BAB 8

161 17 58
                                    

"Aku memang geram betul la. Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti Hayyan yang abi aku pilih. Dah la miskin! Entah-entah, dia kahwin dengan aku pun sebabkan harta je? Ye la, orang miskin kan. Mestilah gila harta. Hani, aku tak nak kahwin!" rungut Nadya sambil menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.

Hani mengeluh panjang. Sabar je la dengan sikap Nadya ni. Nak marah kang merajuk pula si sombong tu.

"Kau boleh tak duduk diam-diam sikit. Aku nak solek kau pun tak senang tau" marah Hani. Sudah la dia yang menjadi mak andam gadis itu. Nak solek bukan main susah lagi. Bergerak sana, bergerak sini. Aku cepuk juga muka dia ni kang.

Hani menarik rahang Nadya supaya mendongak ke atas untuk memudahkan kerjanya menyolek gadis itu.

Nadya mencebikkan bibir. Nak buat macam mana, dah dia terlampau geram sangat. Kalau ye pun..bincang la dengan dia dulu siapa bakal suaminya. Ni tak, terus buat keputusan macam tu je. Dah la dia yang kena kahwin, bukan abinya!

"Ye la, banyak lagi kut lelaki dekat luar sana. Si miskin tu juga abi aku nak ambil untuk jadi menantu. What the--. Kalau ikutkan hati, nak je aku carut puas-puas tau" sambungnya lagi.

Hani hanya buat-buat pekak. Malas mahu melayan perangai Nadya yang kebudak-budakan. Dia mencapai maskara di atas meja. Belum sempat dia ingin mewarnakan pada mata Nadya, gadis itu terlebih dahulu mencengkam tangannya.

"Hani, jom kita lari sama-sama. Sempat lagi ni kalau nak lari" ujar Nadya tanpa berfikir panjang.

Terlopong mulut Hani mendengar ajakan berani mati Nadya itu. Memang gila!

"Kau jangan macam-macam ek. Majlis kau satu jam lagi tau nak bermula. Kau tak kesian ke dekat abi kau? Cuba kau fikir perasaan abi kau sikit kalau kau lari dari majlis ni. Abi kau juga la yang akan menanggung malu nanti tau. Kau tak fikir ke semua tu?" ceramah Hani. Geram dengan sikap Nadya yang tidak pernah berfikir panjang. Semua ikut kepala dia je.

Nadya terkedu. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Hani. Kata-kata Hani sedikit sebanyak meresap ke dalam hatinya.

Hani mengeluh perlahan. "Nad" panggil Hani lembut. Nadya memandang wajah mulus Hani di hadapannya.

"Aku tak salahkan siapa-siapa tau dalam hal ni. Sebab dalam hal ni tiada siapa pun yang salah. Abi kau buat semua ni untuk kebaikan kau. Kau pula belum bersedia untuk berkahwin tambah-tambah bakal suami kau tu bukan dari orang yang berada. Tapi percayalah, semua yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Kau patut bersyukur tau sebab jodoh kau dah sampai. Dah la kacak, baik, alim pula tu. Walaupun dia tak kaya, aku yakin yang kehidupan kau akan bahagia juga. Nad, kebahagian itu bukan boleh dijamin dengan harta tapi dengan kasih sayang" nasihat Hani panjang lebar.

Nadya berasa sebak. Air matanya gugur satu persatu mendengar nasihat Hani. Segera dia memeluk erat tubuh ramping sahabatnya itu.

Hani tersenyum manis. Dia membalas pelukan Nadya. Terasa bahunya basah dengan air mata gadis itu. Dia menggosok perlahan belakang Nadya ingin menenangkan gadis itu.

Setelah beberapa minit, mereka meleraikan pelukan.

"Ya Allah, Nad!" jerit Hani secara tiba-tiba. Nadya yang hairan dengan jeritan tersebut hanya menjongketkan sebelah keningnya.

"Habis comot make-up kau. Aduh! Penat aku make-up, last-last jadi macam ni. Erghh! Duduk diam-diam sikit ek. Aku nak make-up balik" ujar Hani seraya mengambil berus gebu ingin memperbaiki solekan di wajah Nadya. Sambil itu, dia membebel panjang.

Nadya tersenyum nipis. Terima kasih kepada Hani. Mulai sekarang dia cuba untuk menerima lelaki bernama Hayyan Firdaus di dalam hidupnya.





CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now