BAB 7

168 19 35
                                    

Nadya melihat penampilannya yang terpantul di cermin. Dia mengenakan gaun panjang mengikut bentuk tubuh yang berwarna biru laut. Wajahnya yang sudah cantik semula jadi itu hanya ditempelkan solekan tipis mengikut warna baju. Cukup sempurna dan dia berharap bakal suaminya juga sempurna sepertinya.

Dia menarik nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan. Tangannya mengurut-ngurut dada agar dapat menghilangkan kegusaran di hati.

"Relax Nadya. Bakal suami kau tu bukannya makan orang pun" katanya kepada diri sendiri. Harap-haraplah.

Nadya menilik sekali lagi wajahnya lalu tersenyum puas. Dia mula menuruni tangga dengan berhati-hati. Takut juga terjatuh gara-gara terpijak kain bajunya yang labuh itu.

Masuk sahaja ke dalam kereta, telefonnya bergetar menandakan mesej masuk. Nadya menggapai telefonnya di dalam beg lalu membuka mesej dari abinya itu. Tercebir bibirnya apabila Dato' Safwan menghantar location restoran yang menjadi tempat pertemuan mereka.

"Tak sabar-sabar la abi ni pun" rungut Nadya perlahan. Dia menghidupkan enjin kereta lalu terus memandu laju di atas jalan raya tersebut.







"But I keep cruising, can't stop.. won't stop moving. It's like I got this music in my mind. Saying it's gonna be alright" nyanyi Nadya perlahan mengikut rentak muzik lagu 'Shake It Off' yang didendangkan di dalam radio. Nyanyian itu sedikit sebanyak dapat menghilangkan perasaan gentarnya.

Nadya mula memakirkan keretanya di kawasan yang disediakan. Dia membuka pintu kereta lalu mengangkat sedikit gaun labuhnya supaya mudah untuk dia keluar.

Nadya melangkah masuk ke dalam restoran mewah itu. Pintu kaca itu ditolak lalu matanya meliar mencari kelibat Dato' Safwan. Bibir merahnya mengukir senyuman nipis tatkala melihat figura abinya sedang melambaikan tangan ke arahnya dari meja VVIP.

Dia sedikit hairan kerana abinya sahaja yang kelihatan di meja tersebut. Belum sampai lagikah bakal suaminya?

Nadya melabuhkan punggung di hadapan Dato' Safwan.

"Cantik anak abi malam ni" puji Dato' Safwan ikhlas. Jujur dia katakan bahawa malam ini buat pertama kalinya Nadya mengenakan solekan tipis. Kalau tidak, pasti tebal-tebal seperti 10 inci.

Nadya tersenyum malu. Rambutnya yang terjuntai di dahi dikuisnya anggun.

"Mana lelaki pilihan abi tu?" tanya Nadya bernada sindiran. Mana taknya kalau batang hidung pun tak nampak lagi. Dato' Safwan tersenyum manis.

"Cuba tengok belakang"

Nadya segera menolehkan kepalanya ke belakang. Seorang lelaki berpakaian kemas sedang berjalan menuju ke arahnya sambil tersenyum mesra menyapa pandangan matanya. Nadya tergamam melihat kekacakan lelaki tersebut. Sungguh jejaka itu sangat tampan. Wajahnya seperti pernah nampak tetapi tidak ingat di mana.


Nadya tidak membalas senyuman jejaka itu malah segera mengalihkan pandangannya ke hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nadya tidak membalas senyuman jejaka itu malah segera mengalihkan pandangannya ke hadapan. Perasaan gemuruh menerpa wajahnya. Aura jejaka itu sungguh menarik perhatiannya.

"Hayyan, jemputlah duduk" pelawa Dato' Safwan ramah. Dia gembira kerana dari riak wajah anak gadisnya seperti menyukai Hayyan.

Nadya terpempan. Wait. What! Dia baru teringat setelah mendengar nama tersebut. Ya, dia lelaki miskin di hospital tempoh hari. Kononnya telah menyelamatkannya abinya dari terkena tukul. Mata bundarnya segera menikam wajah jejaka di sisinya itu inginkan kepastian. Jejaka itu hanya tersenyum membalas pandangannya. Tidak salah lagi, memang lelaki itu ialah Hayyan. Mengapa dia boleh tidak perasan?

"You?!"

Hayyan hanya tersenyum sinis apabila Nadya memandangnya tanpa terkelip. Mungkin tidak percaya penampilannya sekarang ini sudah berubah seratus peratus.

"Nadya, ni lah Hayyan. Bakal suami Nadya bulan depan" ujar Dato' Safwan tanpa memikirkan perasaan anak gadisnya. Dia tahu yang Nadya pasti terkejut.

Terlopong mulut Nadya mendengar ujaran abinya itu. Kahwin? Dengan si miskin ni? Oh no!

"Abi! Are you serious?" tanya Nadya tidak percaya. Matanya memandang tajam tubuh sasa Hayyan yang telah melabuhkan punggung di sebelahnya. Tak malu betul! Suka hati dia ja duduk di sebelah aku. Nadya segera mengenjakkan kerusinya ke tepi mewujudkan jarak antara mereka. Takkan la dia nak berhimpit dengan orang miskin!

Dato' Safwan menganggukkan kepalanya. "Yes, I'm serious"

Nadya menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tak, tak. Ini semua hanya mimpi. Dia menampar kuat pipinya dan ianya sakit. This is not dream!

Hayyan menahan tawanya apabila Nadya menampar wajah berkali-kali sehingga pipinya merah. Nak dihalang, tak sanggup pula. Dia mengaku bahawa Nadya kelihatan cantik sekali pada malam ini. Tampak anggun dan bergaya.

"You! Ikut I" ujar Nadya tegas lalu keluar dari restoran mewah tersebut. Hayyan dan Dato' Safwan mencebikkan bibir lalu ketawa perlahan serentak.

"Terkejut sangat tu. Hayyan pergilah bincang dengan dia" kata Dato' Safwan. Hayyan hanya menurut. Dia mula berjalan keluar dari restoran tersebut.

Hayyan menghampiri Nadya yang sedang duduk di meja makan luar. Wajahnya masam tanpa secalit senyuman. Cute! Hayyan melabuhkan punggung di hadapan gadis itu lalu menopang dagu.

"Betul ke awak bakal suami saya?" tanya Nadya serius.

Hayyan tergelak kecil. "Yes, darling" jawab Hayyan seraya mengenyitkan matanya kepada Nadya. Nadya hanya mempamerkan riak wajah jijik. Sungguh dia tidak menyangka yang lelaki ini adalah bakal suaminya.

"Berapa ayah saya bayar awak?" perli Nadya pedas. Dia mahu melihat reaksi jejaka itu. Jelas wajah Hayyan hanya tenang mendengar soalannya.

"Adalah dalam 1 juta"

Jatuh rahang Nadya mendengar kata-kata selamba Hayyan. Macam ni aku nak buat jadi suami? Tak sedar diri. Abi pun satu, jual anak ke apa ni?

Hayyan ketawa kecil. "Lawak je la. Saya terima awak ikhlas" jawab Hayyan. Kali ini dia serius. Memang Dato' Safwan ada menawarkan dirinya duit tetapi dia menolak sekeras-sekerasnya. Biarlah dia menjaga Nadya menggunakan duit dari titik peluhnya sendiri.

Nadya memeluk tubuhnya lalu tersenyum sinis. "Awak tahu kan betapa berbezanya pangkat dan darjat kita? Tak malu ke? Ada hati nak kahwin dengan orang kaya macam saya. Baju tu pun entah-entah kutip dalam tong sampah. Miskin la katakan" ujar Nadya sinis.

Hayyan tersenyum kelat. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan kata-kata gadis itu tapi dia hanya buat tidak peduli.

"Saya tak kisah kalau awak nak kata apa sekalipun pada saya. Tapi lepas kita kahwin nanti, saya akan buat awak jilat balik ludah awak ni"

Terjongket kening Nadya mendengar balasan jejaka itu. Uuu, takutnya. "Awak takkan berjaya" ujar Nadya.

Hayyan memeluk tubuhnya lalu berdehem seketika. "We will see. Sesombong-sombong kau, akan jatuh di tangan aku" ucap Hayyan sebelum kembali masuk ke dalam restoran mewah itu meninggalkan Nadya seorang diri menghadam kata-katanya.

Nadya mengetap bibirnya kuat. Dia bangun lalu terus masuk ke dalam restoran itu. Tidak pernah terfikir dek akalnya akan berkahwin dengan orang miskin seperti Hayyan.

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now