BAB 6

123 18 48
                                    

Nadya membelek-belek kukunya yang telah diwarnakan merah itu. Pandangan hairan Dato' Safwan langsung tidak dihiraukannya.

Dato' Safwan membaca fail-fail kerjanya. Sesekali matanya memandang sekilas wajah selamba anak gadisnya itu. Dia pun pelik mengapa Nadya masuk ke dalam pejabatnya. Tadi cakap nak bincang sesuatu. Tapi dari tadi tak cakap apa-apa pun. Asyik membelek kukunya sahaja.

Dato' Safwan menggelengkan kepalanya. Tak boleh biar ni. Fokusnya hanya pada kuku dan jari-jemarinya sahaja.

"Nadya" Dato' Safwan mula bersuara. Kalau nak tunggu anak gadisnya yang mulakan dulu..memang sampai esok la tak buka mulut.

"Hurm" balas Nadya sepatah tanpa memandang wajah abinya.

"Nadya nak bincang apa dengan abi ni? Kalau tak de apa-apa, tolong keluar. Abi ada banyak lagi kerja yang nak diselesaikan" soal Dato' Safwan serius.

Nadya tersentak. Dia berhenti membelek kukunya lalu memandang tepat wajah ketat Dato' Safwan. Maghoh naw.

"Nadya cuba nak beritahu abi yang..." Nadya sengaja berhentikan kata-katanya. Tidak sanggup dia nak teruskan ayat yang seterusnya. Terlalu menyeksa jiwa dan raga.

"Yang?" tanya Dato' Safwan.

"Yang..."

"Yang?"

"Yang..." Nadya menundukkan kepalanya ke bawah. Dato' Safwan mengetap rahangnya kuat. Nadya ni sengaja nak main-mainkannya atau apa sekarang ni? Dari tadi lagi yang, yang dan yang.

"Yang apa?!" jerkah Dato' Safwan kuat sambil tangannya memukul meja. Hal itu membuatkan Nadya termelatah.

"Nadya setuju untuk berkahwin dengan pilihan abi" ujar Nadya lancar akibat terlalu terkejut. Dato' Safwan tergamam mendengar kata-kata Nadya. Dia terdiam seketika sebelum menarik senyuman manis.

"Macam tu la anak abi. Abi buat semua ni untuk Nadya ju--"

"Stop it" celah Nadya dingin. Dia bosan mendengar ayat yang sama dari abinya. Asyik-asyik untuk kebaikannya. Bosan!

Nadya bangun dari kerusi lalu melangkah ke pintu. Tangannya yang ingin memulas tombol pintu tersebut terhenti setelah mengingatkan sesuatu. Dia terus menoleh ke belakang memandang wajah Dato' Safwan yang dihiasi senyuman. Seronok la tu aku ikut cakap dia.

"Nadya setuju pun sebab Wan Holdings. Kalau abi tak kaitkan Wan Holdings dalam hal ni..memang sampai mati pun Nadya takkan bersetuju" ujar Nadya sinis. Dato' Safwan mencebikkan bibirnya lalu mengangguk tanda mengerti.

Nadya terus memulas tombol tersebut lalu keluar dari pejabat tersebut.

"Malam nanti kita akan dinner dengan bakal suami Nadya!" kata Dato' Safwan kuat agar Nadya mendengarnya.

"What!" jerit Nadya dari luar bilik. Hal itu mencetuskan tawa Dato' Safwan. Padan muka anaknya. Mesti Nadya akan gelabah malam nanti.








Hayyan terduduk akibat kepenatan. Dia menyandarkan belakangnya yang lenguh pada kerusi tersebut. Dia menghembuskan nafas lega setelah dapat merehatkan diri walaupun beberapa minit. Rasa macam nak patah tulang belakangnya itu.

Aman dan Amin menggelengkan kepala melihat karenah Hayyan yang macam nak terputus nyawa itu. Ni baru pilih baju sendiri..belum kena pilih baju dan tudung untuk isteri.

"Hayyan, bangunlah. Cuba baju ni pula" ujar Amin. Baju yang berada di tangannya dihulurkan kepada Hayyan.

"Habistu cuba yang ni pula" balas Aman pula sambil menunjukkan pakaian di tangannya.

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now