupun dia memang perlukan duit ketika ini, tetapi dia ikhlas menolong Dato' Safwan tadi.

Nadya mendengus geram. Banyak songeh pula mamat ni. "You ni macam-macam la. I dah bagi ni ambil je la. Ke..you nak I tambah lagi?" soal Nadya. Dia mengeluarkan RM 10,000 dari dompetnya lalu dihulurkan kepada Hayyan.

Hayyan menggelengkan kepalanya seraya menolak lembut huluran gadis itu.

"Tak pe. Saya tak perlukan semua duit ni. Saya tolong ikhlas tanpa mengharapkan balasan" ujar Hayyan bersungguh-sungguh.

Nadya tersenyum sinis. "Tak perlukan duit? You..tak perlukan duit? Heh, orang miskin macam you ni la yang tak boleh hidup tanpa duit tau tak. So, better you ambil sebelum hidup merempat" kata Nadya sinis lalu mencampakkan duit-duit tersebut ke muka Hayyan seraya melangkah pergi.

Jururawat-jururawat di situ hanya mendiamkan diri. Masing-masing terkejut dengan tindakan berani gadis itu.

Hayyan mengetap bibirnya kuat. Tangannya mengepal penumbuk kosong. Perasaan dendam yang mula menguasai diri cuba diusir jauh-jauh.

Betapa hinanya dia di mata gadis itu. Duit-duit yang bertaburan di atas lantai itu hanya dipandang sepi tanpa niat untuk mengambilnya. Hayyan tersenyum nipis setelah mendapat idea yang munasabah. Dia mengutip duit-duit itu lalu pergi ke kaunter untuk disedekahkan kepada semua pesakit di situ. Lebih baik dipandang hina oleh manusia daripada dipandang hina oleh Allah.

Kalau korang jumpa Nadya, apa yg korang nk buat dekat dia?🙂

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now