Ivy terbaring letih di atas rumput. Sudah seharian dia berlatih, sikit saja lagi dia akan dapat mengawal cara menggunakan kuasa dengan betul. Ketika Ivy memejamkan mata. Tiba-tiba dia terdengar bunyi ranting kayu di pijak.
Ivy mencelikkan mata dan segera bangkit. Matanya meliar mencari jika ada sesiapa yang berdekatan.
"Shhhh."
"Shhhh."
Bunyi daun pokok bergesel. Ivy merasa seperti ada yang tidak kena. Dia harus kembali ke rumah agam dengan segera.
Ivy mengorak langkah, namun. Tiba-tiba ada satu kelibat yang berdiri tepat di depannya.
'Shit! Siapa pula ni.' bisik hati Ivy.
Kelibat itu menghampiri dan akhirnya menampakkan wajah pemilik kelibat itu.
"Siapa kau?" bilang Ivy. Bersiap siaga.
"Ivy.. tidaklah cantik seperti yang di bayangkan." jawab si pemilik kelibat.
"Kau siapa!" Ivy jadi geram dengan wanita yang ada di depannya itu.
"Kenalkan, saya Bia." bilang Bia.
Ivy terdiam. Dia memerhatikan Bia yang kini berlegar di mengelilinginya.
"Kau pasti tahu maksud kedatangan saya kan Ivy? So, saya tidak mahu bercakap banyak. Jadi, saya mahu kau ikutlah saya dengan cara baik." bilang Bia sambil tersenyum sinis.
"Jangan harap." bilang Ivy.
Ivy berundur dan cuba melarikan diri. Tetapi Bia sekejap saja sudah berada di depannya. Ivy berlari lagi dan tetap juga Bia ada di depannya.
"Ni saja yang mampu kau buat? Hahaha lari dan lari?" bilang Bia.
"Saya tidak mahu bazirkan kuasa untuk lawan kau!" bilang Ivy. Terus berlari.
"Kau dan saya tiada pilihan Ivy!" bilang Bia.
"Prakk!" Serangan dari Bia dapat Ivy elak.
"Yahh!" Ivy membalas dengan melontarkan cahaya putih dan Bia berhasil mengelak.
"Kau perlu ikut saya sekarang!" bilang Bia.
Bia cuba menangkap lengan Ivy, namun Ivy pantas berpusing ke belakang dan terus berlari.
"Kau sangat degil!" bilang Bia.
"Prakk!" Bia melontar bebola api. Serangan itu hampir mengenai Ivy tapi masih tersasar.
"Iyahh! Yahh!" Ivy membalas serangan dengan menghalakan cahaya putih ke arah Bia.
Mereka saling berbalas serangan, mengelak dan menangkis dari serangan masing-masing. Bia menghampiri Ivy dan menghayun penumbuk tepat ke bibir Ivy dan wanita itu jatuh.
Ivy pantas bangkit dan memberi tendangan padu kepada Bia. Bia terbuang jauh. Masing-masing kini terlihat penat. Tapi masing-masing juga tidak mahu mengalah.
Mereka saling berpandangan. Saling berjaga-jaga pada serangan. Nafas tercungap-cungap. Dalam beberapa detik saja. Tiba-tiba Bia berlari pantas dan Ivy juga berlari menuju ke arah Bia.
"Plash!"
Satu kepulan angin terbentuk dan pecah dan memberi kesan kepada pokok-pokok di sekeliling.
Ivy dan Bia saling berbalas serangan. Bia menyerang sepenuh hati, Ivy mengelak sepenuh hati.
"Saya tidak bermusuh dengan kau Bia!" jerit Ivy ketika mengelak serangan Bia.
"Kau bunuh puak Siren Ivy! Nyawa di bayar Nyawa!" bilang Bia.
"Kalau begitu, jangan salahkan saya." bilang Ivy.
YOU ARE READING
THE WOLF (My mate)
FantasyIvy, Seorang wanita yang menjalani kehidupan normal sama seperti manusia yang lain. Hidupnya yang sederhana dan sering di buli membuatkan Ivy jadi tidak kisah dengan hidup. Di besarkan di rumah anak yatim. Ibu bapa langsung tidak di kenali. Ivy se...