BAB 4

134 19 63
                                    

Nadya mengetap bibirnya kuat menahan amarah yang kian memuncak.

"Abi tak kira! Nadya mesti berkahwin dengan pilihan abi bulan depan!"

"No! Nadya tak nak! Abi tak boleh paksa Nadya macam ni!" balas Nadya berani.

Dato' Safwan meraup kasar wajah kedutnya. Mengapalah sikap Nadya ni keras kepala sangat? Dia buat semua ni pun untuk kebaikan gadis itu juga.

"Please, Nadya. Abi buat semua ni pun untuk kebaikan Nadya juga. Kenapa Nadya tak faham-faham lagi ni?" ujar Dato' Safwan lemah. Semua yang dia buat ni bersebab dan dia yakin yang Nadya akan bahagia dengan pilihannya nanti.

Nadya mengesat kasar air matanya yang meluncur laju di pipi.

"Ouh, Nadya dah faham sekarang! Abi sebenarnya nak Nadya berambus dari sini kan? Eh, kalau abi nak..Nadya boleh je la keluar dari rumah ni tapi bukan dengan cara kahwin dengan pilihan abi!" jerkah Nadya kuat.

Pang!

Satu tamparan hebat hinggap di pipi mulus Nadya. Kepalanya juga ikut terteleng dek penangan tersebut. Tangannya naik mengusap pipi sebelah kanan yang terasa pijar itu. Matanya terbuntang memandang wajah bengis Dato' Safwan.

Tangan Dato' Safwan terketar-ketar selepas menampar pipi anak gadisnya itu. Walaupun begitu, dia tidak berasa bersalah kerana memang patut pun dia berbuat begitu. Sikap Nadya semakin menjadi-jadi apabila meningkat dewasa. Mungkin salahnya juga kerana terlalu memanjai Nadya dan tidak tegas dari dulu.

"Abi tampar Nadya? Selama Nadya hidup dengan abi..abi tak pernah tampar Nadya tau. Tapi disebabkan hal ni, abi sanggup tampar Nadya. How dare you!" pekik Nadya kuat. Perasaan kecewa semakin menggunung di dalam hatinya. Siapakah yang berani menghasut abinya sehingga begini?

"Ya! Memang pun! Abi tampar Nadya sebab sikap Nadya semakin kurang ajar! Nadya kena kahwin dengan pilihan abi bulan depan juga! Full stop! Kalau tak..abi akan ambil balik semua yang Nadya ada sekarang ni termasuk Wan Holdings" kata Dato' Safwan berbaur ugutan.

Jatuh rahang Nadya mendengar ugutan abinya. Dia meramas kasar rambut ikal mayangnya itu. Pasu hiasan yang berada di atas meja kopi disambarnya lalu dibalingkan tepat ke dinding sebagai tanda melepaskan geram. Bunyi bingit pecahan tersebut tidak dihiraukannya.

"Arghhh! I hate you!" tengking Nadya seraya berlari masuk ke dalam biliknya yang terletak di tingkat atas. Ini kali pertama dia menengking Dato' Safwan. Tapi apa dia kisah? Dato' Safwan yang memaksanya untuk melakukan perkara yang tidak disukainya. Entah siapalah pilihan abinya itu. Mungkin tua, gemuk atau hitam. Erghh! Hanya perkara-perkara negatif yang berlegar di dalam fikirannya sekarang ini.

Dato' Safwan hanya berdiri kaku di situ tanpa mengeluarkan sebarang suara. Serpihan pasu yang berselerak di atas lantai dipandang sayu. Dia terduduk di atas sofa yang berdekatan. Air mata yang dari tadi cuba ditahan akhirnya gugur jua. Maafkan abi, Nadya. Abi buat semua ni untuk keselamatan Nadya. Bukan untuk abi.

Dato' Safwan mengeluarkan sekeping surat yang tercalit sedikit darah binatang dari poket bajunya. Ya, itulah surat amaran yang dia dapat pada minggu lepas. Fikirannya kusut memikirkan tentang keselamatan anak gadisnya yang satu itu. Bila-bila masa sahaja nyawa Nadya boleh melayang. Surat itu dibuka lalu dibacanya semula.

Hai Safwan. I'm back! For your information, Nadya dalam pemerhatian aku sekarang ni. Aku harap kau dapat bersiap sedia. Kau pun tahu kan yang aku ni dah lama berdendam dengan keluarga kau. Nyawa Nadya berada dalam genggaman aku sekarang ni. Orang-orang aku pun tengah perhatikan dia. Aku bagi masa sebulan untuk kau buat persediaan. Jangan salahkan aku kalau tubuh anak kau dah tak bernafas.

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now