BAB 13

168 14 58
                                    

Henry menapak laju ke meja Hani. Wajah gadis itu yang tekun membelek fail dipandangnya tajam. Dia berdehem kuat untuk menarik perhatian gadis itu.

"Ouh, Encik Henry. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Hani ramah setelah menyedari kehadiran Henry di mejanya.

"Mana Nadya" tanya Henry tanpa berkias-kias. Dia hanya mahu tahu di mana Nadya. Sudah berapa hari dia tidak bertemu dengan gadis itu.

"Cik Nadya dah berhenti kerja 2 hari lepas" jawab Hani tanpa ragu-ragu.

Henry tercengang. Berhenti kerja? Dia berdecit perlahan sebelum tangannya naik mengurut pelipis. Dia sangat-sangat mahu berjumpa dengan Nadya. Rindu akan wajah cantik itu.

"Kenapa tiba-tiba je dia berhenti? Ada masalah apa-apa ke?" tanya Henry lagi. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Mahu semua persoalan itu terjawab, lebih baik dia bertanyakan semua kepada Hani.

"Emm, yang itu saya tak boleh jawab sebab agak peribadi. Apa kata Encik Henry tanya kepada Cik Nadya sendiri" ujar Hani. Dia tidak boleh menjawab soalan itu kerana awal-awal lagi Nadya sudah berpesan supaya merahsiakan perkahwinannya dari Henry. Hanya pekerja-pekerja di Wan Holdings sahaja tahu akan majlis perkahwinan tersebut.

Henry mengetap bibirnya menahan geram. Sebelah tangannya mengepal penumbuk kosong tanpa pengetahuan Hani.

"Macam mana saya nak tanya dia kalau dia pun saya tak tahu dekat mana?!" bidas Henry kasar. Sempat dia menumbuk meja Hani sebelum berlalu keluar.

Hani tersentak dengan perangai Henry yang tiba-tiba naik angin itu. Bibirnya terjuih menyampah.

"Huh, datang pejabat orang lepastu marah-marah pula. Padan la muka sebab Nadya tak pilih dia" omel Hani sambil tangannya ligat mencatat sesuatu ke dalam fail.

"Hani" panggil seseorang.

Hani segera mengangkat mukanya memandang tuan empunya suara. Senyuman terukir di bibirnya tatkala wajah Dato' Safwan yang menyapa pandangannya.

"Ya, tuan" jawab Hani ramah. Perasaan marahnya hilang serta merta setelah memandang wajah abi sahabatnya itu.

"Kenapa Henry datang jumpa Hani tadi?" tanya Dato' Safwan. Dari tadi dia memerhati figura Henry di meja Hani. Dia tidak mendengar sepatah pun yang mereka berbual kerana kedudukanya yang agak jauh membataskan pendengarannya. Sampailah dia terlihat kelibat Henry keluar dengan wajah yang masam. Marah mungkin?

Senyuman di wajah Hani terus mati apabila mendengar nama Henry di sebut.

"Dia tanya saya pasal cik Nadya. Bila saya tak jawab, mulalah dia tu nak marah-marah" ujar Hani lalu dia menjuling matanya ke atas. Geram punya pasal.

Dato' Safwan mengangguk kepalanya tanda faham. Dia dah agak. Pasti Henry datang ke syarikatnya semata-mata untuk berjumpa dengan anak gadisnya itu. Nasiblah Nadya sudah berpindah ke tempat lain. Jika tidak pasti Henry akan mengganggu Nadya.

"Hani bagitahu dia ke yang Nadya dah kahwin?" tanya Dato' Safwan. Kali ini wajahnya serius.

"Eh, tak lah tuan. Sebab saya tak bagitahu la yang dia marah-marah tu" jawab Hani sedikit gerun melihat wajah tegang Dato' Safwan. Dato' Safwan menganggukkan kepalanya seraya berlalu pergi.

Hani menghembus nafasnya lega setelah kelibat Dato' Safwan mula tidak kelihatan. Apa la nasibnya hari ini. Susah la kalau setiap hari macam ni. Tidak boleh buat kerja dengan senang!

Tanpa sedar ada mata yang memerhati gerak-gerinya dari tadi. Henry mengulum senyuman sinis di sebalik dinding itu. Patutlah ada yang tak kena. Rupa-rupanya mereka telah sembunyikan perkahwinan Nadya dari pengetahuan aku. Tak boleh jadi ni!








Pagi itu dimulakan dengan tugas membersihkan rumah. Siapa yang bersihkan rumah? Mestilah Hayyan. Takkan Nadya kut.

Hayyan membuka pintu stor. Penyapu dan mop diambilnya lalu dia keluar dari bilik itu. Senyuman terukir di bibirnya tatkala melihat susuk tubuh Nadya yang nyenyak tidur beralaskan tilam nipis. Serta merta fikirannya teringat perkara semalam. Penat juga la dia bertengkar dengan Nadya semata-mata pasal tilam.

Hayyan menggelengkan kepalanya perlahan lalu mula menyapu sampah. Dia tidak mengambil masa yang lama kerana ruang rumah yang kecil itu memudahkan kerjanya. Usai menyapu sampah, dia meneruskan kerjanya dengan mengemop lantai kayu itu sehingga licin.

Nadya membuka kelopak matanya. Dia menenyeh mata yang masih mamai dengan jari telunjuknya. Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringan lalu bersandar di dinding.

Pandangannya dilemparkan ke seluruh bilik. Apa yang dia dapat katakan, ruang bilik itu nampak lebih kemas dari semalam. Mungkin Hayyan dah mengemas semasa dia sedang tidur.

Tiba-tiba dia mula tersedar sesuatu. Dah pukul berapa sekarang? Dia mencapai telefon mahalnya lalu melihat jam yang terpampang di skrin tersebut. Pukul 12 tengah hari!

Terbuntang matanya ketika ini. Lama juga aku tidur. Jika abinya tahu, pasti teruk dia akan dimarahi. Nasib Hayyan ini baik. Eh, Nadya..kau puji dia ke?

Nadya bangun lalu mencapai getah rambutnya yang berada di atas meja solek. Dia melurutkan dahulu rambut panjangnya yang serabai itu sebelum diikat menjadi ekor kuda. Dia berasa pelik sedikit. Walaupun baru sehari dia bermalam di sini, dia sudah dapat menyesuaikan diri.

Nadya menapak keluar dari bilik lalu berjalan ke dapur. Perutnya mula berkeroncong tatkala terhidu sesuatu yang sedap. Dia mula berfikir. Hayyan pandai masak ke?

"Eh, awak dah bangun?" tanya Hayyan ramah setelah ternampak kelibat Nadya di dapur.

Nadya tersenyum nipis membalas sengihan Hayyan. Fokusnya hanya pada lauk-lauk yang memenuhi meja makan. Ada gulai ayam dan ikan patin masak tempoyak. Dia agak terliur melihat lauk-lauk tersebut.

"Awak ke yang masak semua ni?" tanya Nadya seakan-akan tidak percaya.

"Tak la. Tadi ada mak cik tu sedekah dekat saya" perli Hayyan sambil membilas tangannya di sinki.

Nadya memuncungkan bibirnya. Boleh dia perli aku?

"Eh, awak nak buat apa tu?" tanya Hayyan apabila ternampak Nadya mahu melabuhkan punggung di kerusi. Terjongket kening Nadya mendengar soalan Hayyan.

"Nak makan la" jawabnya.

Hayyan mencekak pinggang seraya menghayunkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan.

"No, no, no. Awak pergi mandi dulu, baru kita makan sama-sama" ujar Hayyan tegas. Nadya memuncungkan mulutnya. Dia sudah la trauma dengan bilik air tu. Boleh pula Hayyan memaksanya untuk mandi. Nanti-nanti je la. Dia sudah la tengah lapar ni.

"Ishh, tak nak. Tunggu la kejap. Kita makan dulu, baru saya mandi" jawab Nadya lalu mengedip-ngedipkan matanya acah-acah comel.

Hayyan tergelak memandang wajah Nadya yang sememangnya comel itu. Nadya ingat dia senang-senang je dia boleh tewas?

"Tak boleh. Pergi mandi dulu" arah Hayyan.

Nadya mengeluh panjang. Selepas itu dia mengeluh lagi dan lagi. Sengaja nak Hayyan tahu yang dia betul-betul malas mandi.

"Ouh, saya tahu. Awak nak saya yang mandikan awak kan? Eh, boleh aje. Jom"

"Eh, tak payah. Saya boleh mandi sendiri" balas Nadya panik apabila Hayyan merapatinya seakan-akan mahu mandukungnya. Dia terus bangun lalu berlari masuk ke dalam bilik air.

Hayyan ketawa besar melihat wajah takut Nadya itu. So cute. Tahu pun takut. Malas lagi mandi nanti dia yang mandikan baru tahu. Sementara tunggu Nadya mandi, dia mula membancuh air.

CINTA UNTUK MISS SOMBONGWhere stories live. Discover now