BAB 9

167 17 50
                                    

Nadya melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia terus merebahkan diri di atas katil empuk itu. Penat? Memang penat. Seharian dia melayan tetamu di majlis tadi. Dia memejamkan matanya buat seketika. Badannya terasa melekit tetapi malas pula mahu mandi.

Hayyan mencari kelibat isterinya di ruang tamu. Haih, mana bini aku ni? Laju betul dia menghilangkan diri.

"Hayyan, kamu cari siapa? Kalau cari Nadya..tadi mak cik nampak dia dah masuk bilik" tegur Rahimah. Dari tadi dia melihat jejaka itu dari tadi memusing-musing di dalam rumah sampai dia nak buat kerja pun tak senang.

Hayyan tersengih. Seperti tahu-tahu je dia sedang cari Nadya. "Ouh, Nadya dah masuk bilik ek. Terima kasih mak cik" ucap Hayyan sopan seraya menaiki tangga.

Rahimah tersenyum simpul. Dia rasa bersyukur kerana Nadya dikurniakan lelaki sebaik Hayyan. Semoga Hayyan dapat mengubah sikap gadis itu.





Hayyan melangkah masuk ke dalam bilik isterinya. Dia terpegun seketika melihat susun atur di dalam bilik tersebut. Cantik! Senyuman tipis diukir sebaik sahaja memandang figura Nadya sedang tidur nyenyak di atas katil. Penat sangat kut sampai baju nikah pun tak tukar lagi.

Hayyan menjeling sekilas jam yang tergantung di dinding. Sudah masuk waktu maghrib ni. Dia terus menghampiri Nadya lalu duduk mencangkung di hadapan wanita itu.

Wajah comel gadis itu ditenungnya seketika. Waktu tidur pun cantik. Waktu makan pun cantik. Waktu marah pun cantik. Kalau sehari tak cantik tak boleh ke?

"Sayang, bangun" kejut Hayyan lembut seraya menggoncangkan bahu gadis itu perlahan. Mata Nadya terus dicelikkan tatkala tidurnya diganggu.

"Jangan kacau la. Saya ngantuk ni" rungut Nadya lalu memejamkan semula matanya. Ngantuk!

Hayyan tersenyum manis. Dia bersyukur dengan tindakan positif dari Nadya. Ingatkan isterinya mahu menghalaunya. Nasib tidak.

"Sayang, bangunlah. Dah masuk waktu maghrib ni. Sayang mandi dulu lepastu kita solat berjemaah sama-sama" ujar Hayyan lembut. Tangannya mengusap lembut kepala Nadya yang dibaluti tudung itu.

Nadya mendengus geram. Dia bangun lalu duduk bersandar di kepala katil. Matanya mencerlung tajam wajah Hayyan. Dah la masuk bilik aku tak minta izin. Lepastu paksa aku buat macam-macam pula.

"Kalau awak nak solat..pergi je lah. Tak payah la paksa saya ikut cakap awak. Saya mengantuklah" herdik Nadya tegas. Tudung yang tersarung elok di kepalanya ditarik kasar. Rimas. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia memakai tudung. Itu pun setelah dipaksa oleh abinya.

Hayyan mengucap panjang mendengar herdikan dari sang isteri. "Sayang--"

"Jangan panggil saya sayang boleh tak? Geli la" celah Nadya. Matanya dijulingkan ke atas tanda menyampah. Peduli apa kalau Hayyan terasa hati, nak sangat kan kahwin dengan dia..kena la tahan dengan perangainya.

"Awak, solat kan tiang agama. Setiap orang Islam wajib menunaikan solat. Sekarang awak dah jadi isteri saya. Dosa awak semua saya yang tanggung. So, saya tak nak biarkan isteri saya ni termasuk dalam golo--"

Bam!

Hayyan tersentak mendengar bunyi hempasan pintu bilik air tersebut. Dia mengukir senyuman sinis. Nadya ni nampak je macam keras kepala tapi hati tisu.

Setelah beberapa minit membersihkan diri, Nadya akhirnya keluar dari bilik air tersebut bersama pakaian yang lengkap di tubuh. Nak mampus kalau keluar berkemban?!

Matanya dijulingkan ke atas tatkala memandang Hayyan sedang sibuk menyusun sejadah mengikut arah kiblat. Susah la dapat suami alim macam ni. Semua kena ikut cakap dia! Kalau tak ikut, ceramah bagai pula.

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now