Prolog

927 32 7
                                    

"Ivy.."

Saya pusing belakang mahu cari suara yang panggil saya. Tapi, apa yang saya nampak semuanya gelap.

"Ivy.."

Saya pusing lagi bila dengar suara yang memanggil. Argh, saya tidak suka begini. Mata saya tengok bawah, apa ni? Kenapa semua gelap? Saya di mana? Kalau saya ada di neraka kenapa gelap?

"Grrrr.."

Saya terundur pigi belakang bila nampak seekor anjing. Oh, bukan. Ini binatang yang ada depan saya lebih kepada serigala. Kenapa ni binatang macam mahu makan saya ni? Adui itu air liur dia banyaknya menitik, macam sedap betul dia nampak saya ni.

"Ivy.."

Saya tercari-cari ni suara. Siapa bah ni? Silaka juga dia. Berabis panggil nama saya tapi tidak muncul.

"Ivy.."

"Iyaaaa saya lah ni Ivy.. Kau di mana? Boleh kau berhenti panggil nama saya? Kau tidak nampak ni binatang yang ada depan saya?" saya bilang.

Tangan saya kasi pigi depan, minta-mintalah ni serigala faham yang saya tidak mahu dia dekat. Itu suara pula senyap. Mungkin dia pun takut sama ni serigala.

"Grrrrr."

Besar mata saya bila ni serigala buka langkah seribu. Saya memang tidak sempat lari, jadi. Tangan saya angkat sebagai benteng pertahanan. Matilah saya kena makan sama ni serigala.

Bila mahu dekat sudah tu serigala, tiba-tiba ada cahaya biru menyala. Bunyi salakan dan raungan dari serigala itu kedengaran. Serta merta saya rasa tangan kena tarik kuat.

Saya buka mata, erk? Gila, ni putera dari mana? Gila hensem. Saya tidak mahu berkelip dari tengok muka dia.

"Ivy.." dia bilang bersuara.

Nah, suara ni. inilah suara yang panggil saya tu. Memandangkan sudah kami jumpa, baguslah saya tanya nama dia sama apa yang dia mahu.

"Saya Ivy.. kau siapa? Kenapa panggil saya?" saya bilang masih tengok mata dia.

Pakai lens kali dia ni, biru betul itu anak mata dia.

"Will.." dia bilang.

Aik? Dia mahu bawa kahwin kah ni? Bah, saya mahu kalau kahwin sama ni orang. Hensem bei. Biarlah tidak berkenal.

"Will?" saya bilang mahu dia kasi habis itu ayat. Baru saya jawab yes. Hahaha.

"William.. Argh." dia bilang macam tahan sakit.

"Kau kenapa? Hei, Will nama kau? Hei William!" saya bilang bila tiba-tiba pudar itu muka dia.

"Help me Ivy.. Ivy..." dia bilang terus hilang.

"Na, nanti! Hei William!" saya bila cuba capai bayang dia yang sudah hilang.

"Alaaaa!" saya bilang. Kecewa saya dia hilang sudah.

Tiba-tiba dunia saya bergoncang. Nama saya kena panggil banyak kali. Arghh berguyang semua saya nampak. Nahhh betul mati saya kali. Kiamat dunia sebab tu bergoncang.

"WILLIAM."

"WILLIAM."

"WILLIAM.."

Saya sebut nama dia banyak kali. Tiba-tiba pipi saya kena tampar dan nama kena panggil kuat.

"IVY!!!"

Terkejut punya pasal, saya terbangun. Argh! Mimpi lagi. Mimpi yang sama cuma kali ni saya nampak muka orang yang panggil saya. William? Argh! Apa semua ni.

"Siapa William?"

Saya tengok muka si Hana. Dahi yang berpeluh saya lap pakai lengan baju.

"Kau mimpi saja oh, cuma kali ni. Kau panggil nama lelaki." bilang Hana.

Dia pigi duduk depan cermin dan berhias. Saya masih binggung. Macam roh saya belum sepenuhnya balik pigi badan hahaha.

"Siaplah kau. Kau mesti tidak mahu Sir David mengamuk pagi ni di kelas." bilang Hana.

Dia pakai kasut lepas tu keluar dari bilik bawa segala beg dan nota belajar dia. Saya yang memang terkenal dengan 'lambat' pigi kelas terus ambil tuala dan mandi.

William? Huh, dia tidak wujud. Semua itu hanya mimpi saja..

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

*Semoga tidak kena kecam*

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now