BAB 5

119 21 38
                                    

Bunyi bingit lagu yang bergema di dalam kelab malam itu sedikit pun tidak mengganggu Henry. Dia meneguk rakus arak jenama Rum yang sudah tinggal separuh di dalam gelasnya sehingga habis. Kepalanya yang pening diurut perlahan. Mungkin kesan sampingan dari minuman tersebut.

"Henry, kau ada masalah apa-apa ke? Kau tak pernah minum sebanyak ni" tegur Jason. Dari tadi dia melihat gerak-geri Henry. Selalunya paling banyak pun Henry akan minum 8 gelas. Tapi ni sudah masuk gelas kedua puluhnya!

Henry tidak mengendahkan teguran Jason. Dia menuangkan lagi arak Rum itu ke dalam gelas kecilnya sehingga penuh. Belum sempat dia ingin meneguk air tersebut, Jason terlebih dahulu merampas gelas itu.

"Stop Henry! Kau dah mabuk sangat ni" ujar Jason. Gelas itu diletakkan kembali ke atas meja.

Henry meraup kasar wajahnya. Matanya dipejam rapat sebelum melepaskan keluhan panjang.

"Kalau tak keberatan, kau cerita la dekat aku. Kita kan kawan dah lama" kata Jason mengambil berat. Sebelah tangannya naik mengusap belakang sahabatnya itu. Walaupun mereka berdua berbeza agama, tetapi keakhraban mereka sudah seperti adik-beradik.

"Aku geram la dekat seorang perempuan ni. Dia tu sombong sangat. Macam-macam cara dah aku buat untuk tarik perhatian dia. Beri bunga la..coklat la..rantai la. Tapi dia tak pernah nak terima. Yang paling aku sakit hati..boleh dia buang bunga yang aku bagi tu dalam tong sampah depan orang ramai. Kau tak tahu betapa malunya aku masa tu" luah Henry penuh kegeraman. Perasaan dendamnya mula menjalar hingga ke dalam lubuk hati.

"Henry, buat apa kau nak risau. Bunga bukan sekuntum ma. Tengok dalam kelab ni, banyak lagi la perempuan cantik. Pilih je yang mana kau nak. Aku bagi free sebab kau kawan baik aku" kata Jason seraya memeluk pinggang gadis seksi disebelahnya.

Henry mengurut-ngurut pelipisnya. "Kau cakap senang la" balasnya perlahan seraya menguap. Jam tangannya dijeling sekilas. Patutlah mengantuk..dah pukul 1 pagi rupanya. Ini bermakna sudah 2 jam dia berada di sini.

Henry segera bangun. Dia terduduk kembali apabila badannya sedikit terhuyung-hayang.

"Kau nak pergi mana, Henry?" soal Jason hairan.

"Aku nak balik la. Dah lewat ni"

Jason tersenyum nipis. "Kau bermalam dekat sini je la. Lagipun esok kau cuti kan. Dah la kau tengah mabuk ni, bahaya kalau drive nanti" balas Jason. Henry hanya diam tak berkutik. Betul juga apa yang dikatakan Jason itu. Lebih baik dia bermalam di sini sahaja.

Jason bangun lalu memapah Henry masuk ke dalam bilik VVIP. Dia terus membaringkan Henry ke atas katil mewah itu.

"Sarah!" teriak Jason kuat.

Sarah yang sedang melayan pelanggan di meja makan terus menghampiri Jason tatkala mendengar namanya dipanggil.

"Ya, bos"

"Aku nak kau layan lelaki ni, sekarang. Nah gaji kau" Jason menghulur RM 10,000 kepada gadis seksi itu. Sarah menyambut huluran tersebut lalu membuang pandangan ke arah lelaki berpakaian kemas yang sedang tidur di atas katil.

"Okay bos" ujarnya sambil mengukir senyuman sinis.

Jason membalas senyuman Sarah lalu mengatur langkah keluar dari bilik itu. Lihat sahaja Jason keluar dari bilik, Sarah terus masuk ke dalam bilik itu lalu mengunci pintu. Dia harus menjalankan tugasnya pada malam ini.






Hayyan memandang wajah Aman dan Amin yang turut memandang wajahnya dengan mulut yang melopong luas. Dia memandang silih berganti wajah kembar itu. Buang tabiat ke apa dua ekor ni?

"Woi!" pekiknya kuat sekaligus menyentakkan mereka berdua.

"Mak!" latah Aman dan Amin serentak lalu berpelukan sesama sendiri. Hayyan menjulingkan matanya ke atas. Bagaimanalah dia boleh berkawan dengan diorang ni?

"Korang ni kalau sehari tak buat lawak bodoh tak boleh ke?" sindir Hayyan seraya menyandarkan belakangnya pada sofa.

Amin yang baru tersedar terus menolak kembarnya Aman sehingga jatuh terjelepok.

"Bahlol punya adik" gumam Aman. Tangannya mengusap-usap bahagian pinggul yang sakit akibat tolakan Amin.

"Kau tak main-main kan?" tanya Amin. Dia memandang wajah selamba Hayyan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Hayyan mengeluh lalu menggelengkan kepalanya. Dia tak ada masa untuk bergurau kalau perkara-perkara macam ni. Benda ni melibatkan masa depannya.

"Alhamdulillah Man. Dapat anak buah la kita lepas ni. Adoi!" ujar Amin teruja sebelum kepalanya selamat dihumban bantal kusyen yang keras oleh Hayyan.

"Kau ni la, Min. Kawan tu belum kahwin lagi kau dah cakap pasal anak buah" tegur Aman lalu menggelengkan kepalanya. Amin mencebikkan bibirnya. Gurau pun tak boleh.

Hayyan menjulingkan matanya ke atas. Susah betul nak cakap dengan kembar yang masuk air macam ni.

"Jadi, kau terima ke?" tanya Aman serius.

Hayyan menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. "Aku belum buat keputusan lagi buat masa ni" jawab Hayyan lalu dia berdiri. Belum sempat dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik, kedua-dua belah kakinya terasa berat. Dia terus memandang ke bawah. Hayyan mengeluh perlahan setelah melihat Aman dan Amin sedang memeluk erat kakinya dari belakang.

"Korang ni dah kenapa, hah?!" marah Hayyan. Sudah la dia mengantuk sekarang ni, dua ekor ni pula buat hal.

"Tolonglah terima" rayu Aman dan Amin serentak. Pelukan di kaki Hayyan makin dikuatkan setelah melihat gelengan dari jejaka itu.

"Aku tak buat keputusan lagi. Lepaslah kaki aku ni!"

"Tak nak!" jerit Aman.

"Kalau kau terima..baru kami lepaskan" jawab Amin pula.

Hayyan mendengus geram. Aku yang dipinang, diorang yang melebih. Ada juga yang tangan patah sekarang ni!

"Kalau aku terima pun. Apa kena mengena dengan korang, hah?!" soal Hayyan sedikit kasar.

"Kami kan kawan baik kau. Mestilah kami tahu apa yang terbaik untuk kau, kan Man?" jawab Amin lalu menerima anggukan dari Aman.

"Betul betul betul" balas Aman setuju seraya tersengih.

Hayyan meraup rambutnya ke belakang. Stress hidup. "Ye la tu. Dah, lepas kaki aku" ujar Hayyan lalu kembali menghayunkan langkahnya setelah dua ekor itu melepaskan kakinya.

Aman hanya memandang langkah Hayyan dengan ekor matanya sebelum telinganya menangkap satu suara sumbang dari belakang.

"Papa lihat aku bernyanyi sambil bermain musik DJ. Tapi tapi susah sekali walau coba berkali-kali"

"Kau dah kenapa, Anjink?! Dah la rambut macam Hanafi" kutuk Aman lalu menunjal kasar kepala Amin yang sedang kusyuk menyanyi di belakangnya.

Please vote wahai anak²🌚🌹

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now