BAB 12

153 15 75
                                    

Nadya mengusutkan rambutnya. Dia geli! Ya geli! Dengan haiwan yang dinamakan katak itu. Boleh tak korang bayangkan seekor katak yang berlendir melompat dan mendarat di dahi korang. Dan itulah yang dialami oleh Nadya sekarang.

"Aku penat la. Baru beberapa jam duduk dalam rumah ni, dah macam-macam yang jadi. Tambahla kalau duduk untuk selama-lamanya. Tak tak. Aku tak boleh biarkan. Apa kata..aku larikan diri. Yes, good idea Nadya" ujar Nadya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Bagasi dan beg pakaian yang berada di tepi pintu dipandangnya tajam. Sementara Hayyan membeli makanan, lebih baik dia mengambil peluang keemasan ini untuk larikan diri.

Segera dia mencapai beg tangan lalu disangkutkan ke bahu. Bagasi yang berisi pakaian miliknya disambar laju seraya menapak keluar dari rumah itu. Ingat, masa itu emas. Jadi dia harus keluar dari rumah itu secepat mungkin.

Nadya menepuk dahinya kuat tatkala melihat perkarangan rumah itu kosong. Baru dia teringat yang keretanya sudah dihantar pulang ke rumah abi.

"Aduh, ni semua Hayyan punya pasal. Suka hati dia je buat keputusan tanpa berbincang dengan aku" gumam Nadya sedikit geram.

Dia menyeluk beg tangannya lalu mengeluarkan telefon. Aplikasi grab ditekannya. Belum sempat dia ingin menempah grab..bunyi deruan motor milik Hayyan terlebih dahulu menyapa halwa telinganya. Terbuntang matanya memandang Hayyan sudah memakirkan motor di bawah pokok berhampiran rumah kayu itu. Tidak sangka yang Hayyan akan pulang seawal ini.

Hayyan mencapai plastik bungkusan makanan lalu meletakkan topi keledarnya ke dalam raga motor itu. Dia mula mengorak langkah menghampiri isterinya di tangga. Cara berjalannya sedikit terhincut-hincut dek pergaduhan tadi.

"Awak nak pergi mana bawa bagasi bagai ni?" tanya Hayyan pelik. Matanya tajam memandang bagasi di belakang Nadya.

Nadya buat-buat tidak dengar. Matanya memandang ke arah lain. Lidahnya kelu untuk menjawab soalan Hayyan.

Hayyan mengeluh perlahan. Jika Nadya tidak menjawab sekali pun dia tahu bahawa gadis itu mahu meninggalkannya. Dia meraup kasar wajahnya sebelum menarik kasar lengan Nadya masuk kembali ke dalam rumah. Kakinya yang sakit sekarang ini tidak dihiraukan sama sekali.

Nadya tersentak apabila lengannya ditarik kasar oleh Hayyan. Dia cuba untuk menarik kembali lengannya tapi perbuatan tersebut hanya sia-sia kerana tenaganya tidak dapat melawan tenaga milik Hayyan.

"Eh, apa awak ni! Lepaslah" marah Nadya.

Hayyan tidak mengendahkan rayuan Nadya. Dia terus-terusan menarik gadis itu masuk kembali ke dalam rumah mereka. Ya, rumah mereka!

"Hayyan, lepaslah. You're hurting me" rayu Nadya. Lengannya sudah merah dek cengkaman kuat dari Hayyan. Boleh lebam lengannya jika berterusan begini.

Hayyan terkedu. Dia segera melepaskan lengan Nadya setelah mereka sampai ke ruang tamu. Nadya mengusap lengannya yang merah lalu mengundur beberapa tapak ke belakang. Agak gerun dengan sifat lembut Hayyan yang tiba-tiba berubah menjadi kejam.

"Maaf, saya tak ada niat pun nak sakitkan awak tapi..awak tahukan yang tempat seorang isteri itu di sisi suaminya. Kenapa awak nak tinggalkan saya? Awak nak jadi isteri derhaka ke?" tegur Hayyan lembut. Dia cuba memegang lengan Nadya tetapi ditepis kasar oleh wanita itu.

"Don't touch me, cruel!" ujar Nadya sinis. Tidak ingin untuk disentuh oleh lelaki seperti Hayyan. Dayus!

Hayyan tergamam mendengar kata-kata isterinya itu. Dia berasa menyesal kerana telah mengasari gadis itu tadi. Dia tidak dapat menahan kemarahannya. Sudah la tadi dia dipukul seperti binatang, sekarang kena hadap sikap isterinya yang tidak habis-habis mahu naikkan kemarahannya.

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now