BAB 1

206 25 83
                                    

Berus gebu yang sudah dicalitkan blusher disambarnya lalu disapukan pada wajahnya yang mulus. Bibir mungilnya yang telah disapukan gincu berwarna merah delima dikemam beberapa kali sebelum mengukir senyuman sinis. Nadya menilik wajahnya yang terpantul di cermin solek. Cantik seperti selalu. Dia yakin bahawa tiada satu pun wanita di luar sana dapat menandingi kecantikan wajahnya yang berkacukan Arab itu.

"Perfect" gumamnya perlahan seraya mencekak pinggang di hadapan cermin. Berbangga kerana mempunyai pinggang yang ramping dan mengiurkan.

"I am Nadya Fitriani. I am the most beautiful woman in the world" ujarnya sendirian.

Matanya dikalihkan pada bingkai gambar yang sedikit lusuh. Gambar seorang wanita Arab berbaju kebaya merah sedang tersenyum manis sambil mendukung bayinya. Nadya mengambil gambar tersebut lalu diusap lembut wajah wanita itu.

"I miss you, umi" kata Nadya lalu mencium bingkai gambar itu. Kalaulah uminya masih hidup sekarang ini, wanita itu pasti berbangga kerana mempunyai anak sepertinya. Anak yang berjaya mengharumkan nama Malaysia kerana kejayannya membuka beberapa buah cawangan di luar negara.

Gambar itu diletakkan kembali ke tempat asal. Nadya mencapai beg tangan 'Gucci' di atas katil lalu berlari menuruni tangga. Dia sudah terlambat untuk ke tempat kerja. Pasti abinya sedang menunggunya di pejabat.

"Cik Nadya, marilah sarapan dulu" pelawa Rahimah selaku orang gaji di dalam rumah itu setelah memandang kelibat majikannya yang tergesa-gesa. Nadya menjuling biji matanya ke atas.

"Erghh, no need. Saya dah lambat sangat ni" balas Nadya acuh tak acuh. Sempat dia menyarungkan kasut tumit tinggi sebelum masuk ke dalam perut kereta. Tidak lama kemudian, bunyi deruan enjin kereta milik Nadya jelas kedengaran di pendengaran Rahimah. Wanita tua itu mengukir senyuman nipis. Sudah biasa dengan karenah majikannya itu. Macam mana la tak lambat kalau bersolek sahaja hampir satu jam.

Rahimah terus menuju kembali ke dapur. Dia ingin menyambung kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. 






Nadya membetulkan sedikit rambutnya yang serabai sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Dia tersenyum sinis tatkala beberapa orang lelaki memandangnya tanpa berkelip. Pasti terpesona dengan kecantikannya.

Nadya tidak menghiraukan pandangan-pandangan mata nakal tersebut. Dia terus melangkah masuk ke dalam syarikatnya iaitu Wan Holdings. Nama Wan Holdings diambil sempena nama abinya Safwan.

Tanpa membuang masa, Nadya berjalan masuk ke dalam lif VVIP yang hanya dikhaskan untuk orang kuat Wan Holdings sepertinya. Pekerja bawahan hanya dibenarkan menggunakan lif biasa ataupun tangga sahaja.

Setelah sampai di tingkat 20, Nadya terus berjalan menghampiri pejabat abinya. Dia mengetuk beberapa kali pintu tersebut sebelum masuk. Walaupun syarikat ini telah menjadi miliknya, itu bukan haluan untuk dia berbuat sesuka hati.

"Hai abi" sapa Nadya mesra lalu duduk berhadapan Dato' Safwan. Dato' Safwan membalas senyuman anak gadisnya itu.

"Waalaikumussalam Nadya"

Nadya tersenyum malu. Tahu sangat abinya sedang menyindirnya ketika ini. Nak buat macam mana? Terlupa pula untuk memberi salam tadi.

"Nadya, kejap lagi kita ada meeting dengan syarikat kawan abi. Tapi, abi tak boleh ikut serta kerana abi kena melawat tapak projek dekat Putrajaya pukul 11 nanti. So, abi nak Nadya sendiri yang meyakinkan mereka untuk melabur di syarikat kita" terang Dato' Safwan.

Jatuh rahang Nadya mendengar kata-kata Dato' Safwan. What?! Dia kena yakinkan pada syarikat kawan abinya seorang diri? Bukan dia tidak biasa tetapi dia tidak suka dengan anak kawan abinya yang gatal tu. Kalau ada abinya sekali, pasti dia akan berasa lega.

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now