BAB 14

181 8 37
                                    

Yusra tersenyum sendirian di birai katil. Walaupun angka jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam, dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya asyik menerawang jauh teringatkan perkara yang telah berlaku petang tadi.

Entah mengapa wajah jejaka yang cuba menyelamatkan dirinya tadi asyik menghantui dirinya hingga kini. Matanya yang menawan bak rembulan. Hidungnya yang mancung. Keningnya yang lebat dan hitam pekat. Bibirnya yang merekah dan merah jambu petanda bahawa jejaka itu tidak pernah merokok. Semuanya cukup sempurna pada pandangannya.

Yusra segera beristighfar panjang setelah menyedari keterlanjurannya. Sungguh dia telah berdosa kerana terlalu memikirkan perkara yang belum halal untuknya. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali cuba untuk menghalau bayangan wajah tersebut.

Yusra berdiri lalu mengorak langkah ke arah tingkap biliknya yang tertutup rapat itu. Dia membuka tingkap itu seluas-luasnya. Angin yang sepoi-sepoi itu sikit sebanyak dapat menenangkan dirinya. Rambutnya yang terbuai-buai dek angin tersebut diselitkan ke belakang telinga. Bibir mungilnya mengukir senyuman manis tatkala terpandangkan bulan yang cantik bersinar di atas langit.

"Bulan. Kau rasa, sudah sampai masanya ke untuk aku terima seorang lelaki dalam hidup aku?" Soalnya perlahan seolah-olah sedang berbicara dengan bulan tersebut.

"Hishh, apa lah kau ni Yusra. Mana tahu kalau lelaki tu dah berpunya ke. Silap hari bulan kau yang merana." Omel Yusra perlahan. Dia hanya mampu berserah.

" Ya Allah, jika dia jodohku Kau temukanlah kami lagi. Jika dia bukan untukku, Kau hindarilah dia daripadaku dan Kau hilangkanlah perasaan di dada ini" Doanya di dalam hati.

Yusra tersentak tatkala merasakan sesuatu yang hangat dan berlendir keluar dari lubang hidungnya. Dia menyentuh perlahan cecair tersebut. Darah!

"Alamak! Aku belum makan ubat lagi la. Mampus kalau mak tahu ni" Katanya dalam nada cemas. Yusra menutup kembali tingkap tersebut seraya mengatur langkah ke meja solek. Botol ubat segera disambar lalu dia memasukkan sebiji ubat ke dalam mulutnya. Air kosong yang sudah tersedia di atas meja itu diteguknya perlahan. Setelah itu, dia mencapai pula tisu lalu mengelap darah yang mengalir dari hidungnya.

Dia tersentak tatkala pintu biliknya dikuak kasar hingga terbuka luas. Wajah cemas Mak Nuha menyapa pandangan matanya.

"Kenapa mak?" Soal Yusra pelik. Mak Nuha tidak menjawab malah terus meluru ke arah anak gadisnya yang berada di hadapan meja solek itu. Wajah Yusra disentuhnya perlahan.

"Yusra tak apa-apa?" Tanya Mak Nuha. Bergenang kolam matanya tatkala melihat sisa darah yang mengalir dari celah hidung Yusra.

Yusra mengetap bibirnya melihat reaksi Mak Nuha. Dia menyentuh perlahan kedua-dua belah tangan Mak Nuha yang berada di pipinya. Dapat dia rasakan kasih seorang ibu.

"Macam mana mak tahu yang Yusra sakit?" Soal Yusra sedikit kagum.

"Mak ni seorang ibu, Yusra. Firasat seorang ibu ni tak pernah salah. Kalau A yang mak rasa dalam hati ni maknanya A la yang terjadi" Jawab Mak Nuha sayu. Yusra terdiam. Air matanya turut mengalir melihat air mata sang ibu.

"Mak jangan la risau. Yusra okay" pujuk Yusra seraya memeluk tubuh Mak Nuha. Mak Nuha membalas pelukan tersebut. Tidak lama kemudian Yusra merungkaikan pelukan. Wajah sembap Mak Nuha dipandangnya lembut.

"Mak, Yusra ada satu permintaan"

"Apa?"

Yusra tersenyum kecil melihat reaksi positif ibunya.








Nadya mengeluh panjang. Sungguh dia berasa bosan sekarang ini. Ruang sekeliling dipandangnya bosan. Tiada apa pun yang menarik perhatiannya.

"Huh, sofa pun tak de" sindirnya sinis dalam nada perlahan.

"Apa kata aku kemas rumah" cadang Nadya. Pandangannya ditebarkan ke ruang sekeliling. Bibirnya dicebikkan perlahan.

"Hurm, dah bersih. Buat apa nak kemas" Kata Nadya selamba. Rumah tu bukannya kemas sangat. Cuma malas. Apa la nasib Hayyan dapat isteri malas macam Nadya ni.

Hayyan awal-awal pagi lagi sudah pergi kerja. Tinggallah dia seorang diri di dalam rumah buruk ni. Nadya berdiri. Dia mengorak langkah ke luar rumah. Tanpa sedar bibirnya mula mengukir senyuman nipis tatkala memandang keindahan sawah padi yang terbentang luas. Cantik sungguh ciptaan Tuhan ini.

Nadya memakai kasutnya lalu dia menapak ke arah sawah tersebut.

"Hayyan pun satu. Kalau nak tinggalkan aku, letak la siap-siap makanan atas meja. Ni tak. Keluar menonong macam tu je" Bebel Nadya perlahan. Dia mengusap perlahan perutnya yang berkoroncong itu. Lapar.

Nadya mengeluh. Dia nak makan apa sekarang ni? Takkan nak makan padi ni kut.

"Eh, bau apa yang sedap ni?" Soalnya saat terhidu aroma yang enak. Kepalanya terus ditolehkan ke sebelah. Baru dia perasan yang rumah jirannya agak dekat dengan rumahnya. Cuma rumahnya rumah kayu buruk manakala rumah jirannya diperbuat daripada bata.

Nadya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak pergi ke tak nak? Nak pergi ke tak nak? Hurmm. Nadya berfikir buat seketika.

"Pergi je lah. Aku bukannya nak buat benda yang tak elok pun. Aku cuma nak intai masakan rumah jiran sebelah je"

Nadya segera berjalan menuju ke arah rumah tersebut. Tali air kecil yang memisahkan rumah mereka itu dilangkahnya mudah. Lapar punya pasal. Semua benda jadi cepat.

Setelah sampai ke rumah jiran. Nadya mula mengintai pada celahan tingkap dapur tersebut. Hampir meleleh air liurnya saat ternampak lauk-lauk yang terhidang di atas meja itu.

"Sedapnya" Katanya perlahan. Dia terdiam tatkala muncul seorang gadis berbaju kurung ke meja makan tersebut. Umur gadis itu mungkin sebayanya. Kelihatan gadis itu sedang mencedok nasi ke dalam pinggan. Mungkin perasan ada mata yang sedang memerhati, gadis itu menoleh ke arah tingkap yang diintai oleh Nadya.

Nadya segera bersandar pada dinding. Jantungnya berdegup kencang. Takut kalau terkantoi.

Selang beberapa minit, Nadya mengintai lagi. Nampaknya gadis itu sedang menuangkan air sirap ke dalam gelas. Sekali lagi Nadya terliur melihat air tersebut.

"Aduh, sedapnya" Rengek Nadya perlahan. Sekali lagi gadis itu memandang ke arahnya. Nadya cepat-cepat bersandar pada dinding seperti tadi. Dia berharap sangat agar gadis itu tidak ternampak dirinya.

Selang beberapa minit, Nadya kembali mengintai dari tingkap tersebut. Kali ini bayangan gadis itu tidak kelihatan.

"Eh, mana perempuan tadi tu?" Soalnya sendirian. Sedang asyik mengintai, Nadya telah dikejutkan oleh satu suara.

"Awak ni siapa ye?"

"Opocot!!!"






Yeahh, I'm back. Sorry kalau tak best. Tak fikir sangat idea sebab esok Cikgu nak buat ujian😢 Stress sangat dgn kerja sekolah menimbun. Haihz ni lah hidup seorang pelajar. Tahun ni pulk ada pt3. Apa la nasib.. dah la pelajaran tahun ni pun samar2 je ingat. Yang tahun lepas2 tu lupa hbis. Mcm mna nak jawab Pt3 nih😔






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now