BAB 11

131 14 43
                                    

Hayyan menepuk perlahan tangannya setelah selesai mengangkat beg-beg pakaian ke dalam rumah. Matanya menjeling sekilas susuk tubuh Nadya yang bersandar di dinding dengan muka cemberut. Sudah hampir setengah jam Nadya tidak bercakap dengannya. Kalau panggil pun dia buat tidak endah sahaja. Besar sangat ke kesalahannya? Dia cuma nak jaga Nadya dengan hasil titik peluhnya sendiri. Sebab itu dia kembalikan kereta Nadya ke rumah abi.

Tak salah pun kan?

Hayyan menyeluk seluarnya untuk mengambil telefon. Jam yang terpapar di skrin telefon itu dilihatnya. Sudah pukul 1 tengah hari. Hanya telefon lama itu yang dia ada sekarang ni. Dia tidak mempunyai jam yang mahal-mahal di tangannya. Mungkin Nadya ada kerana di dalam kereta tadi dia ternampak jam tangan jenama Jaeger-LeCoultre di tangan gadis itu.

Balik pada topik tadi. Sekarang dah pukul 1 tengah hari. Mereka pun hanya makan roti waktu sarapan dan dia yakin yang Nadya berasa lapar sekarang ini. Lebih baik dia pergi membeli makanan untuk mereka berdua.

"Awak, saya nak pergi beli makanan ni. Awak nak makan apa?" tanya Hayyan lembut setelah menghampiri isterinya itu.

Nadya menjuihkan bibirnya. Menyampah mendengar soalan yang diacukan oleh Hayyan.

"Beli la apa-apa pun. Macam la awak mampu nak beli makanan yang saya minta" perli Nadya. Hayyan mengukir senyuman kelat. Hatinya ibarat dicungkil benda tajam. Betullah apa yang orang kata. Mulut pun boleh menjadi setajam pisau.

"Okay la kalau macam tu. Saya beli nasi campur ek?" jawab Hayyan seraya tersenyum manis. Dia tidak mahu kata-kata Nadya itu meruntuhkan semangatnya.

Nadya tidak membalas apa-apa. Dia hanya membelek-belek kukunya yang panjang itu. Hayyan tersenyum nipis. Mungkin Nadya setuju dengan kata-katanya itu. Hayyan terus mengorak langkah ke luar rumah.

"Kalau awak bosan..awak pergilah jenguk-jenguk dulu rumah ni" kata Hayyan seraya memakai helmet di kepalanya. Tidak lama kemudian, dia terus memecut di atas jalan raya. Sempat dia membaca doa menaiki kenderaan.

Nadya terdiam.

Kalau awak bosan..awak pergilah jenguk-jenguk dulu rumah ni

Kata-kata Hayyan tadi berlegar-legar di dalam fikirannya. Okay juga tu. Dia pun tengah bosan sekarang ni. Jadi tak salah kan kalau dia meneroka dulu dalaman rumah ni. Walaupun besar reban ayam.

Nadya mula berjalan. Dalam rumah ni Hayyan kata ada tiga bilik. Dia mula mengorak langkah ke bilik pertama. Tombol pintu dipulasnya lalu terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Rasanya ini bilik tidur kerana terdapat tilam lusuh dan sebuah meja solek antik.

Dia menganggukkan kepalanya seraya menuju ke bilik kedua. Perkara sama dilakukan pada bilik itu. Dia melangkah ke dalam bilik tersebut. Nadya sedikit hairan kerana bilik itu kosong tanpa perabot. Tangannya naik menekup hidung setelah terhidu banyak habuk. Hidungnya mula kemerahan dan berhingus. Dia alahan pada habuk. Nadya cepat-cepat keluar dari bilik tersebut.

"Hachum!"

"Hachum!"

Nadya menggosok hidungnya yang terasa gatal itu. Dia terus ke bahagian dapur. Paip sinki segera dibuka untuk membasahi hidungnya. Malangnya, paip itu tidak mengeluarkan setitik air pun.

"Aduh, macam mana ni?" gumam Nadya perlahan. Matanya tiba-tiba terpandangkan sebuah pintu di sebelah peti ais. Mungkin bilik air. Tanpa berfikir panjang dia terus menghampiri pintu tersebut. Nadya mendekatkan telinganya ke pintu itu. Senyuman manis terukir di bibirnya tatkala mendengar bunyi titisan air. Tidak silap lagi yang itu memang bilik air.

Nadya menolak pintu tersebut sehingga terbuka luas. Dia terus meluru ke arah kolam air yang sederhana besar. Pantas dia mencapai kolah lalu kolah tersebut digunakan untuk mencedok air. Segera dia membasahi hidungnya dengan air kolam tersebut.

"Huh, hilang juga rasa gatal tu" kata Nadya kepada diri sendiri seraya mengelap hidungnya yang basah dengan lengan baju.

Belum sempat Nadya ingin keluar dari bilik air tersebut dia terdengar bunyi pelik. Terus wajahnya dikalihkan semula ke arah kolam tersebut. Keningnya berkerut mendengar bunyi pelik tersebut. Perlahan-lahan langkah diatur mendekati kolam itu. Air liur ditelan. Kesat.

Dia pasti bunyi tersebut datang dari dalam kolah air tersebut. Nadya menjenguk kepalanya ke dalam kolah air yang digunakannya tadi. Terbuntang matanya melihat seekor makhluk berwarna hijau dengan berbadan lembik sedang elok berenang di dalam lebihan air tadi.

"Arghhh! Katak!"







"Semua ni RM 10 je, nak" ujar mak cik yang bekerja di warung itu.

Hayyan menganggukkan kepalanya. Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan dompet. Dia mengeluh perlahan tatkala melihat dompetnya itu hanya berisi dengan kepingan duit merah dan beberapa syiling. Duit not RM 10 dikeluarkan lalu dihulur kepada mak cik itu.

Setelah membayar, Hayyan segera mengorak langkah ke arah motor buruknya. Dia meletakkan plastik berisi bungkusan nasi itu ke dalam raga motor. Belum sempat dia ingin memakai topi keledar, dia telah dikejutkan dengan satu suara.

"Bagi semua duit kau!" jerkah seseorang.

Hayyan meletakkan kembali topi keledar tersebut ke atas motor lalu dia berjalan mendekati semak. Dia yakin suara tersebut datang dari semak itu. Dia menguis sedikit ranting-ranting pokok yang menghalang jalannya lalu segera mengintai di celahan daun tersebut. Jelas dia melihat ada 3 orang lelaki berbadan sasa sedang mengelilingi seorang wanita.

"Aku tak de duit la!" balas wanita bertudung itu dengan berani.

"Heh, kau ingat kami buta?! Baru je tadi kau keluar dari bank kan! Aku tahu la dalam beg kau tu ada banyak duit!" jerkah ketua samseng itu kuat.

Wanita itu berdecit.

"Duit tu aku nak guna untuk bayar kos rawatan aku" balas wanita itu datar. Samseng itu tersenyum sinis memandang wajah dingin si gadis.

"Ada aku kisah. Khai, ambil beg dia" arah ketua samseng itu kepada kawannya. Lelaki yang bernama Khai itu mengangguk lalu segera menarik beg tangan wanita itu dengan kasar. Wanita itu degil tidak mahu melepaskan beg tangannya.

"Lepaslah! Aku nak guna duit ni!" jeritnya kuat. Malangnya beg tangan itu sudah terlepas ke tangan Khai. Apa la sangat tenaganya ini kalau nak dibandingkan dengan tenaga mereka bertiga. Ibarat semut dengan tiga ekor cicak. Boleh tak macam tu?

Ketua samseng itu tergelak kecil seraya menggelengkan kepalanya. Beg tangan wanita itu digeledahnya mencari barang-barang berharga.

"Nanti!"

Mereka berempat segera mengalihkan pandangan ke arah semak. Muncul seorang lelaki berbaju lusuh. Ketua samseng tadi menjuihkan bibirnya lalu berdecit geram.

"Hero dah datang" ujarnya sinis.

Hayyan menelan kesat air liurnya melihat tattoo harimau yang terukir di bahu mereka bertiga. Dia segera menghalau perasaan takutnya.

"Bagi balik beg perempuan tu!" kata Hayyan.

"Kau jangan masuk campur la! Kau berambus sebelum kami apa-apa kan kau" pekik ketua samseng itu. Dia mengetap giginya kuat tatkala melihat gelengan Hayyan. Hayyan mula berundur ke belakang apabila ketiga-tiga samseng itu mula mendekatinya.

Wanita itu menekup mulutnya tatkala melihat wajah Hayyan ditumbuk oleh ketua samseng itu.



Nak tahu apa yang jadi? Tunggu next chapter la, guys!

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now