BAB 10

155 15 72
                                    

Sepanjang perjalanan ke Kedah, mereka hanya mendiamkan diri. Nadya memandang ke luar tingkap manakala Hayyan fokus memandu kereta milik Nadya. Dia mana ada kereta. Kalau nak beli tu mungkin lambat lagi.

Nadya menayangkan muka masamnya. Mana taknya kalau bangun-bangun tidur je terus kena paksa bersiap sebab pukul 8 pagi dah nak bertolak ke Kedah. Naik angin juga la Nadya tapi nasib baik Hayyan pandai uruskan. Ada la helah rahsia yang dia buat supaya Nadya ikut cakap dia. Yang pasti bukan 'syirik' yea. Tahu sangat yang otak readers ni suka fikir macam-macam.

Hayyan memarkirkan kereta di perkarangan rumah sewanya. Nadya yang asyik mengelamun tersentak apabila Hayyan memberhentikan kereta. Dah sampai?

"Jom keluar" ajak Hayyan lalu terus keluar dari kereta mewah tersebut.

Nayda terkebil-kebil. Dia gementar untuk melihat rumah di tepinya ini. Dia sudah dapat membayangkan betapa buruknya rumah yang akan mereka huni nanti. Nadya memejamkan mata serapat-rapatnya lalu keluar dari kereta.

Hayyan yang sedang mengeluarkan bagasi dan beg pakaian dari bonet kereta hairan melihat Nadya yang memejamkan matanya. Dah kenapa isterinya ini? Takkan tak nak buka mata kut.

"Awak, buka la mata tu" tegur Hayyan.

Nadya pantas menggelengkan kepalanya. Tidak sanggup untuk melihat rumah sewa mereka. Tetapi sampai bila dia mahu memejamkan mata. Hurm, buka je la mata  Nadya oi.

Nadya perlahan-lahan membuka matanya setelah puas bergaduh dengan hati sendiri. Jatuh rahangnya melihat rumah kayu dihadapannya ini. Rasa nak menangis melihat betapa buruknya rumah tersebut. Sudah la kecil, buruk pula tu. I can't believe it. Aku? Aku akan tinggal dalam rumah yang besar macam reban ayam ni?

 Aku? Aku akan tinggal dalam rumah yang besar macam reban ayam ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hayyan tersengih memandang wajah terkejut Nadya itu. Nak buat macam mana, rumah ni je yang disewa paling murah. Kalau dulu dia tinggal serumah dengan Aman dan Amin. Mereka akan berkongsi duit untuk membayar sewa. Tapi kali ini, dia harus usahakan semuanya sendiri.

"Awak! Awak nak prank saya je kan? Ni bukan rumah sewa yang awak maksudkan tu kan? Awak saja je kan nak kenakan saya?" tanya Nadya bertalu-talu. Dia harap sangat yang semua ini hanya rancangan Hayyan untuk mengenakannya.

Hayyan tersenyum kelat lalu menggeleng perlahan kepalanya tanda tidak benar.

"Awak, saya tak prank awak. Ni la rumah sewa kita" jawab Hayyan lembut. Dia harap sangat yang Nadya tidak akan membuat perangai. Dia tahu mungkin susah untuk Nadya membiasakan diri dengan rumah tersebut. Bayangkan korang tinggal di rumah mewah dan tiba-tiba je kena pindah ke rumah kayu yang buruk macam ni. Pasti korang pun tak boleh terima kan.

"What!" jerit Nadya. Matanya silih berganti memandang wajah Hayyan dan rumah tersebut.

Nadya bagai tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Dia pun takut nak masuk dalam rumah tersebut. Dari luar pun nampak macam nak roboh.

Nadya terus mengelilingi rumah tersebut. Dia mengulangi perbuatan tersebut sebanyak 7 kali. Seperti tawaf pula. Hayyan yang dari tadi memerhati gelagat isterinya itu sedaya upaya menahan tawa. Lucu pula melihat gelagat isterinya yang memusing-musing rumah tersebut sambil membebel-bebel.

"Yang pertama, rumah ni berhabuk sangat la. Awak tahu tak yang saya ni alah dengan habuk? Yang kedua, rumah ni terlalu kecil. Kecil macam reban ayam! Kalau kawan saya tengok rumah ni mesti dia ketawakan saya. Yang ketiga, rumah ni nampak macam tak selamat la. Kayu dia pun dah tak kuat. Sekali angin tiup, mesti melayang!" bebel Nadya menyuarakan semua yang terbuku di hati.

Hayyan menggaru keningnya yang tiba-tiba terasa gatal. Dah agak yang Nadya ni banyak alasan kalau bab-bab menilik ni.

"Awak jangan risau la. Rumah ni utuh lagi. Tengok ni" balas Hayyan berlagak. Dia terus mengetuk kuat dinding rumah tersebut. Terbuntang matanya melihat tempat ketukan itu berlubang. Dia mengalihkan pandangan pada Nadya. Jelas wajah isterinya juga terkejut melihat tempat ketukan tadi berlubang sederhana besar.

"Hehe, kejap lagi saya tampal sellotape" ujar Hayyan. Dia sudah bersedia untuk mendengar bebelan dari Nadya.

"See! Rumah ni tak kuat la. Awak nak kita tinggal dalam rumah macam ni? OMG! Saya tak faham la dengan awak ni" omel Nadya sambil menghentak-hentakkan kakinya yang memakai heels itu tanda protes.

Hayyan menjulingkan matanya ke atas. Dia mengangkat bagasi dan beg pakaian masuk ke dalam rumah meninggalkan Nadya yang masih membebel tentang rumah tersebut. Malas nak layan.

"Awak! Awak! Saya panggil awak ni" marah Nadya apabila Hayyan tidak mengendahkannya. Sudah la tinggal Aku dekat luar ni. Lepastu buat-buat tak dengar pula.

Nadya tiada cara lain. Kakinya melangkah jua masuk ke dalam rumah itu. Tangga kayu yang usang itu didakinya dengan berhati-hati. Tak ke naya kalau terpatah. Dia juga yang jatuh nanti. Nadya melangkah masuk ke dalam rumah itu tanpa membuang kasut. Memang tak la nak buang kasut, mahu hitam kakinya dek habuk. Tuan rumah ni pun satu, sebelum sewa dekat orang..kemas-kemas la dulu apa yang patut!

Terlopong mulutnya melihat dalaman rumah tersebut. Kosong! Yang ada pun cuma kerusi plastik yang sudah patah dan almari buruk. Matanya menangkap susuk tubuh Hayyan yang baru keluar dari bilik.

"Awak, rumah ni kosong la. Saya tak nak tinggal dalam ni" ujar Nadya sayu. Sungguh dia macam nak nangis tengok dalaman rumah tersebut. Nak duduk pun tak tahu dekat mana. Dengan lantai yang berhabuk dan kotor lagi. Tak tengok lagi bilik tidur dan bilik air. Stress!

Hayyan tersenyum nipis. "Maaf Nadya. Buat masa ni, kita akan tinggal di rumah ni. Lepas kewangan saya dah kukuh sikit..baru kita pindah ke rumah yang selesa sikit" pujuk Hayyan seraya mengelus lembut pipi mulus Nadya.

"Erghh! Kalau macam tu..saya nak keluar sekejap. Nak ambil angin" balas Nadya datar lalu berjalan keluar dari rumah tersebut.

"Tapi awak..kereta--" tidak sempat Hayyan mahu memberitahu Nadya sesuatu, isterinya itu telah keluar. Sekejap lagi akan bergegarlah rumah ni.

"Awak! Mana kereta saya?!" jerit Nadya dari luar.

Hayyan menggosok belakang lehernya. Haih, dah agak yang Nadya akan menjerit. Orang nak cakap tadi tak nak dengar. Kan dah terjerit. Segera Hayyan menghampiri Nadya di tangga rumah.

"Awak! Kereta hilang!" kata Nadya bingung. Tadi keretanya terpakir elok sahaja di situ. Sekarang sudah hilang! Siapa pula yang curi ni?!

"Awak, kereta tu tak hilang la. Tadi masa awak membebel tak ingat dunia, saya dah suruh Azhar a.k.a driver abi..bawa balik kereta awak ke rumah abi" jelas Hayyan lembut.

Terbuntang mata Nadya mendengar kata-kata Hayyan. Pandai-pandai sahaja buat keputusan tak tanya aku dulu. Tahulah ketua keluarga pun. Tapi bincang la dulu dengan aku. Yang tu kan kereta aku.

"Hah?! Lepastu kalau nak pergi mana-mana kita nak naik apa?" tanya Nadya panik.

Hayyan ketawa kecil. Nadya memandang wajah Hayyan dengan pandangan hairan. Aku serius boleh pula dia gelak? Apa masalah laki aku ni, hah?

"Tu" mulut Hayyan dimuncungkan ke sebelah kanan. Spontan mata Nadya dikalihkan ke sebelah kanan. Terlopong mulutnya melihat sebuah motor buruk yang terpakir elok di bawah pokok.

"Naik motor tu? Motor buruk tu? Seriously? Arghhhhhh!" jerit Nadya lalu mengusutkan rambutnya.




Korang takkan faham perasaan Nadya😌😂

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now